You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47

SJK(T) LADANG BUKIT MERTAJAM

Pada 17 Julai 2022, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47, SJKT Ladang Bukit Mertajam telah
diadakan. Mesyuarat ini dijalankan di dewan. Aktiviti ini bermula pada jam 2.00 petang.

Pendaftaran

Pendaftaran dimulakan sebelum pukul 2.00 petang di sekolah. Borang pengumuman dan borang usul tentang
mesyuarat telah dimuat naik ke dalam kumpulan whatssapp kelas oleh guru – guru kelas SJK(T)Ladang Bukit
Mertajam.

i. Ucapan Aluan

1. Puan.K.Kalarani selaku Setiausaha PIBG mengalu-alukan kedatangan para ibu ibapa ke mesyuarat pada kali
ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu bagi menjalankan mesyuarat pada
kali ini yang dijalankan.

ii. Bacaan Doa

2. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar yang bernama Sangerthanah A/p Baladev. Dalam
doanya beliau memohon agar mesyuarat ini berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

iii. Ucapan Penasihat

3. Pn.J.Uthaakumari, guru besar sekolah selaku penasihat PIBG memberi ucapan. Beliau mengalu-alukan
kehadiran semua pihak ke mesyuarat pada kali ini.

4. Beliau mengucapkan syabas kepada waris yang memberi sumbangan pada hari sukan. Beliau sangat
mengharapkan agar ibu bapa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan PIBG agar dapat meningkatkan
pencapaian murid dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.

5. Guru besar, Puan J.Uthaakumari menerangkan yang sekolah SJKT Ladang Bukit Mertajam merupakan
sekolah TS25 dan kemenjadian murid diberi keutamaan.

6. Beliau juga meminta kerjasama ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka sentiasa hadir ke sekolah sebab
guru dapat menilai dan memberi tahap penguasaan murid dalam PBD dan PBS secara efektif.

7. Beliau memuji murid tahun 5 yang bernama Divya Sree mendapat johan dalam syarahan dalam peringkat
daerah dan akan memasuki pusingan kedua.

8. Beliau mengakhiri ucapan dengan rakaman terima kasih dan memohon kerjasama semua pihak bagi terus
mengekalkan kecemerlangan SJKT Ladang Bukit Mertajam.

iv. Ucapan Yang Dipertua PIBG

10. Ucapan YDP PIBG disampaikan oleh En.M.Muniandy. Beliau mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke
mesyuarat agung pada kali ke -47.
11. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada PIBG sepanjang
beliau berkhidmat dalam PIBG sebagai ahli AJK, penolong dan pengerusi PIBG sejak 2010.

12. Beliau turut meminta ibu bapa memberi kerjasama dalam segala aktiviti PIBG di sekolah. Kehadiran para
ibu bapa amat dihargai. Beliau memperingatkan ibu bapa supaya menghadiri mesyuarat yang diadakan di
sekolah demi kepentingan anak – anak.

13. YDP PIBG turut memberitahu bahawa beliau banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah walau
apapun tentangan daripada sesetengah pihak.

14. Beliau memberitahu bahawa mesyuarat pada kali ini adalah untuk membentang dan mengesahkan minit
mesyuarat agung dan penyata kewangan serta pemilihan ahli jawatankuasa baharu bagi tahun 2022
memandangkan YDP Muniandy akan berhenti berkhidmat sebagai pengerusi PIBG pada 17 Julai 2022.

15. Beliau juga merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah, AJK PIBG dan ibu bapa yang memberI
sokongan padu kepada beliau selaku Yang Dipertua PIBG. Beliau meminta ibu bapa terus memberikan
sokongan kepada bakal pengerusi PIBG agar beliau dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

v.Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat kali ke – 46.

Puan Kalarani telah membacakan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke – 46.

Pencadang: Puan Ratnadevi

Penyokong: Puan Krishnamah

vi.Membentang penyata Kewangan PIBG

Bendahari, En.K.Sivam membentangkan penyata kewangan.

Pencadang: Encik Sangkar

Penyokong: Encik Murugan

vii.Membentang penyata Kewangan ICT

En.K.Sivam, selaku wakil Encik Maniarasan membentangkan penyata kewangan.

