You are on page 1of 21

Buku Resepi Nutty Pavlova Oleh:Syarifah Zatil Ismah Mohammad cc: www.facebook.

com/bukuresepi Bahan2: 4 biji putih telur secawan gula 1 sudu bsr tepung jagung 1 sudu teh perahan lemon 1 sudu teh essen vanilla cara2 membuat meringue panaskan oven terlebih dahulu.pukul putih telur pd kelajuan maksimum sehingga soft peaks (mangkuk diterbalikkan dia x tumpah).kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit,jgn berhenti putar.kemudian masukkan jus lemon & essen vanilla.ratakan di atas dulang pembakar yg dialas dengan baking paper.pastikan x terlalu tebal,x terlalu nipis.bakar selama 1 jam 15 min,suhu 100celcius-120celcius.bila dh masak,buka sedikit pintu oven,n biarkan betul2 sejuk baru keluarkan dr oven.

bahan utk topping: secawan whipping cream (non diary) 1/4 cawan gula icing buah strawberri buah kiwi buah blueberri buah anggur kacang pecan yg dh dipanggang (kalau x nak pecan,ganti ngan apa2 kacang ikut selera) cara2nya: pukul whipping cream n gula sehingga soft peaks.ratakan d atas pavlova yg dh disejukkan tadi.(nak guna piping bag pn blh kalau rajin,hehe).susunkan buah2 n taburkan kacang pecan.sgt sedap sbb ada kacang yg crunch Buku Resepi Kek coklat kukus Oleh:Nurul Nazrul cc: www.facebook.com/bukuresepi Bahan-bahan:loyang 6.5 inci 1cwn tepung gandum* 1sk soda bicabonate* 1sk baking powder*

2 bj telur gred A 1sk esen vanilla 1/2 cwn susu segar 1/2 cwn gula(blh kurangkan ckt kalau xska manis) 3 sb susu pekat manis 1/4 cwn minyak jagung,kalau xda minyak msk pun xpe. 3sb serbuk koko 30ml air pnas Topping: 40g coklat masakan 3 sb susu segar 1 sb susu pekat manis 1 sb mentega Coklat rice Coklat chip Cara-cara: 1.Panaskan periuk kukus,leserkan mentega pada loyang dan tbur sdikit tepung.buang lebihan tepung. 2.mskkan susu pekat,susu segar,gula,air panas,serbuk koko msk ats api kecil,apabila smua bhan dh sebati mskkan minyak,kacau dan tutup api.sejukkan sebentar 3.ayak bahan yg bertanda(*)Dan pukul telur dgn garfu skejap dan mskkan esen vanilla 4.tapis bahan yg disejukkan td supaya tiada ketul,mskkan bhan yg diayak diselang seli dgn telur.gaul sebati. 5.mskkan dlm loyang dan tutup dgn aluminium foil.kukus

slama 1 1/2 jam.kalau air kurang tambahkan dgn air panas. Untuk topping guna kaedah double boil,cairkan coklat mskkan,lepas 2 mskan susu segar,susu pekat dan mentega,kacau smpai sbati. Tuangkan topping apabila kek dh sjuk dan tabur coklat rice dan coklat chip Resepi Sos Meatball Ala-Ala IKEA Oleh:Haslina Harun cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-bahannya 1 kotak Meatball jenama MARINA Kentang wedge 1. Goreng dengan sedikit minyak zaitun dengan api sederhana kecil. 2. Balik-balikkan selalu sehingga meatball masak. 3. Angkat dan ketepikan 4. Goreng pula kentang wedge. Gravy/Sos 2 sudu besar butter 1 1/2 sudu tepung gandum 1 biji bawang holland - didadu kecil

2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil 1 1/2 cawan air sejuk 100 ml susu segar/susu cair 3 sudu sos tomato 3 sudu sos tiram 2 sudu kicap manis 2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam 1 kiub pati daging 1/2 sudu besar serbuk lada hitam sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya

Tumiskan sebentar bawang holland dan tomato dengan sedikit minyak jagung sehingga layu. Angkat dan ketepikan. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana). Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau selalu takut bergentel. Masukkan pula susu segar/susu cair. Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi. Rasa dulu yer..ikut selera masing-masing.

Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi dan biarkan mendidih lagi . Bila dah cukup rasa padamkan api dan sejukkan sebentar. Kisar sos sehingga bawang dan tomato hancur dan panaskan sebentar barulah dihidangkan. Hidangkan bersama wedges dan jem strawberi Bahan: 5 keping Roti Gardinea 5 batang Sosej Breadcrumb 2-5 biji telur kuning telur - sbg gam Serbuk lada hitam Cheesedale (jika perlu) Secubit garam * utk 2-3 org mkn - mula2 potong tepi roti yg berwarna coklat tu.. tujuan buang tepi2nya supaya bila goreng nanti dia x hitam.. - rebuskan sosej seketika.. jgn lama sgt nnti dia pecah.. - ambil roti yg telah dibuang tepinya dan canaikan/ lenyekkan biar leper.. guna gelas je pon xpe.. - letak sosej di hujung roti dan gulungkan.. kalau nak letak cheese, ambil roti letak cheese di atasnya kemudian

letak sosej dan gulungkan.. - gamkan hujung roti yg telah digulung td menggunakan kuning telur.. buat sampai habis n ketepikan. - pecahkan 2 biji telur dahulu dalam pinggan jika kurang baru tambah, letak sedikit serbuk lada hitam dan garam, kacau.. tak nak letak lada hitam pon xpe.. - sediakan satu pinggan/dulang, tuang breadcrumb di atasnya. - ambil roti yg telah digulung td, celup dan gulingkan dalam telur. jgn rendam tau cukup sekadar semua roti td terkena telur. - angkat dan gulingkan atas breadcrumb pula.. buat sampai habis.. okeh da boleh goreng. - sila goreng dgn api sederhana. agak2 da perang bole angkat dan hidangkan bersama sos dan mayonis.. #jika inginkan sosej roll yg rangup bole la buat double coating, dimana roti yg siap di salut dgn breadcrumb td, dicelup semula dlm telur dan di salut dgn breadcrumb sekali lg dan goreng. # bole tukar sosej dgn crabstick HOMEMADE APAM BALIK Oleh:Fiza Syamri cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahannya:) 250 gm tepung gandum. 3 biji telur. 260 gm susu segar. 10 gm air. 70 gm gula halus. 30 gm butter-cairkan(melted) 1 tsp baking powder. 1/2 tsp soda bikarbonat. Bahan-bahan intinya:) Kacang tanah -kisar kasar. Butter/marjerin. Jagung manis (dlm tin) Gula pasir. Cara-caranya:)

1. Masukkan telur dan gula kedalam mangkuk yang sesuai dan kacau dengan whisk sehingga gula hancur. 2. masukkan susu segar dan kacau perlahan lahan .Masukkan tepung(ayak dengan baking powder&;baking soda)sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. 3. masukkan butte yg telah dicairkan dan adun hingga rata.

Perapkan adunan selama 1 jam. 4. Panaskan kuali yang tak melekat dan sapukan dengan sedikit butter. 5. Masukkan satu senduk adunan dan masak dengan api yang perlahan. tutup dengan tudung periuk agar apam cepat masak. biar sehingga permukaan menjadi lubang2 kecil dan boleh ditabur dengan gila pasir dan bahan2 topping lain seperti jagung manis kacang tanah. Cheese cake

250g cream cheese Secawan yogurt 4 sudu besar tepung gandum 2 biji telur Sepeket biskut oreo (sederhana besar) 90g gula CARA-CARA : sesuai utk mereka yg baru nak belajar buat kek, sgt simple dan sedap.... 1.masukkan semua bahan dalam blender.. blender sampai jadi cream..

