You are on page 1of 11

Kek Coklat

fendi75@myresipi.com
Kek coklat tanpa butter
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang
seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik
panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
Resepi Baked Durian Cheesecake (Kek Keju Durian
Bakar)


Kek keju durian yang dah dipotong


Bahagian dalam kek




Base biskut:
(Boleh juga guna base kek sponge) ku tak buat base
7.
140g digestive biscuit, diblend
15g gula kastor
60g butter, dicairkan
*Alas dan lengser loyang springform/loose pan dengan
majerin/butter cair dan baking paper. Campur kesemua
bahan base biskut dan tekan pada dasar loyang. Simpan
dalam peti sejuk sementara membuat filling cream
cheese.

Filling:
175g @1C + 1sb + 1/2sb isi durian, dilecek halus - ku
guna whisk je bagi hancur. Boleh juga diblend kalau nak
lebih halus
250g cream cheese, suhu bilik
60g @ 1/4C gula kastor - ku guna 50g
20g @ 2sb menggunung tepung jagung (corn starch)
90ml @ 6sb susu sejat @ santan - ku guna susu sejat
50ml @ 3sb + 1st UHT whipping cream @ fresh cream -
ku guna fresh cream, cuma kurangkan gula kepada 50g
1 + 1/2 biji telur Gred A

Topping:
(Ku buat separuh sebab tinggal 45g isi durian je- sebab
dah kena ngap, haha..)

80g isi durian, dilecek
32g susu segar - ku guna 15g susu sejat
22g UHT whipping cream - ku guna 10g fresh cream
15g gula kastor - ku guna 7g gula
1/2 biji telur + 1/2 kuning telur Gred A - ku guna 1/2 biji
telur Gred A, baki dari filling cream cheese di atas

Hiasan:
Serbuk koko + penapis
1/2C fresh cream, dikocok kental


Cara:
1. Panaskan oven 160C.

2. Untuk filling: Pukul cream cheese dan gula kastor
hingga gula hancur. Masukkan isi durian, susu sejat,
whipping cream, dan tepung jagung. Pukul sebati.
Masukkan telur dan gaul hingga smooth.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut
(jangan lupa balut loyang dengan foil 2-3 kali dahulu untuk
elak air dari masuk).

4. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama
1 jam, dengan loyang di'rotate'kan pada 5 minit terakhir
untuk dapatkan permukaan yang dibakar rata.

5. Untuk topping: Campur kesemua bahan untuk topping
dan tuang di atas kek yang dibakar tadi (tak perlu
disejukkan dahulu). Sambung bakar untuk 15-20 minit
atau hingga permukaan atas kek sedikit keperangan dan
agak kering.

6. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan kek dalam
loyangnya di atas redai. Kemudian sejukkan dalam peti
sejuk selama 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari loyangnya
dan dihias dengan mengayak serbuk koko diatasnya atau
disalut dengan fresh cream.


Sekarang tinggal separuh je sebenaranya (tak sampai 24
jam pun dirasmikan)


3 lapisan- kek keju durian, topping durian, dan salutn nipis
fresh cream untuk kekalkan bau durian dalam kek


NOTE:
Susah juga nak cari resepi yang mudah dan yang paling
penting tak terlalu mengecut semasa menyejuk. Ku buat
separuh dari adunan asal (yang menggunakan loyang 9"
tapi ku guna 8" untuk separuh adunan) dan dapat kek
yang tinggi lebih kurang 1", tanpa base. Kalau sesiapa
nak buat, dicadangkan guna loyang 7" untuk kek yang
lebih tinggi. Guna durian yang agak lembab (bukan jenis
yang kering) untuk dapat tekstur yang lebih gebu dan
halus.



Resipi Bread & Cheese Pudding by Yatt ni dah lama gak duk dlm
simpanan. Tak per tak basi kan.. hehe. Tak rugi mencuba sbb
sedaaaaaaaaaaap sgt puding roti ni. Biasa ler kalau dah nama ada
cheese kan..

Yatt, mintak izin ya nak C&P resipi tu kat sini..

Bread & Cheese Pudding
5-6 keping roti
250 ml susu uht@ fresh milk
150 ml whip@fresh cream ~ k.nor guna susu cair jer sbb WC tak
ada
3 biji telur
60 gm gula castor
60 gm creamcheese
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)~
k.nor guna 1/2 jer
butter (untuk disapu pd setiap keping roti)
1 sudu kecil esen vanilla
Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream,
cheese and esen vanilla dan pukul sebati.
Susun 1/2 dr roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm
loyang pembakar.
Tuangkan 1/2 bancuhan susu tadi dan lapiskan baki roti.
Tuangkan baki bancuhan susu.
Taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia
akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi
lagi!)
Bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak
loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding
itu) selama 25 minit.(ikut oven masing2)



Ni masa baru dikeluarkan dr oven
Masih dlm loyang berisi air





Kek Gula Hangus ( sumber : Dapur Ummi )
Bahan:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega
Cara Membuat:-
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas
dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula
akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat
manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi
sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus
tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7x7 dan perap adunan
selama 3 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 180 C dan bakar
selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit
shj).

Bahan-bahan



Bahan pastry:
Liza beli yg jenama KAWAN

Bahan Inti Tuna:
1 tin tuna-Liza guna ayam brand yg dah siap
hancur dgn mayonis
1 biji bawang besar-potong dadu
2 biji kentang dipotong kecil-wat cam inti karipap
2 ulas bawang putih-cincang halus
2 sudu besar cili kisar- Liza suka pedas
1 biji limau kasturi-amik jus utk dimasukkan dlm
tuna
1/2 camca besar mentega-utk menumis
Secubit garam dan gula
Mozarella keju utk hiasan atas tuna

Cara-cara:
Untuk inti :
1. Panaskan mentega dalam kuali,tumis bawang
besar dan bawang putih hingga
harum.Masukkan kentang.Masak ampai
kentang kelihatan kuning keperangan.
2. Masukkan cili kisar dan tambah ikan tuna,
garam dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air
dan perahan jus limau tadi.
3. Kacau dan masak hingga kering dan matikan
api. Sejukkan inti sebelum digunakan.

Untuk pastry :Lihat gambar di bawah
yer...hehehe(sebenarnya malas,main letak je dlm acuan
mufin,jadilah bentuk cam mangkuk)



Sebelum di letak inti....

You might also like