You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra


Persiaran Desa Pinggiran 4A,
Desa Pinggiran Putra
43000 Kajang, Selangor.
Telefon : 03-89209115 Faks : 03-89289115
Kod Sek : BBA 9229
E-mel: BBA9229@moe.edu.my
http://skdesapinggiranputra.blogspot.com

Rujuk Kami :SKDPP 700-7/1/1( )


Tarikh : 14 FEBRUARI 2023

Kepada :

Ibu bapa/penjaga murid yang berkenan

PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah bersetuju melantik anak Yang
Berbahagia Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, sebagai Pengawas Sekolah bagi SESI 2023/2024.

3. Berikut adalah senarai pakaian rasmi bagi pengawas.

3.1 Pakaian pengawas lelaki


a) Baju kemeja lengan pendek berwarna biru muda
b) Seluar panjang berwarna biru tua
c) Kasut dan stoking berwarna hitam
d) ‘Vest’ berwarna biru tua

3.2 Pakaian pengawas perempuan


a) Baju kurung berwarna biru muda
b) Kain berwarna biru tua
c) Tudung berwarna biru muda
d) Kasut dan stoking berwarna hitam

3.3 Pakaian pada hari Isnin (pengawas perempuan)


a) Baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda
b) Kain A line berwarna biru tua
c) Tudung berwarna biru muda
d) Kasut dan stoking berwarna hitam
e) ‘Vest’ berwarna biru tua

1
4. Pelantikan anak Yang Berbahagia Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dari setahun ke
setahun. Sekiranya anak Yang Berbahagia Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan melanggar peraturan
sekolah, Unit Disiplin sekolah berhak melucutkan jawatan anak Yang Berbahagia Dato’/ Datin/
Tuan/ Puan sebagai pengawas sekolah.

5. Semoga dengan pelantikan ini, anak Yang Berbahagia Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan akan
dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

6. Sila lengkapkan borang maklum balas dan perlu diserahkan sebaik sahaja sekolah
dibuka bagi sesi 2023/2024.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………..
(ANITA BINTI SARIDIN)
Guru Besar
SK Desa Pinggiran Putra

2
............................................................
............................................................
............................................................
............................................................

Guru Besar,
SK Desa Pinggran Putra,
43000 Kajang,
Selangor.

Tuan,

MAKLUM BALAS TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2023/2024.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya ibu/ bapa/ penjaga kepada


kelas
bersetuju / tidak bersetuju anak dibawah jagaan saya memegang jawatan sebagai
Pengawas Sekolah bagi SESI 2023/2024.

3. Saya bersedia untuk menyediakan pakaian rasmi pengawas seperti yang dinyatakan
dan akan memastikan anak jagaan saya akan menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik
mungkin.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………..
( )

* potong mana yang tidak berkenaan.

You might also like