You are on page 1of 6

RESEPI KEK LAPIS SARAWAK

-------------------------------------------

Bahan-bahan :

460g mentega tanpa garam


3 sudu besar susu sejat
180g sapuan keju (cheese spread)
1 sudu teh garam
2 sudu besar sirap emas (golden syrup)
120g tepung biasa, diayak
6 biji putih telur QL Omega
26 biji kuning telur QL Omega
250g gula kastor
1 sudu besar ovalette

===========
CARA-CARA :
===========

1. Pukulkan mentega, susu sejat, cheese spread, garam dan golden syrup. Lipatkan masuk tepung dan
kacau hingga sebati.

2. Pukulkan putih telur QL Omega, kuning telur QL Omega, gula kastor dan ovalette, sehingga ia
memekat. Campurkan kepada campuran dari Langkah 1 dan gabungkan dengan sebati.

3. Bahagikan campuran kepada 16.

4. Minyakkan dan alaskan tin kek segi empat 9 inci dengan kertas parchment atau kertas kek.
Tuangkan masuk 1 bahagian campuran kek dan ratakan. Bakar di dalam ketuhar yang telah
dipanaskan kepada 220°C dengan kehangatan atas untuk selama 3-4 minit atau sehingga perang
keemasan.

5. Keluarkan tin kek dari ketuhar, tekan dan ratakan semua bucu lapisan yang telah masak.

6. Tuangkan masuk 1 lagi bahagin campuran kek, ratakan dan bakar lagi sehingga perang keemasan.
Ulangi proses melapis dan menekan sehingga semua campuran kek digunakan.

7. Setelah siap, alihan kek ke rak dawai untuknya menyejuk sepenuhnya.

8. Setelah kek menyejuk sepenuhnya, buangkan kertas parchment dan potong menghiris untuk
menyaji.

Hai..masih mood raya ke🤗🤗, kot ada yg teringin mencuba bt utk mkn & hidangan utk
tetamu bleh la try,semalam buat kek lapis bumi ni hasil tunjuk ajar dr rakan sy juga dr
sarawak..kek bumi ini asal dia ijau coklat je, sy saja tambah 1 pewarna sb nk nampak
ceria..sy kongsikan resepi ini,jika korg ingin mencuba..pasti xmengecewakn
rasa kek ni xmanis,lembut & moist sgt²..

Resepi...(sukatan cawan yg sama ye)

1. 2 cawan butter (golden churn) sy bli kt kedai bakery klu xda guna butter biasa pn
boleh utk mkn sendiri xpyh cerewet sgt 🥴😄..
2. 10 biji telor
3. 1 cawan gula halus (sy blend bg halus lg nk dptkn kek yg licin)
4. 2 tin kaya ( sy guna brand yeos & tin yg kecil ye)
5. 1 tin susu pekat manis
6. 3 sudu makan nescafe
7. 1 sudu teh asen vanilla
8. 1 sudu teh baking powder
9. 1cawan setgh tpg gandum ( diayak bersama baking powder) sy guna cawan
baking,klu xda guna je sukatan cawan teh,sb sukatan cwn teh sama sukatan cawan
baking..

Satukn gula,asen vanilla & butter..mix sehingga kembang..masukkn telor satu persatu
pukul sehingga sebati & kembang,masukkn kaya & susu mix lg..last masukkn tepung,
mix lg sampai ringan & aduan licin ..bagikn pd dua bahagia, bahagian prtama letak
nescafe kacau sehingga nescafe sebati, bahagian satu lg pewarna hijau atau nk bt 2,3
warna trpulg.. kukus setiap lapisan tu dlm 3 minit agk² jgn trlalu lama nt lapisan
xmelekat.. ikot kukus masing² sy guna kukus elektrik mmg cpt brbanding kukus
dapur, tips utk setiap lapisan korg guna sudu,slow² ratakn..lg nipis layernya lg sedap
kek korg..last kukus selama 1jam..buat kek ni perlu ada kesabaran ye,mmg lambat
siap..hasilnya mmg sedap, jgn lupa alas loyang korg dgn kertas myk atau sapukn
butter, nt da masak biarkn sejuk kemudian tebalikkn permukaan ats kebawah,
kemudian kebawah keatskn semula..permukaan kek korg akn jd licin seperti
dibawah,nt simpan dlm peti time nk mkn korg akn rasa nikmatnya
selamat mencuba semua,

Kek buah kukus


Resepi
280 gm gula pasir-suka manis blh guna 300gm
60 ml air panas
250 gm butter
500 gm mix fruit-cuci sekali dn toskan
Bahan ayak 👇🏻
350 gm tepung gandum
2 sk cream of tartar
1 sk serbuk kayu manis
2 sk soda bicarbonat
Pukul dgn garfu 👇🏻
3 bj telur gred A
1 sk asen vanila
Caranya:
Masak gula dgn api perlahan..x perlu kacau.,cuma goyangkan kuali saja..bila dh
perang.,masukkan air panas dr tepi kuali supaya x merecik..,kacau sebati..masukkan
butter hingga cair.,masukkan buah..,kacau sekejap ttup api..biarkan suam..masukkan
tepung yg diayak.,kacau rata..masukkan telur dn kacau sebati..sapu butter pada bekas
sebelum masukkan adunan..satu adunan ni dpt 2 bekas mcm ni..setiap adunan
780gm..kukus selama 2 jam atau lebih..

