You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SJKT LADANG PRYE -2023/2024
KALI KE-39

Tarikh : 21. 5. 2023


Tempat : Dewan SJKT Ladang Prye
Masa : 2.00 p.m – 5.00

Agenda 1
1.1. Pendaftaran Ibubapa
1.2. Bacaan doa
1.3. Lagu Negaraku, Lagu Pulau Pinang
1.4. Ucapan Penasihat (Pn. R.Vedavally)
1.5. Persembahan video
1.6. Ucapan YDP PIBG (Pn. L. Vijayaletchumi)
Agenda 2
2.1 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang ke-38 (Pn. B.
Thilagawathy).
2.2. Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan bagi tahun 2022 (Pn.M. Gogila)
2.3. Usul-usul
2.4. Pembubaran AJK PIBG 2022-2023
2.5. Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2023-2024
2.6. Ucapan YDP PIBG SESI 2023/2024
2.7. Ucapan Penangguhan
2.8. Majlis bersurai/Jamuan

1.0.Ucapan alu-aluan- Setiausaha PIBG


1.1 Setiausaha PIBG Pn. Tilagawathy memulakan ucapan selaku pengacara majlis Mesyuarat
AGM ke -39
1.2.Bacaan doa ‘Ainthu Karaathanai’
1.3Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin yang telah meluangkan
masa menghadiri mesyuarat AGM bagi kali pertama ini.

2.0.Ucapan Pengerusi -YDP PIBG


2.1.Ucapan Pn. Vijayaletchumi . beliau menggesa ibubapa untuk memberikan kehadiran
penuh ke AGM ke-39. Kahadiran ibubapa kurang memberangsangkan. Beliau juga
mengatakan kehadiran murid-murid ke sekolah juga sangat menyedihkan.
2.2. Malah beliau juga memberitahu jikalau kehadiran murid-murid harian biasa kurang
daripada 85% daripada keseluruhan jumlah murid sekolah maka pihak PPD akan memanggil
dan menyoal sekolah isu kehadiran yang kurang.
2.3.Memberikan masa kepada para hadirin untuk menganalisa intipati buku program dan
agenda yang akan dibincangkan serta bersedia untuk sebarang pertanyaan untuk ditanya
kelak.
2.4.Menunjukkan persembahan video aktiviti PIBG sepanjang tahun serta menyenaraikan
aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2023.
2.5.Beliau juga meminta para ibubapa memberikan galakan dan sokongan moral untuk
meningkatkan bakat semulajadi murid-murid. Oleh itu motivasi untuk ibubapa disediakan
selama 4 minggu.
2.6.Dana PIBG disediakan dan ibubapa boleh menyumbangkan sekadar mampu untuk
kepentingan kebajikan murid-murid.
2.7.Hari Kantin akan diadakan pada tahun ini dan pada tahun ini akan diadakan lebih meriah
berbanding tahun 2022.
2.8.Gala Dinner akan diadakan pada tahun ini untuk mengutip dana sebagai ‘Fundraising’
pada akhir tahun 2023. Pada ibubapa digalakkan untuk menyertaikan untuk menjayakan
sokongan mereka.

3.0.Ucapan Penasihat - GB
3.1.Puan Guru Besar Pn. Vedavally mengalu-alukan kehadiran YDP PIBG, AJK PIBG, ibu bapa
dan juga guru-guruke Mesyuarat Agung PIBG yang ke-39
3.2 Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi PIBG dan Ahli
jawatankuasa yang telah memberikan sokongan yang penuh kepada sekolah dalam
menjayakan semua aktiviti sekolah sepanjang tahun 2022.
3.2.Di samping itu, beliau juga mengingatkan para ibubapa untuk menitikberatkan kehadiran
ibubapa ke AGM ke-39 sambil menunjukkan keseriusan mereka terhadap kebajikan dan
pendidikan anak-anak mereka.
3.3.Beliau juga mengatakan kerjasama ibubapa sangat penting dalam memajukan
pendidikan anak-anak mereka.
3.4.Beliau berasa sedih kerana hanya 27 ibubapa yang hadir daripada 122 murid-murid pada
masa ini.Malah memberikan idea agar mesyuarat AGM kelak diadakan secara talian
GM/ZOOM untuk keselesaan para ibubapa.
3.5.Dalam ucapan beliau menyuruh para ibubapa untuk bersoal-jawab mengenai
pentadbiran dan pengurusan sekolah dan bergiat aktif dalam semua program sekolah secara
keseluruhan.

4.0.Pengesahan Minit Mesyuarat AGM ke-39


4.1.Pengesahan minit mesyuarat ke- 38 dilangsungkan oleh setiausaha PIBG Pn. Tilagawathy
dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang disenarai sepertimana dalam buku program.
 Tiada perkara-perkara berbangkit .
 Dicadangkan : Pn. Chandrasurya
 Disokong oleh : En. Sivakumar
 Telah diterima dengan sebulat suara oleh para hadirin

5.0 Belanjawan PIBG sesi 2022


5.1.Bendari PIBG Pn. Gogila telah membentangkan belanjawan PIBG bagi sesi 2022 dengan
membentangkan perbelanjaan dan pendapatan sekolah.

 Tiada perkara-perkara berbangkit .


