You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PIBG SMK CHENDERING KALI KE-26

Tarikh : 18 Jun 2022

Hari : Sabtu

Masa : 10.45 Pagi

Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Chendering

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi meminta hadirin membaca Surah al-Fatihah sebelum memulakan mesyuarat.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang menggalakkan pada
mesyuarat kali ini.
1.3 Pengerusi memohon maaf kerana Mesyuarat Agung PIBG pada tahun 2021 tidak dapat
diadakan disebabkan pandemik Covid-19. Permohonan untuk mengadakan mesyuarat tidak
diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2020/2021 yang hadir serta
guru-guru selaku AJK pelaksana yang bertungkus lumus menyediakan keperluan untuk
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26.
1.5 Mesyuarat ini merupakan program wajib yang perlu dihadiri ibu bapa atau penjaga pelajar
untuk membincangkan hal ehwal dan aktiviti sekolah serta menyumbang kepada
perancangan aktiviti PIBG bagi tahun ini.
1.6 Program dan laporan kewangan bagi tahun 2021 akan dibentangkan dalam mesyuarat kali
ini.

2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat agung PIBG kali ke-25
2.1 Cadangan disahkan : Encik Muhammad bin Awang
2.2 Sokongan oleh : Puan Mazni bin Musa

3.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan


3.1 Dibentangkan oleh : Puan Aishahtul Najihah binti Abdul Rani
Setiausaha memaklumkan minit mesyuarat boleh dirujuk pada halaman 11 hingga 14
3.2 Cadangan disahkan : Tengku Ahmad Asari bin Tengku Mohamad
3.3 Sokongan oleh : Puan Wan Zarina binti Wan Kadir
4.0 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahun 2020/2021
4.1 Dibentangkan oleh : Puan Nurul Syuhada binti Che Mat
Bendahari memaklumkan laporan kewangan boleh dirujuk pada halaman 16 hingga 21
4.2 Cadangan disahkan : Puan Nor Azira binti Abd Rahman
4.3 Sokongan oleh : Encik Zamri bin Muda

Tindakan : Makluman

5.0 Membahaskan Usul

5.1 Pengerusi mengemukakan usul berkaitan sumbangan tabung PIBG bagi tahun 2022 iaitu
mencadangkan sumbangan PIBG diubah daripada RM90.00 kepada RM 100 merangkumi
sumbangan PIBG sebanyak RM50, sumbangan surau RM5 dan Dana kecemerlangan RM45.
5.2 Sekiranya ada keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang bersekolah,
sumbangan PIBG sebanyak RM50 hanya seorang sahaja yang perlu bayar.
5.3 Encik Mohamad bin Awang mencadangkan untuk membuat undiana bagi mendapatkan
persetujuan daripada ahli mesyuarat.
5.4 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan untuk meningkatkan kutipan wang
sumbangan dana tabung PIBG kepada RM 100.
5.5 Pengerusi menjelaskan, pihak PIBG tidakmembuat kutipan dana PIBG untuk tahun 2021
disebabkan oleh pandemic dan cuti PKP.

6.0 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022

6.1 Encik Anas Hazizul selaku YDP PIBG sesi 2021/2022 membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG
sesi 2021/2022
6.2 Pengetua membuka cadangan untuk pelantikan YDP PIBG kepada ahli mesyuarat.
6.3 Encik Muhammad Saidi mencadangkan Encik Anas Hazizul sebagai YDP PIBG dan disokong
oleh Encik Muhammad bin Awang.
6.4 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima Encik Anas sebagai YDP PIBG bagi sesi 2022/2023.
6.5 Tuan Pengetua memaklumkan Encik Anas telah menerima Anugerah Tokoh PIBG dalam
majlis sambutan hari guru daerah pada tahun ini .
6.6 Pelantikan untuk jawatan NYDP PIBG diteruskan. Encik Che Ku Rafizi mencadangkan Encik
Syamsu Budiman bin Zakaria manakala Encik Othaman bin Ibrahim mencadangkan Tuan Hj
Saidi bin Abd Rahman. Lantikan dibuat melalui undian daripada ahli mesyuarat dan Encik
Syamsu Budiman bin Zakaria mendapat majoriti undian untuk dilantik sebagai NYDP PIBG.
6.7 Pengetua mencadangkan pelantikan AJK PIBG ibu bapa bagi sesi 2022/2023 seramai 7
orang diteruskan. Haji Saidi mencadangkan YM Tengku Ahmad Asari bin Tengku Muhamad.
Seterusnya, Encik Anas mencadangkan Encik Zahari bin Basri. Encik Syed Mohd Nizam
mencadangkan Encik Che Ku Rafizi bin Che Ku Muhamad. Cikgu Tuan Faridah
mencadangkan Puan Tuan Zakiah binti Tuan Ariffin sebagai AJK PIBG. Manakala Tuan Hj
Saidi mencadangkan Puan Nor Azira binti Abd Rahman dan Puan Mazni binti Musa. Akhir
kali Che Ku Rafizi bin Che Ku Muhamad mencadangkan Syed Mohd Nizam bin Tuan Dagang
sebagai AJK PIBG.
6.8 Tuan Haji Saidi mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebuat suara oleh ahli
mesyuarat. Ahli Mesyuarat juga menyokong sebulat suara agar semua nama yang
dicadangkan dilantik sebagai AJK PIBG bagi sesi 2022/2023.
6.9 Senarai Penuh Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023

