You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MUZAFAR SHAH 1

LAMBOR KANAN 32600 BOTA,


PERAK DARUL RIDZUAN.
No. Telefon : 05-3761377 No. Fax : 05-3762275
Kod Sekolah : AEA 8002 Email:AEA8002@1bestarinet.yes.my
__________________________________________________________________________________________
Rujukan Kami: bil ( ) smksms1/koko 800 5/1

Tarikh: 17 Julai 2020

Pengetua,
SMK Sultan Muzafar Shah 1,
Lambor Kanan, Perak

Puan,
Memohon Kebenaran Bagi Pelajar Untuk Menggunakan Makmal Komputer

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pengurusan Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SMK Sultan Muzafar Shah
1 ingin menjayakan Kuiz Online dalam Program santai dan aktif Pasukan Badan Beruniform peringkat Negeri
Perak.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kebenaran untuk menggunakan makmal komputer untuk
melaksanakannya mengikut ketetapan berikut:

Hari : Sabtu (18 Julai 2020)


Masa : 10.00 -12.00 pagi
Peserta : 1) menengah atas (11 orang )
2) menengah bawah (22 orang )

4. Saya berharap agar permohonan saya ini dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan oleh pihak Puan.
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

______________________

(Noor Azilawati Binti Ismail )


Guru Pemimpin PPIM
SMK Sultan Muzafar Shah 1,
Lambor Kanan, perak.

You might also like