You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT,

JALAN HAJI MOHD ALI,32000 SITIAWAN,


PERAK DARUL RIDZUAN.
Kod Sekolah : ABB 1043
Tel : 05-6911246 Fax : 05-6917789
Email : abb1043@1bestari net.yes.my

Rujukan kami : 800-2/5/28 (07)


Tarikh : 24 Ogos 2017

Pengurus Cawangan,
Jabatan Pertahanan Awam,
Kuaters Kerajaan Jkrd 195 (S) & 196 (S),
Jalan Tok Perdana,
32000 Sitiawan,
Perak.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT BANTUAN PERUBATAN DAN KENDERAAN .

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan aktiviti Kayuhan Merdeka pada ketetapan
seperti berikut :
Tarikh : 7 September 2017
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tempat : Sekitar bandar Sitiawan
Bilangan peserta : 35 orang murid SK Simpang Empat ,
10 orang murid SMK Ahmad Boestamam

3. Bagi memastikan kelancaran program ini, kami berharap pihak tuan dapat memberi khidmat bantuan
perubatan dan juga satu kenderaan lori bagi tujuan kecemasan . Bersama surat ini dilampirkan jadual program
dan laluan kayuhan untuk rujukan pihak tuan.

4. Sokongan dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amat kami harapkan dan hargai.
Pihak sekolah juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Sekian terima kasih.

SKSES EXCELLENT 2017

Saya yang menurut perintah,

........................................
( )

You might also like