Yang Dipertua : Encik Anas Hazizul bin Muhammad


Naib Yang Dipertua : Encik Syamsu Budiman bin Zakaria
Setiausaha : Puan Aishahtul Najihah binti Abdul Rani
Bendahari : Puan Nuruk Syuhada binti Che Mat
Penolong Bendahari : Encik Rosmadi bin Abd Rahman
AJK Ibu Bapa : Tengku Ahmad Asari bin Tengku Muhamad
Encik Zahari bin Basri
Che Ku Rafizi Che Ku Mamat
Tuan Zakiah binti Tuan Ariffin
Puan Nor Azira binti Abd Rahman
Puan Mazni binti Musa
Syed Mohd Nizam bin Tuan Dagang

AJK Guru : Encik Ahmad Tadika bin Mat Aroff


Puan Zalina binti Jusoh
Puan Amira binti Yusof Hady.

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Ucapan Tuan Haji Saidi(AJK PIBG sesi 2020/2021)


Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan barisan guru SMK
Chendering yang berjaya mendidik anak-anak Chendering termasuk berjaya mendidik anak
beliau sehingga berjaya mendapat pendidikan yang baik.

7.2 Ucapan Encik Anas Hazizul (YDP PIBG)


Beliau menyatakan Persatuan Alumni SMKC telah membuka pendaftaran untuk
keahlian baru secara dalam talian untuk bekas pelajar SMKC. Yuran tahunan untuk ahli
sebanyak RM50.00 dan RM20 untuk bayaran pendaftaran. Mesyuarat Agung persatuan ini akan
diadakan pada 31 Julai 2022.
7.3 Ucapan Pengetua
7.3.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan penjaga anak-
anak pelajar SMK Chendering.
7.3.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama AJK PIBG sesi 2020/2021
dan ibu bapa/ penjaga yang telah membantu sekolah untuk membina anak-anak
yang berjaya melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.
7.3.3 Ibu bapa perlu memberi sokongan dan bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam menjayakan aktiviti yang dirancang untuk kecemerlangan dan sahsiah
diri pelajar. Antara aktiviti yang dilakukan pada tahun ini ialah Geng 27 iaitu
SMKC bersama Panitia Pendidikan Islam mengumpul maklumat solat berjemaah
anak-anak pelajar SMKC di masjid atau surau berdekatan untuk program di
masjid atau surau. Antaranya tujuannya untuk melatih atau membentuk pelajar
bagi menyediakan diri menjadi seorang imam.
7.3.4 Ibu bapa juga diharap dapat membantu dalam pengurusan diri pelajar
terutamanya pelajar tingkatan 1 dalam pengunaan tandas yang baik serta solat
berjemaah di surau pada waktu waktu zuhur.
7.3.5 Pihak sekolah juga telah memulakan program Charm Munajat setiap pagi
bermula 7.30 pagi sehingga pukul 8.00 pagi. Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah bercadang untuk menyediakan buku zikir dan doa bagi kemudahan
pelajar . Ibu bapa boleh menginfaq untuk penghasilan buku tersebut.
Sumbangan daripada guru-guru setakat ini telah terkumpul sebanyak
RM2017.00. Kos yang diperlukan sebanyak RM8000 untuk penghasilan 1000
naskah buku Zikir dan Doa.
7.3.6 Aktiviti kelas tambahan petang telah bermula selepas cuti sekolah baru-baru ini
bagi semua kelas tingkatan 5 dan sebahagian kelas tingkatan 4.
7.3.7 Semoga semua aktiviti yang dibuat untuk anak-anak CHARM dapat melahirkan
peribadi yang baik untuk semua pelajar menepati moto Mendidik Insan Taat
Khalifah Bermanfaat.

7.4 Yuran yang telah diputuskan sebulat suara semua ahli :

PERKARA PPKI TING 1 TING 2 TING 3 TING 4 TING 5


PIBG RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM50
SURAU RM5 RM5 RM5 RM5 RM5 RM5
DANA - RM45 RM45 RM45 RM45 RM45
KECEMERLANGAN
JUMLAH RM55 RM100 RM100 RM100 RM100 RM100

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.38 petang.


Pencatat Minit

Puan Suhaila binti Daim

Puan Ruslina binti Ramli

Cik Lina Athirah binti Zameri

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(AISHAHTUL NAJIHAH BINTI ABDUL RANI) (ANAS HAZIZUL BIN MOHAMAD)

Setiausaha PIBG, Yang diPertua PIBG,

SMK Chendering. SMK Chendering.

You might also like