You are on page 1of 4

Biskut arab sedap

Bahan-bahannya:
1 kg. tepung gandum
300 gm gula ising
420 gm minyak sapi - dicairkan dahulu di atas dapur menggunakan api yang kecil
Susu tepung lemak berkrim secukupnya untuk menyalut biskut (cadangan susu
tepung Everyday atau Nespray).
Cara membuatnya:
1. Ayak tepung gandum dan kemudian masukkan tepung gandum dan gula ising ke
dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit. Gaul rata dan uli hingga menjadi
doh yang lembut dan boleh dikepal dan digentel. Tambahkan lagi minyak sapi
sekiranya adunan masih keras.
3. Gentel bulat-bulat dan bakar mengikut suhu oven masing-masing (antara suhu
160 - 180C, 20 - 30 minit)
4. Setelah biskut masak, angkat dan biarkan ia suam seketika. Kemudian
digolekkan dengan susu tepung lemak berkrim.

5. Kemudian letakkan dalam paper cup jika suka ataupun dihidangkan tanpa paper
cup.

Biskut sarang semut


Bahan-bahannya:
200 gram gula kastor
200 gram mentega - Kak Noor guna buttercup
350 gram tepung kastard
50 gram tepung gandum
1 biji kuning telur
Coklat coloured rice untuk hiasan
Cara-caranya:
Mula-mula pukul gula dan mentega sehingga kembang.
Masukkan kuning telur dan gaul lagi sehingga rata.
Kemudian masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit serta tepung gandum.
Uli menjadi doh bulat dan simpan di dalam peti sejuk untuk mengeraskan doh.
Apabila telah keras, parut doh ke dalam bekas (mangkuk kertas) dan tabur coklat
rice sebagai hiasan.

Bakar pada suhu 150C selama 10 minit atau sehingga masak, bergantung kepada
oven yang digunakan.

BISKUT PELANGI (lidah kucing)


250 gm butter ( nak sedap guna lah butter berprofil tunggi ) anchor or scs
( buttercup pun ok )
175 gula castor
200 gm tepung gandum
50 gm terpung jagung
1/4 tsp emplex ( perangup biskut )
100 gm putih telur ( anggaran 4 biji )

CARA CARA
Ayak tepung gandum , tepung jagung dan emplex
Putar butter dan gula hingga kembang gebu
Masukkan putih telur ( guna mixer )
Masukkan tepung ( gaul kaedah kaup balik ) * guna spatula *
Bahagikan kepada 6 bahagian ( letak 6 warna ~ merah, oren, kuning, hijau, biru dan
ungu )
Masukkan ke dalam plastik piping dan gunting hujung nya.

Susun di dalan acuan nya dan bakar biskut selama 15 minit pada suhu 160
* suhu oven bergantung pada kepanasan oven memasing laa ya.
* kkzu gune pewarna air ( yummie bakery) lebih kurang 1 sudu kecil setiap warna

You might also like