You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMIL 2

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


16800 PASIR PUTEH, KELANTAN
TEL : 609-7866171 FAX : 609-7867171
Emel : sekolah-3164@moe-dl.edu.my
Portal Rasmi : https://skkamil2.net.my

Ruj. Kami : SKK2.700-7/1/1 ( )


Tarikh : JANUARI 2024

Kepada;

……………………………………….

……………………………………….

……………………………………….

Tuan,

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH BAGI TAHUN 2024/2025.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa berdasarkan keputusan Mesyuarat Badan Disiplin dan Pengawas


Bilangan 3 tahun 2023/2024 bahawa anak tuan/ puan telah dipersetujui untuk ditawarkan sebagai
Pengawas Sekolah bagi sesi persekolahan Tahun 2024/2025.

3. Syarat-syarat tawaran adalah sebagaimana butiran berikut:

3.1 Bersetuju untuk memastikan bahawa anak tuan akan sentiasa mematuhi peraturan
sekolah dan menunjukkan teladan yang baik.

3.2 Bersetuju untuk memastikan bahawa anak tuan akan sentiasa berusaha meningkatkan
pencapaian akademiknya.

3.3 Bersetuju untuk menyediakan pakaian seragam anak tuan sebagaimana berikut:

3.3.1 Pengawas Sekolah Lelaki


 Baju Kemeja Lengan Panjang (Biru Muda).
 Seluar Panjang (Biru Tua).
 Kot dan Tali Leher (Biru Tua).
 Vest (Biru Tua).
 Stoking dan Kasut (Hitam) *(Kasut Kulit Hitam digalakkan).

3.3.2 Pengawas Sekolah Perempuan


 Baju Kemeja Lengan Panjang (Biru Muda).
 Kain ‘A’ (Biru Tua).
 Kot dan Tali Leher (Biru Tua).
 Vest (Biru Tua).
 Kain Tudung (Biru Muda).
 Stoking dan Kasut (Hitam) *(Kasut Kulit Hitam digalakkan).

4. Jika bersetuju untuk menerima tawaran ini, tuan/puan dikehendaki menghulurkan sumbangan
untuk tabung pengawas sebanyak RM20.00 setahun.
5. Bersama ini disertakan surat jawapan penerimaan tawaran (Lampiran A) dan tuan diminta
mengembalikan borang tersebut sebelum atau pada 10 Mac 2024.

Sekian, terima kasih.

“Islam Memeimpin, Raja Menaungi, Negeri Berkat”


“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT”

“MALAYSIA MADANI”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( SAUPI BIN MAT ZAIN )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kamil 2.
LAMPIRAN A

_________________________________

_________________________________

_________________________________

_________________________________
(Nama dan Alamat Ibu Bapa / Penjaga)

Tarikh: _____________

Tuan Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan Kamil 2,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.

Tuan,

TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI TAHUN 2024/2025

Adalah dimaklumkan bahawa saya sebagai Ibu Bapa/Penjaga kepada murid yang bernama
_____________________________________________________Kelas __________________
dengan ini * MENERIMA / MENOLAK tawaran di atas.

2. Saya bersetuju menerima serta mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Adalah saya yang benar,

………………………………………………….
( )
Nama Ibu Bapa/Penjaga

* Potong mana yang tidak berkenaan.

Catatan :
Sila kembalikan borang Lampiran A ini pada 10 Mac 2024 kepada guru kelas masing-masing.

You might also like