You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 12

SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA


43200 CHERAS SELANGOR
NO. PENDAFTARAN: SEL: 1086

TARIKH : 27 FEBRUARI 2016


HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA (KANTIN) SK. CHERAS JAYA
KEHADIRAN : ORANG

AGENDA :

1.UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2015/2016 (EN.MOHAMAD IBRAHIM BIN GHAZALI)

1.1 Beliau mengalu-alukan kedatangan ibu-bapa, penjaga dan guru-guru pada Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 12.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan pemerhati-pemerhati
tetap yang masih setia bersama majlis hingga ke akhirnya.

1.3 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Dato’ Hoh Hee Lee
D.S.S.S yang telah menyumbang sebanyak RM1000.00 dan kesudian beliau
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 12.

1.4 Beliau memaklumkan bahawa Dato’ Hoh Hee Lee akan datang semula ke SK Cheras
jaya untuk mengagihkan surat khabar The Star kepada semua murid.

2. UCAPAN PENASIHAT (PN. HJH. ZAITUN BINTI MAT ARIF)


2.1 Beliau mengalu-alukan dan juga mengucapkan kedatangan ibu bapa dan penjaga
pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

2.2 Beliau berharap agar hubungan di antara AJK PIBG, warga sekolah dan juga ibu
bapa akan lebih erat pada tahun ini serta menjadikan PIBG sebagai wadah dan
flatfom untuk kemajuan pendidikan anak-anak di SK Cheras Jaya.

2.3 Beliau juga amat berharap supaya PIBG dapat melaksanakan aktiviti yang lebih
mencabar dan bermanfaat bagi melahirkan murid yang berkualiti.

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11


(2015/2016) SK CHERAS JAYA

3.1 Setiausaha PIBG sesi 2015/2016 En. Rosli bin Haron membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 SK Cheras Jaya (merujuk buku Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-12 di muka surat 11-14.

3.2 Setiausaha membuka peluang kepada hadirin untuk mengemukakan sebarang


pembetulan atau soalan.

3.3 En. Wan Shamsul Azhar bin Wan Musai mencadangkan minit mesyuarat disahkan
dan disokong oleh En. Mohd. Rizal Bin Mokhtar serta diterima sebulat suara.

1
4. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2015/2016

4.1 Setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2015/2016
(merujuk buku mesyuarat Agung kali ke-10 pada muka surat 15-21).

4.2 YDP PIBG menyatakan bahawa kehadiran AJK PIBG kurang memberansangkan
kerana kekangan masa masing-masing.

4.3 Pn. Nurul Huda Binti Abdul Ghani mencadangkan Laporan Tahunan PIBG Sesi
2013/2014 disahkan dan disokong oleh Pn. Sobihah Binti Mansur serta diterima
sebulat suara.

5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2015/2016

5.1 Pn. Azleen Azyyati Binti Osman, Bendahari membentangkan penyata kewangan
PIBG SK Cheras Jaya berakhir pada 31 Disember 2015 ( merujuk buku Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-11 di halaman 22-27 ).

5.2 En. Abdul Azizi Bin Mohammad memohon penjelasan tentang sumbangan zakat
yang tertera dalam penyata kewangan PIBG sesi 2015/2016.

5.3 Pn. Hjh. Noraini Binti Hj. Suriff telah menjelaskan bahawa wang bantuan zakat itu
adalah dana untuk kegunaan kanak-kanak asnaf di sekolah ini. Wang ini diterima
daripada Pusat Zakat Selangor dan hanya ditumpangkan sementara dalam akaun
PIBG.

5.4 En. Abdul Majid memohon penjelasan apakah kegunaan sumbangan kertas A4 yang
dinyatakan dalam penyata kewangan.

5. 5 Bendahari PIBG menjelaskan bahawa sumbangan kertas A4 itu digunakan untuk


membeli kertas peperiksaaan. Walaubagaimanapun, dana yang ada tidak
mencukupi. Oleh sebab itu, sumbangan bumbung terpaksa digunakan bagi
menampung perbelanjaan tersebut

6. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2014/2015

6.1 En. Ibrahim bin Ghazali selaku YDP PIBG Sesi 2015/2016 dengan rasminya
membubarkan AJK PIBG Sesi 2015/2016.

6.2 En. Ibrahim bin Ghazali berharap semua AJK PIBG dapat memberi kerjasama yang
baik untuk menaikkan nama sekolah.
.

7. PENGERUSI SEMENTARA 2015/2016

7.1 En. Hamizon bin Hamid dilantik sebagai pengerusi sementara.

2
8. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2016/2017 & DUA PEMERIKSA KIRA-KIRA

