You are on page 1of 10

SEJARAH/TAHUN 4//2019

Bahagian A
[60 Markah]
Kertas soalan ini mengandungi pilihan A, B, C dan D. Pilih jawapan yang PALING TEPAT.
Kemudian hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

1. Artifak, manuskrip dan fosil merupakan ________________ yang digunakan untuk


mendapatkan maklumat yang tepat dan benar.

A. sumber pertama
B. sumber kedua
C. sumber ketiga
D. sumber keempat

2. Para sejarawan mengkaji searah menggunakan tiga kaedah utama yang berikut.

i. Kaedah lisan.
ii. Kaedah bertulis.
iii. Kaedah pembacaan.
iv. Kaedah arkeologi.

A. i dan ii.
B. i, ii, dan iii.
C. i, iii, dan iv.
D. i, ii, dan iv.

3. Pernyataan di atas merupakan pendapat seorang tokoh sejarawan.

Sejarah ialah tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan


oleh mereka

Siapakah tokoh tersebut?


A. Ibn Khaldun.
B. Tunku Abdul Rahman.
C. Herodotus.
D. Socrates.

1
SEJARAH/TAHUN 4//2019

4. Senarai di bawah menunjukkan amalan beradab_________________________.

 berdoa

 tidak gelojoh

 makan dengan sopan

A. sewaktu lalu di depan ibu bapa.


B. ketika berbual
C. semasa makan
D. sebelum keluar rumah

5. Mengapakah kita memerlukan keluarga?

A. Mendapatkan wang saku.


B. Mendapatkan layanan sopan.
C. Mendapatkan nasihat.
D. Mendapatkan ilmu mengarang.

6. Indai ialah panggilan bagi ibu suku kaum _______________________.

A. Iban
B. Kadazandusun
C. Cina
D. India

7. Apakah maksud visi?

A. Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama.


B. Ciri-ciri yang terdapat pada seseorang.
C. Wawasan atau pandangan jauh.
D. Sifat atau ciri-ciri sesuatu.

2
SEJARAH/TAHUN 4//2019

8. Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti kokurikulum?

A. Guru besar.
B. Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
C. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
D. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

9. Bendera dan lencana sekolah ialah ___________________ sekolah.

A. visi
B. logo
C. identiti
D. cogan kata

10. Alamat yang lengkap biasanya mempunyai nama jalan, tempat,


________________________.
i. poskod
ii. nama negeri
iii. nama keluarga
iv. nama negeri kelahiran

A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

11. Residen British J.W.W Birch telah dibunuh oleh seorang pengikut Dato Maharaja
Lela semasa mandi di Sungai Perak, di Pasir Salak.
Mengapakah beliau dibunuh?

A. Dato Maharaja Lela ingin menguasai Perak.


B. J.W.W Birch menjadi mangsa amukan penduduk setempat.
C. J.W.W Birch menderhaka kepada Sultan Perak.
D. Dato Maharaja Lela tidak bersetuju dengan undang-undang British.

3
SEJARAH/TAHUN 4//2019

12. Mengapakah tanah pamah dipilih sejak zaman dahulu sebagai kawasan
petempatan?

A. Kawasan pelancongan.
B. Rata dan rendah.
C. Tempat perlindungan daripada binatang buas.
D. Kawasan perikanan.

13. Apakah kesan peningkatan suhu bumi pada zaman air batu?

A. Kemarau berpanjangan di kutub selatan.


B. Pembentukan gunung berapi.
C. Pencairan air batu.
D. Berlakunya tsunami.

14. Apakah sebab berlaku pembentukan tujuh benua dan tujuh lautan di bumi?

A. Pergerakan glasier.
B. Tindakan manusia.
C. Gempa bumi.
D. Pencemaran udara.

15. Mengapakah Hari Bumi disambut pada 22 Mac pada setiap tahun?

A. Sebagai hiburan.
B. Meningkatkan pengetahuan geografi.
C. Menanam kesedaran pentingnya alam sekitar.
D. Memperingati kejadian bumi.

16. Apakah maksud zaman prasejarah?

A. Zaman manusia belum mempunyai tulisan.


B. Zaman semasa manusia tinggal di dalam gua dan hutan.
C. Zaman selepas manusia mengenali tulisan.
D. Zaman semasa manusia sudah pandai menternak haiwan dan bertani.

4
SEJARAH/TAHUN 4//2019

17. Gua Cha

Lokasi zaman prasejarah di atas telah dikenal pasti pada


Zaman______________________.
A. Logam
B. Neolitik
C. Mesolitik
D. Paleolitik

18. Masyarakat Zaman _________________________ mengebumikan mayat


menggunakan kubur batu kepingan.

A. Paleolitik
B. Mesolitik
C. Neolitik
D. Logam

19. Kerajaan Santubong adalah salah sebuah Kerajaan Melayu Awal yang terletak di
_____________________.
A. Kelantan
B. Kedah
C. Sarawak
D. Perak

20. Ciri-ciri berikut berkaitan sebuah kerajaan Melayu Awal.

 Terletak di Lembah Bujang.

 Gunung Jerai menjadi panduan untuk pedagang.


Kerajaan tersebut ialah______________________.
A. Chih- Tu.
B. Kedah Tua.
C. Santubong.
D. Beruas.

5
SEJARAH/TAHUN 4//2019

21. Berikut adalah kesan jika kita tidak menjaga pesisir pantai dengan baik kecuali
A. pendapatan nelayan akan bertambah.
B. berlaku pencemaran alam sekitar.
C. banyak hidupan laut akan mati.
D. menjejaskan aktiviti riadah yang melibatkan pantai.

