You are on page 1of 9

KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahan :
250g butter berkualiti
60 ml air panas
250g gula pasir
500g buah-buahan campuran
(Kekny guna buah campuran segera, sultana (kismis hitam), halia kering, dan kulit limau kering
3 biji telur gred A
350g tepung naik sendiri diayak
1 sudu kecil penuh serbuk buah pala
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar pes lemon sunquick
Cara penyediaan :
Sediakan karamel buah. Guna kuali atau periuk, dan masukan gula dan air panas dalam kuali dan
buka api perlahan. Biarkan gula mencair dan jadi karamel. Jika nak kek yang warna cerah,
karamel tu jangan hangus sangat. Bila guna dah mencair, masukkan butter yang dipotong kecil.
Biar butter cair sepenuhnya dan sebati bersama gula. Kemudian masukkan semua jenis buah tadi
kedalam adunan karamel ni. Masak sekejap agak buah kembang terus tutup api. Biar sejuk sikit

Telur dipukul dahulu dalam bekas asing dengan esen vanilla guna garfu pun boleh.

Tuang karamel buah yang dah suam tadi ke dalam bekas tepung, dan masukkan telur yang dipukul
bersama esen vanilla. Masukkan juga pes lemon sunquick. Kacau je rata.
Acuan kena gris dulu ye, dan lapik kertas pengalas. Masukkan adunan dalam acuan 8 inci petak
atau bulat. Balut permukaan acuan dengan plastik wrap atau aluminium foil untuk elak wap timpa
atas kek. Kemudian kukus selama 2 jam atau 4 jam.

Lepas kek masak, angkat penutup kukus dan biar kek dalam pengukus tu. Lap air yang terkumpul
atas plastik atau aluminium foil. Biar seketika sebelum dibawa keluar.

RESEPI KEK BUAH CAMPURAN 2


Bahan-bahan :
250g butter - saya pakai SCS
350g gula pasir - saya pakai 280gm
60ml air panas - saya kurangkan sikit sebab gula pun dah kurangkan
500g buah-buahan campuran - saya pakai mixed fruits, kismis hitam dan halwa kulit limau
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
1/2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :
Mixed fruit bersihkan dengan air untuk hilangkan manis. Kemudian letak atas tuala bersih dan
keringkan. Boleh sediakan awal sehari supaya bertul-betul kering

Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan
butter dan kacau sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat
dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi
sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan
kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

Gris dan alas loyang 8 x 8 atau 9 x 9 dengan kertas baking. Tuangkan adunan kek ke
dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. Saya kukus selama 2 jam
setengah je, kemudian biarkan selama 2-3 hari dibawah tudung saji.

Nak lebih moist, cucuk permukaan kek dengan lidi satay, kemudian sudukan sedikit sedikit jus
oren (atau jus sunquick) kedalam lubang tu.. buat 2-3 kali dan biarkan kek sebati dengan jus
sebelum dipotong.. memang sedap rasanya...
KEK LAPIS CHOCO HORLICKS
Bahan-bahannya:
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Cara penyediaan :
Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang
dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit
demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau
sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna
sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api
dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan
menitis di atas kek.. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir
KEK LUMUT
Bahan-bahannya:
10 biji telur
453 g butter
1 tin susu pekat
1 tin sekaya
450 grm Horlick
1 ½ gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
2 botol pes pandan
½ sudu the overlet
Cara-cara:
Butter + gula pukul hingga kembang. Masuk kan telur satu satu, dan pukul. Masukkan susu,
sekaya, Horlick, tepung gandum, pes pandan dan overlet.kukus selama 2-3 jam 9X9
KEK MADU KEMENYAN

Bahan2:
A
10 biji putih telur
1sk ovelette
1sk esen vanilla
200g gula kastor
300g tepung gandum

B
10 biji kuning telur
100g gula kastor

C
8oz mentega, suhu bilik

D
1 botol kecil Golden Syrup, saya guna 150g madu
200g tepung marie ( biskut marie yang dikisar halus)
50g serbuk koko
100g tepung gandum
200g horlicks
1sb browning sugar

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 8x8 inci. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2.Pukul bahan A kecuali tepung gandum hingga lembut & gebu. Masukkan tepung &
pukul rata. Ketepikan.

3. Pukul pula bahan B hingga kembang. Masukkan bahan C, pukul lagi.

4. Kemudian, masukkan pula bahan D, pukul hingga sebati.

5. Tuang adunan berselang-seli dalam loyang yang disediakan. Kukus selama 4 jam.
Potong bila kek sudah sejuk

KEK LAPIS HOLIDAY INN


Bahan2
16 oz/454gm mentega (Anchor/ Golden Churn/ SCS}
150 gm gula halus
10 biji telur gred A
1 tin (500gm) susu pekat manis
200 gm tepung biskut Marie
200 gm horlicks
200 gm milo
1 susu teh esen vanilla

Cara membuatnya

1 Pukul mentega bersama gula hingga berkrim.


2. Masukkan telur satu persatu hingga habis dan putar biar sebati.
3. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. gaul sebati
4. Masukkan tepung biskut Marie dan gaul rata
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
6. Bahagian 1 masukkan horlicks dan pewarna hijau
7. Bahagian 2 masukkan milo

P
Didihkan pengukus. Alas loyang bersaiz 8 X 8 dengan kertas kek. Masukkan lapisan pertama.
Terpulang kepada anda nak letak yang mana dulu.
(Tips untuk dapatkan lapisan yang sekata.
1. Gunak cawan atau senduk yang sama.
2. Timbanga adunan dan bahagi sama rata)
untuk akak, akak guna cara kedua sebab nak memastikan ianya sekata dan cantik serta tiada
adnan lebihan, sebab biasanya akak buat untuk tempahan).
Mengukus kek ini mengambil masa lebih kuran 6 jam.

Kek ini sangat sedap. Bukan rasa Neslo tau. Tapi memang sebab. Kek nyer juga lembab dan
tak muak di makan. Selamat mencuba.

You might also like