2.masukkan dlm loyang size kecil yg dah sapu marjerin atau minyak... selang selikan adunan dgn biskut oreo td. susun ikut kreativiti. bakar dalam suhu 40min dlm suhu 170c.. 3. bila sejuk masukkan dalam peti ais dan makan. SELAMAT MENCUBA!! Resepi : Homemade Marble Ice-cream(rainbow version) Oleh:Nur Honney Robbi cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-bahan: 1 tin susu pekat manis (saiz kecil tu je) 2 tin air masak(sukat guna tin susu) 1 sudu besar ovallet 1 sudu besar tepung jagung 1 penutup esen vanilla 2 sudu besar serbuk koko (honney guna perasa coklat) Pewarna merah jambu(honney guna sedikit

pewarna ibu sirap) Sedikit perisa strawberry Cara-caranya: -Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk -Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti) -Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit) -Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu -Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla -Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan -Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan

bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat -Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian -Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla) -Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry) -Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat) -Pastu boleh le dicorakkan aiskrim macam marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis -Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais -Bila dah beku/keras boleh la dinikmati.(disarankan aiskrim tu dibekukan semalaman) Szziling Yee Mee Oleh:Haslina Harun cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) yee mee 5 ulas bawang putih-dihiris nipis 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-akak guna cendawan tiram ajer 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa 3 biji cili kering- potong serong-kalau nak pedas tambahlah lagi 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat 1/2 in halia- hiris nipis Serbuk lada hitam sawi-akak tambah-potong kecil garam- secukup rasa Beberapa titik minyak bijan 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air sedikit minyak utk menumis Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk. Masukkan 2 cawan air. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih. Masukkan cendawan serta sayur-sayuran yang lain- tunggu 2-3 minit. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2... Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas-panas Resepi Dorayaki Oleh:Shahida Kamal Shah cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-bahan 100 gram tepung gandum

60gram gula 2 biji telur 2 sudu teh madu Setengah sudu kecil soda bikarbonat Setengah sudu kecil esen vanilla Setengah sudu teh minyak masak 50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat) Inti : inti kacang merah yang manis.Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry , strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa) Cara-caranya: 1.Pukul telur dan gula sehingga kembang. 2.Masukkan madu , esen vanilla dan minyak.Kacau sebati. 3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati. 4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau

sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat) 5.Panas kuali 'non stick'.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa. 6.Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis. 7.Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake. Jom lah tengok resepi. Bundo ni kelam kabut nak cepat. Asek nak cepatttt je kan? Untuk inti: 2 sb majerin 1 biji bawang besar dicincang 2 ulas bawang putih dicincang 100 gm daging ayam didadu kecil 150gm carrot didadu kecil 1 biji ubi kentang didadu kecil 2 1/2 sb tepung gandum 1 sk serbuk stok ayam

150ml susu cair 3/4 st serbuk lada putih 3/4 st garam 1 batang daun bawang dihiris halus. Cara: Panaskan majerin, tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi. Tambahkan daging ayam, kentang dan carrot. Tumis sebentar. Masukkan tepung gandum, kacau rata jangan bergumpal. Tambah stok ayam dan susu dan kacau hingga pekat dan rata. Bubuh lada putih, garam dan daun bawang. Kacau rata dan angkat. Sejukkan.

Bahan kulit: 2 biji telur 375 ml air 150gm tepung gandum 1 1/2 sb majerin dicairkan 3/4 st garam Cara: Pukul telur dan air sebentar. Tambahkan tepung gandum. Kacau rata. Masukkan majerin dan garam. Gaul rata. Buat adunan menjadi dadar nipis dengan memakai

pan tidak melekat berdiameter 12 cm. Kalau tak ada, agak-agaklah. Pakai jelah apa yang ada.

Pelapis: 2 putih telur dikocok dengan 100 ml air

100gr tepung roti kaasar

Penyelesaian: Ambil selembar dadar, bubuh 2 sudu makan adunan ayam. Gulung. Lekatkan tepi dadar dengan sedikit

air. Celup ke dalam campuran telur putih dan air, guling ke dalam tepung roti hingga rata. Simpan sekejap dalam peti ais lebih kurang 1/2 jam supaya balutan melekat sempurna. (Kalau tak sabar tak payahlah simpan. ) Goreng sehingga kekuningan.

Sekian. Bundo dah lambat dah ni.... Bye. Jumpa lagi.

You might also like