KEK RAINBOW CHEESE

Bahan2 adunan kek


▪️Butter 500gm
▪️Gula castor 1 1/2 gelas
▪️Telur 12 biji
▪️Kaya 1 tin kecil
▪️Horlicks 1 1/2 gelas
▪️Tepung hong kong 1gelas
▪️Tepung oats 1 gelas ( oat di blend halus )
▪️Overlet - 2 sudu makan
▪️Pewarna2 ikut suka

Cara membuatnya
1. Butter + gula - adun sehingga kembang dan gebu
2. Masukkan telur, kaya, overlet ~ adun
3. Masukkan horlicks, tepung, oats - adun sebati
( Cara mengadun boleh rujuk pos2 saya terdahulu yaaaa )

Bahan2 untuk adunan cheese


1. Creame cheese 250gm
2. Butter 50gm
3. Susu segar 100ml
4. Telur 6 biji - asingkan kuning dan putih
5. Tepung kek - 60gm
6. Tepung jagung - 20gm
7. Cream of tartar - 2 sudu teh
8. 140gm gula castor

Cara membuat adunan cheese


1. Creame cheese + butter + susu segar masak atas kukusan sehingga sebati. Lepas tu
masukkan kuning telur. Tunggu sehingga sedikit pekat dan sejukkan.
2. Putih telur + gula + creme of tar2 - pukul sehingga kembang.
3. Tambahkan adunan 1 ( cheese ) ke dalam adunan 2 ( putih telur ).
4. Tambahkan tepung dan tepung jagung.

Cara melapis kek


1. Panaskan kukusan.
2. Warnakan adunan kek - 2 sudu besar dan warnakan sesuka hati.
3. Ratakan dalam pan dan kukus sekurang2nya 10 minit, api sederhana.
4. Selepas tu lapis dengan adunan cheese, 3 sudu besar...kukus sekurang2nya 5 minit
satu lapisan.
5. Ulanglah proses yang sama dengan warna adunan kek yang berlainan sehingga
habis.
ROTI 4 BENUA
Bahan- bahan untuk 1kg Roti

1. Garam halus(1 sudu)


2. Gula Pasir(200gram)
3. Tepung Gandum(1kg)
4. Susu Tepung(1 Sudu)
5. Susu Pekat(4 Sudu)
6. Yis kering Saf-instant(15g)
7. Bread improver(15g)
8. Softener(15g)
9. Shortening( 50g)
10. Air biasa(300ml)
11. Telur Gred A( 2 biji)
12. Air Batu(80g)
13. Majerin( 120g)

1. Mula2 masukan semua bahan2 garam, tepung,gula,Susu Tepung, Susu Pekat, Yis,
Softener,Bread improver,Air biasa, Telur,Air batu,(kecuali shortening dan majerin)
2. Putar semua bahan-bahan tadi dalam 10 minit
3. Kemudian satu kan bahan-bahan tadi dgn majerin n shortening, putar dalam 1 jam
4. Agak2 tepung xmelekat kat tangan dh boleh buat doh.
5. Untuk Roti 4 Benua sy buat Doh 26gram untuk 16 biji roti
6.Susun dalam Loyang kemudian biarkan doh selama 3 jam kemudian bakar dalam 10
minit camtu

Toping
-Nuttela,
-Peanutbutter

PUDING KARAMEL/ GULA HANGUS

Bahan-bahan
5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
satu tin susu cair (400ml)
150ml air biasa
4 sudu besar gula
1sk esen vanilla
Karamel:
5 sb gula
2 sb air

Cara-cara
Sediakan karamel@gula hangus - masukkan
gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan
hingga keperangan kemudian tuang terus ke
dalam loyang. Sejukkan.
Dalam mangkuk, satukan semua bahan
puding. Kacau perlahan jangan sampai
berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur
dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke
dalam loyang karamel.
Kukus selama 45min atau sehingga masak.
Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven
dgn cara waterbath@bain marie (letak air di
dalam loyang) Tutup loyang puding dgn
aluminium foil dan masak selama 45-50min
dgn suhu 180.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan
hidangkan.

Resepi moist Carrot Cake 🥕🥕🥕

Bahan-bahan:
4 biji telur (gred b)
1 1/2 cawan icing sugar
1/2 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1 batang carrot (hiris halus @ parut)
secubit serbuk kayu manis
sedikit kismis (hiris halus)

* Blend@ mix telur, icing sugar & minyak masak sampai pekat, lepastu masukkan
tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk kayu manis gaulkan
sekata, akhir sekali masukkan carrot & kismis. Kaup balikkan sehingga sebati.
*Bakar suhu 160/40mins

Topping:
250 cream cheese
100g icing sugar

(saya blend ja sampai sekata& pekat)


Hiasan ikut suka.. saya taburkan sedikit lebihan kek yg di blend halus)
Kuih org lama.....bengkang jawi..ada yg suka tak...😋😋😋

Resepi:
300 g tepung beras
1 sudu makan tepung jagung atau t honkwe
300 g gula merah nak kurangkan manis boleh kurang
600 g santan pekat
600 g air
1/2 sudu teh garam halus

Gula dimasak dgn air dahulu (air yg telah disukat)


Tapis masukkan kedlm tepung yg telah diayak..masukkan santan..garam..kacau
sebati.kacau atas api perlahan sampai berketul pekat sikit.Sediakan loyang 8x8 sapu
butter atau myk..Tuangkan adunan tadi dan bakar selama 1 jam dgn suhu 200
darjah..api atas bawah..kemudian atas dh garing tambah lagi 20 minit api bwh supaya
garing sikit seebelah bawah..Sekian selamat mencuba ..pasti menjadi..😊😊

You might also like