You are on page 1of 1

SMK BANDAR PUTERI JAYA

08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman


Tel : 04-4242136
Faks : 04-4242465
emel: smkbpj.ppdkmy@gmail.com
________________________________________________________________

Rujukan Kami : SMKBPJ 600-2/2/4/3(31)


Tarikh : 10 Julai 2017

Koperasi SMK Bandar Puteri Jaya Berhad


SMK Bandar Puteri Jaya
08000 Sungai Petani
Kedah
(U/P : Tabung Pendidikan)

Melalui :
Tuan Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEM MATEMATIK SMK BANDAR PUTERI JAYA ”MATH MANIA
CAMP 2017”

Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Matematik SMK Bandar Puteri Jaya
akan menganjurkan program seperti yang tersebut di atas.

2. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 Julai 2017 ( Sabtu )


Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Bestari, SMK Bandar Puteri Jaya.
Bil. Peserta : 100 orang murid Tingkatan 4 dan 5 SMK Bandar Puteri Jaya

3. Pihak sekolah sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi sedikit sumbangan
bagi menjayakan program ini. Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan setinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR*BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI”

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(YASNIDA BINTI YAHYA)
Setiausaha,
MATH MANIA CAMP 2017

You might also like