Pencadang: Encik Prakasam

Penyokong: Encik Isparan

viii. Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa PIBG Baharu

16. Encik Ambigabathi (bekas guru besar) membubarkan ahli jawatan kuasa PIBG lama iaitu tahun 2019/2021
dan mewakili membuat perlantikan baharu bagi tahun 2022. Jawatan kuasa baharu telah dilampirkan.

ix. Usul

Tiada sebarang usul yang diberikan.

x. Umum

1.Encik Subramaniam memberi cadangan supaya ibu bapa membayar yuran PIBG sebanyak RM50 sebagai
sumbangan kepada PIBG untuk perbelanjaan terhadap pencapaian murid samada dalam aktiviti kurikukulum
atau ko-kurikulum. Beliau juga menegaskan kos perbelanjaan semakin meningkat pada zaman sekarang. Encik
Sivam memberitahu yuran PIBG RM30 ditetapkan pada tahun lepas disebabkan ramai ibu bapa mengalami
masalah kewangan akibat wabak covid 19.

2. Encik Subra menyoal tentang penggunaan wang pampasan yang diberikan oleh Tenaga Malaysia Berhad
(TNB) kepada pihak sekolah. Encik Maniarrasan menerangkan tentang pampasan tersebut telah digunakan
untuk penambahbaikan bekalan elektrik di sekolah.

3. Encik Ambigabathi berharap pengerusi baharu mendapatkan sumbangan daripada pihak kerajaan dan NGO
sebaliknya tidak bergantung kepada sumbangan ibu bapa semata-mata.

4.YDP Muniandy meminta Encik Thangathurai iaitu penjaga kepada waris perlu menghantar surat kepada PPD
untuk memohon kebenaran untuk menjadi AJK PIBG bagi mengelakkan sebarang isu akan menimbul kelak.

xi. Ucapan Pengerusi Baharu

1. Puan Krishnamah selaku sebagai pengerusi tahun 2022 menyeru yang sumbangan PIBG amat diperlukan bagi
perbelanjaan kepada murid dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.

2. Beliau juga menegaskan bahawa ibu bapa perlu membayar yuran PIBG kerana pihak PIBG memerlukan
sumbangan ini untuk meningkatkan pencapaian murid.

3. Puan Krishnamah meminta kerjasama ibu bapa dan guru agar beliau dapat menjalankan tanggung jawab
sebagai pengerusi dengan berdedikasi. Beliau juga menghargai jasa guru dan guru besar yang berusaha
meningkatkan pencapaian murid bukan sahaja dalam akademik malah dalam ko-kurikulum.

4. Beliau menetapkan yuran PIBG sebanyak RM50 dengan sokongan sebulat suara daripada ibu bapa dan guru.

Pencadang: Encik Genggatharan

Penyokong: Encik Logan

xii.Ucapan Penutup

Pn.K.Kalarani selaku Setiausaha PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa ke
mesyuarat ke-47. Beliau memohon kerjasama ibu bapa berganding bahu dengan PIBG untuk meningkatkan
prestasi sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang.

Minit dicatat oleh:

1. Bahasa Malaysia - Pn.C.Kaliyama


2. Bahasa Tamil -Pn.S.Kaliani

Laporan Disediakan Oleh, Disemak oleh Disahkan Oleh,


_________________ ___________________ _____________________

(KALIYAMA A/P CONABAYAN)

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SJKT LADANG BUKIT MERTAJAM SESI 2022/2023

PENASIHAT : PUAN J.UTHAAKUMARI (GURU BESAR)

PENOLONG-PENOLONG KANAN : PN.M.SANTHI (PK1)

PN.P.KANNAMAL (PKHEM)

PN.T.MURUGAMMAL (PKKK)

PENGERUSI : PUAN KRISHNAMAH

NAIB PENGERUSI : ENCIK MURUGAN

SETIAUSAHA : PUAN S.ESWARY


PENOLONG SETIAUSAHA : PUAN K.VANETHA

BENDAHARI : ENCIK S.SIVAM

JURU AUDIT 1 : PUAN RITA RANI

JURU AUDIT 2 : PUAN M.HEMARATHE

AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) AHLI JAWATANKUASA (GURU)

ENCIK NADARAJAN PUAN C.KALIYAMA

ENCIK RAJESKANNA ENCIK T.MANIARRASAN

ENCIK LOGAN PUAN K.BAVAANI

ENCIK THANGATHURAI PUAN M.THILAGAM

ENCIK SHANGKAR PUAN S.GENGESWARI

You might also like