You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BRAFFERTON, 42200 KAPAR


KLANG
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 SESI 2023/2024.

Tarikh : 27.06.2023
Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka SJKT Ladang Brafferton
Kehadiran : ( Rujuk Lampiran )

1.0 Ucapan Alu-aluan

1.1 Bendahari PIBG Puan Kalaiselvi a/p Ratnam telah mengalu-alukan kehadiran semua ibu
bapa . Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa kerana sudi
meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini demi kesejahteraan anak-anak.

2.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2022/2023

2.1 Pengerusi PIBG Encik Seeman a/l Perumal mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak sekolah dan Guru Besar atas persiapan Mesyuarat PIBG kali ke-21. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang komited memberikan sokongan yang
pada kepada pihak sekolah dan PIBG untuk menjalankan sekolah ini dengan jayanya.
2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa kerana sudi menghantar
anak-anak mereka ke sekolah ini.
2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa PIBG telah menanggung tambang bas murid sebanyak
RM 1600 – RM 1700 setiap bulan sebagai usaha menyediakan kemudahan pengangkutan
kepada murid-murid yang hadir ke sekolah. Tambang bas untuk seorang murid adalah
sebanyak RM 100 dan PIBG telah menanggung RM 60 bagi setiap murid.
2.4 Pengerusi PIBG memohon sumbangan sebanyak RM 100 daripada setiap ibu bapa agar
dapat menanggung kos pengangkutan serta kos pelbagai program untuk murid-murid.
2.5 Selain itu, pengerusi juga telah mengatakan bahawa PIBG sekolah itu tidak mengutip
sebarang yuran tahunan PIBG sejak 10 tahun yang lalu. Jika dibandingkan dengan
sekolah-sekolah lain yang mengutip yuran PIBG sebanyak RM 50.00 hingga RM 100.00.
2.6 Beliau telah meminta pandangan ibu bapa untuk memberikan yuran tahunan PIBG
sebanyak RM 5.00 – RM 10.00. Beliau meminta ibu bapa untuk memberikan cadangan dan

sokongan kepada usul ini supaya dapat diminitkan.


2.7 Beliau turut mengatakan bahawa sekolah ini hanya ada 27 orang murid sahaja, beliau
memohon kerjasama para ibu bapa untuk membantu sekolah meningkatkan bilangan murid

pada tahun akan datang untuk mengelakan isu kelas bercantum.


2.8 Pengerusi mengharapkan para ibu bapa terus memberikan komitmen kepada pihak
sekolah dan PIBG agar dapat meningkatkan lagi kualiti murid.
3.0 Ucapan Penasihat

3.1 Penasihat merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir ke
mesyuarat ini. Beliau juga mengatakan bahawa pihak sekolah tidak berhasrat untuk
membebankan ibu bapa dengan mengadakan mesyuarat ini pada hari minggu kerana pada
majlis penyampaian dana tambang bas oleh Kerajaan Negeri Selangor juga akan diadakan

bersama-sama dengan mesyuarat PIBG.

3.2 Penasihat memaklumkan bahawa seramai 27 murid daripada 18 keluarga sedang belajar di
sekolah ini. 11 daripada 18 buah keluarga telah hadir ke mesyuarat PIBG. Dengan ini beliau

mengesahkan bahawa kuoram untuk mesyuarat ini telah dicapai.

3.3 Beliau juga menegaskan bahawa jika bilangan murid semakin berkurang kemungkinan
besar pelaksanaan kelas bercantum akan dilaksanakan. Hal ini dikatakan demikian kerana
sekiranya bilangan murid menurun beberapa orang guru akan dipindahkan ke sekolah lain.

Jadi, murid-murid dari Tahun 2 dan 3 akan dicantum menjadi satu kelas serta murid-murid
dari Tahun 4 dan 5 akan dicantum menjadi satu kelas. Bagi mengelakkan situasi ini,
penasihat memohon jasa baik ibu bapa untuk membantu sekolah meningkatkan bilangan
murid.
3.4 Penasihat juga memberikan idea kepada kepada ibu bapa bahawa mereka boleh membuat

