You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT Kod sek : ABA1015

LORONG SELAMAT, 32000 SITIAWAN, Tel. : 05-6922495


PERAK DARUL RIDZUAN. Faks : 05-6926143
Emel : ABA1015@moe.edu..my
__________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami: ABA1015/800/10/07/06(11)
Tarikh : 22 JULAI 2019

Ketua Polis,
Balai Polis Sitiawan,
Jalan Datuk Ahmad Yunus,
Taman Teratai,
32000 Sitiawan, Perak.

Tuan,
PENANGGUHAN TARIKH KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT
SEKOLAH TAHUN 2019

Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Merujuk kepada surat kami ABA1015/800/10/07/06(10) yang bertarikh 15 Julai 2019


berhubung dengan Kejohanan Merentas Desa yang dijadualkan pada 27 JULAI 2019 akan
ditangguhkan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 OGOS 2019


Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : SK Seri Selamat
Bil Peserta : 236 orang
Bil Guru : 36 orang

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon maaf atas kesulitan ini. Namun
begitu, kami tetap memohon bantuan pihak tuan untuk membantu kami mengawal lalu lintas
semasa kejohanan berlangsung.

4. Bersama-sama ini, dilampirkan pelan laluan dan aturcara kejohanan untuk perhatian
tuan. Pihak sekolah amat mengharapkan agar permohonan ini diluluskan demi keselamatan
murid-murid di sekolah ini.

5. Segala kerjasama dan perhatian tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


 
Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………….

You might also like