22. Antara berikut, siapakah yang berperanan menasihati sultan dalam pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka?
A. Laksamana.
B. Bendahara.
C. Penghulu Bendahari.
D. Temenggung.

23. Siapakah yang menduduki lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat zaman
Kesultanan Melayu Melaka?
A. Hamba.
B. Rakyat biasa.
C. Pembesar.
D. Sultan.

24. Parameswara berasal dari___________________.


A. Temasik
B. Majapahit
C. Siam
D. Palembang

25. Mengapakah Parameswara terpaksa melarikan diri dari Palembang ke Temasik?


A. Perang saudara di Palembang.
B. Ancaman kerajaan Majapahit.
C. Bencana alam di Palembang.
D. Kedudukan strategik Temasik.

26. Pernyataan di bawah berkaitan asal usul nama Melaka.

Melaka mendapat nama daripada sejenis pokok iaitu pokok Amalaka yang bermaksud
pokok yang mempunyai buah yang masam. Amalaka ialah pokok yang pertama
tumbuh di alam semesta.

Sumber di atas merupakan mitos ________________.


A. Portugis
B. Melayu
C. Hindu
D. Arab

6
SEJARAH/TAHUN 4//2019

27. Apakah jawatan yang pernah dipegang oleh Bendahara Tun Perak dalam
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
A. Sultan.
B. Laksamana.
C. Temenggung.
D. Penghulu Bendahari.

28. Mengapakah Tun Perak mengarahkan pengikutnya mengikat jamung di sepanjang


pantai Melaka?
A. Untuk mengalu-alukan kedatangan askar Siam.
B. Untuk mematahkan serangan Siam.
C. Untuk mengelirukan askar Siam yang tiba pada waktu malam.
D. Untuk mengaku kalah kepada musuh.

29. Antara berikut, yang manakah sahabat karib Hang Tuah yang menderhaka kepada
Sultan?
A. Hang Lekir.
B. Hang Lekiu.
C. Hang Kasturi.
D. Hang Jebat.

30. Mengapakah Bendahara Melaka tidak mengikut titah Sultan dan


menyembunyikan Laksamana Hang Tuah di Hulu Melaka?
A. Kawan baik Laksamana Hang Tuah.
B. Tidak suka akan Sultan.
C. Mengetahui Laksamana Hang Tuah difitnah.
D. Ingin melancarkan pemberontakan.

7
SEJARAH/TAHUN 4//2019

BAHAGIAN B
[40 MARKAH]
ARAHAN: Jawab semua soalan di bawah.

A) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


sejarawan sejarah bumi Beruas asas
bendahara Tanah Melayu biodata Mesolitik lisan

1. Menurut Ibn Khaldun, _______________________ menceritakan hal tentang manusia dan


perbuatan-perbuatan yang berlaku dalam masyarakat tersebut.
2. Sumber __________________ seperti rakaman boleh dijadikan sebagai sumber sejarah.
3. ________________________ menggunakan tiga kaedah utama untuk mendapatkan
maklumat sejarah, iaitu kaedah lisan, kaedah bertulis dan kaedah arkeologi.
4. _________________________ bermaksud maklumat ringkas diri seseorang seperti nama,
jantina, nama ibu bapa, tarikh lahir dan tempat dilahirkan.
5. Keluarga _____________________ terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak.
6. Zaman Air Batu merupakan zaman ketika air batu menutupi permukaan _______________
7. Kepulauan Melayu terdiri daripada________________, Sumatera, Pulau Jawa, Pulau
Borneo, Sulawesi, Mindanao, Palawan, Luzon, Visayas, Cebu dan Ternate.
8. Zaman ______________________ berlaku antara zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik.
9. Kerajaan _______________________ wujud sekitar abad ke-15 masihi selepas
kemerosotan Gangga Negara.
10. Tun Perak merupakan _______________________ yang paling lama berkhidmat.
[10 markah]

8
SEJARAH/TAHUN 4//2019

B) Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

1 Pemukul kulit kayu digunakan untuk melembutkan kulit kayu untuk dijadikan
pakaian pada zaman purba.
2 Bukit Tengkorak, Sabah ialah tapak pembuatan tembikar purba di Asia Tenggara.

3 Suku Kaum Kadazandusun memanggil ibu sebagai ma ma dan bapa sebagai ba ba.

4 Panggilan dalam anggota keluarga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

5 Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan


dengan program akademik sekolah.
6 Pentas Sunda ialah tanah daratan yang luas. Apabila pentas sunda ditenggelami air
laut, terbentuklah Kepulauan Melayu.
7 Manusia pada zaman Paleolitik hidup berpindah randah, memburu binatang dan
mengumpulkan hasil hutan.
8 Pada zaman Logam, mayat dikebumikan menggunakan kubur batu kepingan.

9 Kerajaan Santubong merupakan sebuah kerajaan kecil di sungai Sarawak yang


wujud sekitar abad ke-7 Masihi.
10 Hang Tuah merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka.

[10 markah]
C ) Nyatakan nilai-nilai murni masyarakat terdahulu yang dapat dicontohi oleh generasi hari
ini.
✓ Contoh : Taat setia kepada pemerintah / pemimpin.
1. ________________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________________
3. ________________________________________________________________________
4. ________________________________________________________________________
5. ________________________________________________________________________
[10 markah]

9
SEJARAH/TAHUN 4//2019

D)Lengkapkan tempat kosong dibawah dengan nama – nama kerajaan Melayu Awal.

Kedah Tua Chih-Tu Santubong Temasik Gangga Negara

1) 2)

3) 4) 5)

[10 markah]

SOALAN TAMAT

10

You might also like