You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEJINGKAT

LOT 216, FASA II, TAMAN PERINDUSTRIAN SEJINGKAT,


LORONG DEMAK INDAH 5A1 ,
93050 KUCHING.
Tel: 082-432057, 058, 059 Faks: 082-432055
e-mail: smt_sejingkat@yahoo.com

__________________________________________________________________________________

Kepada : Rujukan:BPTV.SMTS.800
__________________________________________
__________________________________________ Tarikh:
__________________________________________

Melalui,
Pengetua,
Sekolah Menengah Teknik Sejingkat
LOT 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat,
Lorong Demak Indah 5A1,
93050 KUCHING.

Memohon Kerjasama untuk Menaja Iklan Majalah Sekolah Menengah Teknik Sejingkat 2019

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sidang Redaksi Majalah Sekolah Menengah Teknik Sejingkat akan
menerbitkan Majalah Sejingkat ke-19 pada tahun ini. Majalah ini berukuran 18 cm x 26 cm dan
mengandungi kira - kira 140 muka surat dengan jumlah anggaran cetakan sebanyak 600 naskah.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi menyumbang dengan
mengiklankan syarikat tuan dalam majalah tersebut.

3. Yang berikut merupakan ruang khas dan kadar bayaran bagi ruangan iklan majalah sekolah kami :
Butir - butir Hitam-Putih Warna
a. Bahagian luar kulit belakang - 600
b. Bahagian dalam kulit hadapan RM 500 550
c. Bahagian dalam kulit belakang RM 400 500
d. Satu muka surat penuh dalaman RM 350 400
e. Separuh muka surat dalaman RM 300 -
f. Satu perempat muka surat dalaman RM 280 -
g. Sumbangan RM _______ -

4. Jika tuan berminat untuk mengiklan, sila isikan borang jawapan yang disertakan dan kembalikan
borang tersebut bersama dengan contoh iklan (softcopy sampel) kepada pihak kami sebelum 20
Disember 2019 ke alamat emel: mrsfionsmts@gmail.com .

5. Segala bayaran dalam bentuk cek hendaklah dibuat atas nama PIBG SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK SEJINGKAT dan dihantarkan ke alamat berikut :
Bayaran Iklan Majalah Sekolah 2017,
Sekolah Menengah Teknik Sejingkat,
Lot 216, Fasa II Taman Perindustrian Sejingkat
Lorong Demak Indah 5A1,
93050 Kuching
( U.P :Cik )

6. Tindakan dan kerjasama dari pihak tuan dan puan dalam menyumbang untuk majalah SMT
Sejingkat amatlah kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

............................................
(ENCIK WAN DRAHMAN BIN WAN ELIAS)
Penolong Kanan HEM 2019
Sekolah Menengah Teknik Sejingkat
Kuching

s.k Fail Majalah Sekolah SMTS

You might also like