permohonan untuk memindahkan lesen sekolah ke kawasan lain yang mempunyai


bilangan murid yang ramai agar pengoperasi lesen BBD0061 tidak dihentikan sepenuhnya.
Penasihat memberitahu insiden yang berlaku di sebuah sekolah di Ijok.
3.5 Penasihat turut menekankan peranan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) bagi tujuan
pengurusan bangunan sekolah tetapi LPS sekolah ini tidak diperbaharui sejak tahun 2016.
3.6 Penasihat memberitahu bahawa usaha-usaha untuk memperbaharui lesen LPS akan
diambil untuk memudahkan urusan tanah dan bangunan.
3.7 Penasihat juga memaklumkan bahawa peruntukkan kerajaan negeri sebanyak RM 6000
telah dikreditkan ke akaun PIBG manakala peruntukan kerajaan npersekutuan akan
diserahkan kepada PPD Klang kerana sekolah ini tiada ada LPS yang aktif. Maklumat
tentang dana tersebut akan dimaklumkan kemudian.
3.8 Penasihat turut memberitahu bahawa pihak sekolah telah berusaha untuk memberikan
pakaian seragam kepada kepada murid, vest, pakaian sukan, tali leher, tanda nama buku
rampaian, kepada semua murid secara percuma dengan menggunakan sumbangan yang
diberikan oleh sebuah NGO.
3.10 Selain itu, pengerusi juga meningatkan ibu bapa agar peka dengan pendidikan anak-anak
dan menyemak buku-buku rampaian anak-anak dari semasa ke semasa.
Beliau juga meminta ibu bapa untuk menghubungi pihak sekolah jika ingin berbincang
tentang kemajuan anak-anak.

4.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-43 Sesi 2022/23

4.1 Pn. Kalaiselvi a/p Ratnam selaku bendahari PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-43 dan lampiran kehadiran bagi sesi 2022/2023untuk disahkan.
4.2 Puan Amirtham mengesahkan minit dan disokong oleh Puan Amuthavalli.

5.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2022

5.1 Pn. Kalaiselvi a/p Ratnam membentangkan Laporan Penyata Kewangan yang berakhir
pada 31 Disember tahun 2022 untuk diterima.

5.2 Puan Saraswathy mengesahkan Laporan Penyata Kewangan bagi tahun 2014 dan
disokong oleh Puan Mohana.

6.0 Perkara-perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit.

7.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023

7.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2022/2023.

8.0 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024

8.1 Pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2023/2024 dijalankan tanpa pertandingan kerana dipersetujui

sebulat suara oleh ibu bapa.

8.2 Pembentukan AJK PIBG sesi 2023/2024adalah seperti berikut:

Penasihat : Pn. Sivagami a/p Govindasamy (Guru Besar SJKT Ladang Brafferton)

Yang Dipertua PIBG : En. Seeman a/l Perumal

NYDP PIBG : En. Raman a/l Subramaniam

Setiausaha Kehormat : Pn. Subasanah a/p Andy

Bendahari Kehormat : Pn. Kalaiselvi a/p Ratnam


AJK Ibu Bapa : En. Puspanathan a/l
: Pn. Bunitha a/p Ramachandiran

AJK Guru : En. Prabhu a/l Arumugam


Juruaudit Guru : Pn. Clary a/p Sinnappan

Makluman : Semua
9.0 Melantik Seorang Orang Juruaudit

9.1 Mesyuarat agung diteruskan dengan pelantikan Juruaudit dalam kalangan ibu bapa.

9.2 En. Ashokan a/l krishnan mencadangkan agar Pn Isamah a/p Ayyavu dilantik sebagai
Juruaudit PIBG sesi 2014/2015 dikekalkan.

9.3 Pn Mohana a/p Ratnam menyokong cadangan tersebut.

10.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang dilantik dan menjemput naik ke
pentas untuk sama-sama membincangkan usul-usul yang diberikan oleh ibu bapa

Makluman : Semua

11.0 Membahaskan dan Menerima Usul

11.1 Pengerusi membentangkan usul yang dibawa oleh Ibu kepada murid bernama Vainavee
dari kelas 4 UKM bahawa guru-guru perlu mengawasi kerja rumah murid dan perlu
mengadakan kelas tambahan dan usul ini tidak diterima kerana beliau tiada dalam
mesyuarat.
Tindakan : Semua Ibu Bapa/Penjaga

11.2 Pengerusi juga membentangkan usul yang dibawa oleh ibu kepada murid yang bernama
Megana dari kelas 5 UTM iaitu isu bayaran van untuk aktiviti kokurikulum dan usul telah
diterima.

Tindakan : Ibu bapa / Penjaga

12.0 Ucapan Penangguhan

12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa serta
guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2022 / 2023.
12.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik.
12.3 Pengerusi berharap dapat menggabungkan idea dan kerjasama dari semua AJK PIBG
sama ada yang baharu atau yang lama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh

.................................... ............................................. .....................................

Setiausaha Yang Dipertua PIBG Penasihat


Persatuan Ibu bapa Dan Guru Persatuan Ibu bapa Dan Guru Persatuan Ibu bapa Dan Guru
SJKT Ladang Brafferton SJKT Ladang Brafferton SJKT Ladang Brafferton
2023/2024 2023/2024 2023/2024

Tarikh : Tarikh : Tarikh :

You might also like