You are on page 1of 1

ENARAI TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

1. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.

2. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan, penggal dan mingguan.

3. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran.

4. Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke pihak pentadbir sekolah.

5. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk AJK
jadual waktu.

6. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.

7. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan-bahan rujukan untuk Pusat Sumber
Sekolah.

8. Menentukan penggunaan alat antu mengajar, kaedah-kaedah pembelajaran terkini.

9. Penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian dan pemeriksaan kertas jawapan

10. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak.

11. Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan
menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap
yang dikehendaki.

12. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.

13. Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh pihak sekolah.

14. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya
apabila diperlukan.

15. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD, JPN,


Kementerian Pendidikan dan lain-lain.

16. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik.Membantu


menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik
gerakan.

17. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya.

18. Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P.

19. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan
dalaman dan UPSR.

20. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat antu mengajar diselenggarakan
dengan baik.

You might also like