You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMPANG,


JALAN GUNUNG RAPAT,
31350 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.
No.Tel & Faks: 05-3130929
Email: aea2050@moe.edu.my

_____________________________________________________________________
Ruj. Kami : SMKSA.IP.PA.17.JLD 3(88)
Tarikh : 6 JUN 2023
Kepada :

Semua Ibu Bapa/ Penjaga Murid

Tuan/Puan

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SERI AMPANG KALI KE-27

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Ampang Kali ke-27 akan
diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10.6 2023 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SMK Seri Ampang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1 Ucapan Tuan Pengerusi


3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-26, pada 2022
3.3 Membentang Laporan Program/Aktiviti PIBG Sesi
2022/2023
3.4 Membentang Cadangan Program/Aktiviti PIBG Sesi
2023/2024
3.5 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan
PIBG sesi 2022/2023
3.6 Menerima dan meluluskan sumbangan PIBG
tahun 2023
3.7 Menerima dan membahaskan usul
3.8 Ucapan Penangguhan

3. .Kehadiran tuan/puan sangat diharapkan bagi menjayakan mesyuarat Agung pada kali
ini

Sekian terima kasih.

“MALAYSIA MADANI’’

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menjalankan amanah,

.
……………………………
( Mohd Azizul Bin Ishak )
Yang Dipertua PIBG
SMK Seri Ampang, Ipoh.

You might also like