7.1 Senarai penuh jawatankuasa PIBG sesi 2016/2017 yang dilantik adalah seperti
berikut:

Penasihat : Pn. Hjh Zaitun bt Mat Arif


Yang Dipertua : Pn. Norhaliza binti Hawa
Naib Yang Dipertua : En Mohamad Ibrahim bin Ghazali
Setiausaha : En. Paul Raj A/L Francis
Penolong Setiausaha : Pn. Siti Norjuaini Binti Abdul Hamid
Bendahari : Pn. Azleen Azyyati binti Osman
Naib Bendahari : En. Mohd. Hafiz

AJK (Ibubapa)

1. Pn. Fatimah Binti Salim


2. Pn. Sobihah Binti Mansor
3. En. Mat Zin Bin Husain
4. En Abdul Aziz Bin Mohammad
5. En. Mohd. Noh Bin Mohd. Nasir
6. En. Mohd. Rizal Bin Mokhtar

AJK (Guru)

1. En. Hamizon bin Hamid


2. Pn. Siti Norsida Binti Atan
3. Pn Sapinah binti Ahmad
4. En. Mohd Ruzaidi bin Ahmad

Pemeriksa Kira-Kira

1. En Azwaruddin
2. Pn Suhaili Binti Soh

9. USUL DAN CADANGAN YANG DIBINCANGKAN

9.1 Pn Anissa dan En. Saari mencadangkan supaya pihak sekolah dapat mengadakan
kelas tambahan Bahasa Malaysia dan Matematik untuk kecemerlangan murid-murid.

YDP PIBG menerangkan bahawa kelas tambahan akan diadakan untuk semua
subjek UPSR bermula 5 Mac 2016.

9.2 En. Abdul Rahim dan syed sufian mencadangkan laluan berbumbung dari pagar
sekolah hingga ke pagar belakang.

9. 3 Pn. Adriana dan Pn. Hannan Hafifah mencadangkan penyediaan locker untuk
menyimpan barang murid di sekolah.

Pn. Zaitun telah menerangkan bahawa pihak sekolah akan mengambil alih dan
membaik pulih locker yang ditinggalkan oleh pembekal.

3
9. 4 En. Ibrahim bin Ghazali memaklumkan infrastruktur sekolah akan dinaik taraf seperti
tempat menunggu bas yang lebih selesa. MPKJ sudah menaiktaraf tempat
menunggu bas di hadapan sekolah.

9. 5 En. Ibrahim bin Ghazali mencadangkan mewujudkan KSIB ( Kumpulan sokongan ibu
bapa)

Berfungsi sebagai program ibu bapa bersama guru untuk membantu menjalankan
aktiviti untuk kecemerlangan murid-murid.

9.6 Sumbangan tahunan PIBG dikekalkan sebanyak RM 40 bagi setiap keluarga.

9.7 Pembinaan dewan berbumbung – PIBG dan pihak sekolah sedang berusaha
mencukupkan dana sejak tahun 2013 bagi pembinaan dewan terbuka berbumbung.
Dianggarkan kos sebanyak RM 300,000 diperlukan.

Pn. Asidah bt Tatin mencadangkan kutipan khas secara berterusan untuk


pembinaan dewan berbumbung.

9.8 Baik pulih lantai kelas tahun enam –Pihak sekolah akan cuba selesaikan sebelum 5
September 2016. Anggaran kos satu kelas mencapai RM 4000.

9.9 Cadangan supaya maklumat berkaitan dengan sekolah disalurkan melalui aplikasi
whatsapp.

Pn. Noraini mencadangkan agar ibu bapa dan guru menggalakkan murid mencatat
maklumat di dalam buku komunikasi.

10. Hal-hal lain

10.1 Pn. Norhaliza selaku (YDP) menaruh harapan agar barisan ahli jawatankuasa baru
akan berusaha membangunkan sekolah.

11. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 12 ditamatkan pada jam 12.50 tengah hari.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………….... ……………………………........................
(EN. PAUL RAJ A/L FRANCIS) (PN. NORHALIZA BINTI HAWA)
Setiausaha PIBG Sesi 2016/2017 YDP PIBG
Sesi 2016/2017

You might also like