 Dicadangkan : Pn. Meenachi
 Disokong oleh : Pn. Kamala
 Telah diterima dengan sebulat suara oleh para hadirin

6.0 Usul-Usul
6.1. Makanan murid-murid kantin diperbincangkan mengenai variasi yang kurang.
6.2. Maklumat dalam Watsapp dihantar lewat menyebabkan para ibubapa lambat
menyediakan keperluan sekolah tetapi kini telah ada peningkatan dalam kesegeraan pihak
sekolah.
6.3. Para ibubapa menitikberatkan kepentingan Bahasa Melayu dan menyerukan
mengadakan tuisyen atau kelas tambahan dalam Bahasa Melayu.
6.4. Masalah aktiviti fizikal Pendidikan Jasmani kurang dijalankan di padang diutarakan dan
dijelaskan kerana guru Pendidikan Jasmani diajar oleh Ustaz Nazmi yang hanya berada di
sekolah ini 2 hari dan selebih 3 hari beliau mengajar di SJKT Perai.
6.5. Masalah panas di kelas menjadi tajuk perbualan dengan para ibu bapa menyoal pihak
sekolah isu tidak memasangnya di sekolah. Pn. GB membalas pertanyaan tersebut dengan
beberapa proses kebenaran yang perlu dilalui dari JPN dan JKR untuk memasangnya. Ini
kerana Lembaga Pengelola Sekolah En Suchu bersedia untuk memasang di semua kelas
tetapi perlu melalui prosedur yang betul dan kos caj penggunaan yang tinggi. Pihak sekolah
berjanji mencari jalan solusi untuk masalah tersebut dengan YDP PIBG berjanji cuba
mencari dana untuk ‘Air-Cooler’
6.6. Masalah disiplin murid-murid dengan panggilan timangan yang kurang disenangi oleh
para ibu bapa dilaporkan. Ini kerana perkara sedemikian akan mengurangkan keyakinan
murid-murid tersebut dan tidak seronok datang ke sekolah. Pihak sekolah berjanji akan
menangani masalah tersebut dengan kadar yang segera

7.0 Pembubaran AJK PIBG 2022-2023


7.1 Setiausaha PIBG Pn. Tilagawathy memaklumkan pembubarkan AJK PIBG 2022-2023 bagi
sesi ini.
 Tiada perkara-perkara berbangkit .
 Dicadangkan : Pn. Nur Hidayah
 Disokong oleh : Pn. Kumares
 Telah diterima dengan sebulat suara oleh para hadirin

8.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024


8.1. Guru Besar mengumunkan keputusan pemilihan YDP dan YNDP yang telah dipilih
dengan cara undian.
8.1.1 YDP : Pn. Vijayaletchumy

 Dicadangkan : Pn. Karpagam


 Disokong oleh : Pn. Nitia
8.1.2 Naib YDP : En. Chandrapragasam

 Dicadangkan : Pn. Anuratha


 Disokong oleh : Pn. Kogilavani
8.1.3 Setiausaha : Pn. Thilagawathy (Wakil Guru)
8.1.4 Bendahari : Pn. Parames (Wakil Guru)
8.1.5 AJK PIBG
i. Pn. Kogilavani
Dicadangkan : Pn. Selvi
Disokong oleh : Pn. Vijiyaletchumy

ii. En. Lalithan


Dicadangkan : Pn. Kavita
Disokong oleh : En. Sivakumar

iii. Pn. Hemalatha


Dicadangkan : Pn. Vijiyaletchumy
Disokong oleh : En. Marimuthu

iv. Pn. Baanu


Dicadangkan : Pn. Nitia
Disokong oleh : Pn. Karpagam

v. Pn. Meenachi
Dicadangkan : Pn. Vijayaletchumi
Disokong oleh : Pn. Hemalatha
vi. Pn. Manimala (Wakil Guru)
Pn. Buvaneswry
Pn.Vinortheni

8.1.6 Juru Audit : En Rajieswaran (Wakil Guru)

9.0. Hal-hal Lain


9.1 Menyediakan kumpulan dalam telegram supaya kerjasama antara para ibu bapa dan
guru-guru berjalan lancar.
9.2. Kepentingan tuisyen Bahasa Cina dipersoalkan sedangkan ramai murid-murid belum
mahirkan lagi dalam Bahasa Melayu dan kegunaannya masih relevan lagi diperingkat
menengah dan universiti
9.3. Pintu sebelah akan ditutup selepas pukul 8.00pg dan para ibu bapa hanya boleh
gunakan jikalau ada kecemasan
9.4. Pakaian para ibu bapa ke sekolah mestilah bersesuaian dan sopan serta panjang seluar
atau skirt bawah paras lutut.
9.5. Mewarnakan kembali symbol di jalanraya ‘STOP’ dan ‘ Zebra Crossing‘ dari flat ke
sekolah.
9.6. YDP PIBG Pn. Vijayaletchumi menyarankan kutipan RM50.00 daripada setiap keluarga
untuk kebajikan murid-murid SJKT Ladang Prye.
9.7 Menetapkan 10 oarng ahli-ahli jawatankuasa PIBK. Berikut ialah senarainya:

Bil Nama Ahli


1 Pn. Karpagam
2 Pn. Rajieswari
3 Pn. Nitia
4 En. Surya
5 En. Poobalan
6 En. Sivakumar
7 En. Gopal
8 Pn.Kumereswari
9 Pn. Buvaneswry
1 Pn. Anuratha
0

10.0. Ucapan Penutup


10.1 Pengerusi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang ke-39.Diharapkan para ibu bapa terus memberikan
kerjasama kepada pihak sekolah dan pihak PIBG sekolah.

Mesyuarat telah ditangguhkan tepat pada pukul 5.00 petang

Disediakan Diakui oleh

……………………………………… ………………………………………
(THILAGAWATHY A/P BALAN) (VIJAYALETCHUMY A/P LETCHUMANAN)
Setiausaha, YDP PIBG 2023/2024
PIBG 2023/2024 SJK(T) Ladang Prye
PIBK

SJKT LADANG PRYE

You might also like