You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK CHERAS JAYA

43200 CHERAS, SELANGOR

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SESI 2020/2021


BIL. 2

Tarikh : 7 MAC 2020


Hari : SABTU
Masa : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
Tempat : BILIK MESYUARAT, SK CHERAS JAYA
Pengerusi : AHMAD HASNI B. MOHAMED JALILAH

KEHADIRAN

HADIR :
BIL NAMA JAWATAN
1 MOHD THANI B. ABDULLAH PENASIHAT
2 AHMAD HASNI B. MOHAMED JALILAH YDP
3 SHARIANA BT. ABD RAHMAN NYDP
4 NURUL IMANI BT. ABD HALIM SETIAUSAHA
5 ANIS BT. BAKHARI BENDAHARI
6 SHAHRUN IZZAH BT AZMEE @ AZMI PEN. SETIAUSAHA
7 ANIS BT. BAKHARI BENDAHARI
8 NUR ATHIRA BT. SUFIAN AJK
9 SUZILA BT. ISMAIL AJK
10 ZUL IZUDDIN B. A.RAHMAN AJK
11 NOOR SHAFARINA BT. IBRAHIM AJK
12 NOR ZAHURAH BT. ONGSOR AJK
13 MOHD ROSDI B. CHE MOOD AJK
14 MOHAMAD SHARIN B. HJ. MOHAMAD SIDEK AJK
15 MOHAMAD SUFFIZE B. MAJID AJK
16 ISMA AMITA BT. ISMAIL AJK
17 SAROJINI A/P MAHENDRAN AJK
18 MOHAMAD NIZAM B. MUSTAFFA AJK
19 MOHD KUSHAIDAN B. SULAIMAN AJK

HADIR BERSAMA :

BIL NAMA JAWATAN


1 ZAINUDIN B. SAMINGAN GPK PENTADBIRAN
2 MOHD SHARIFF B. SHAHARI GPK PETANG
3 WAN RIDWAN B. WAN AHMAD SUBLI JURU AUDIT

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN :


Tiada

CATATAN MESYUARAT
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Perutusan Pengerusi (Ahmad Hasni b. Mohamed Jalilah)

1
SERASA SEHATI SEJIWA
1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa

1.2 Perutusan Penasihat (En. Mohd Thani bin Abdullah)


1.2.1 Mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK.
1.2.2 Menasihatkan semua ibu bapa mengingatkan anak masing-masing supaya
menjaga kebersihan memandangkan penularan virus Covid-19
1.2.3 Segala aktiviti perlu menunggu arahan pihak KPM

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Minit Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2020/2021 Bil.1 disahkan tanpa pindaan
Pencadang : Zul Izuddin b. A. Rahman
Penyokong : Isma Amita bt. Ismail

3.0 PERKARA- PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 LAPORAN KEWANGAN


4.1 Yang Dipertua melaporkan kewangan terkini iaitu Laporan kewangan berakhir 31
Januari 2020. (seperti Lampiran 1)
4.2 Baki dalam akaun PIBG seperti di dalam penyata kewangan adalah sebanyak RM 24
367.40
4.3 Disahkan tanpa pindaan.
Pencadang : Wan Ridwan b. Wan Ahmad Subli
Penyokong : Noor Shafarina bt. Ibrahim
MAKLUMAN

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/ LAPORAN


5.1 PROJEK DEWAN TERBUKA
5.1.1 Masih dalam proses mencari dana. YDP telah menghantar kertas kerja
kepada beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan.
5.1.2 Harap dapat dilaksanakan pada tahun ini.
5.2 PROGRAM PEMBANGUNAN SEKOLAH
5.2.1 YDP memaklumkan pihak PIBG akan menjalankan beberapa projek untuk
membaik pulih sekolah seperti penyelenggaraan elektrik. Bantuan tenaga
diperlukan dalam kalangan AJK PIBG dan ibu bapa yang lain.
5.2.2 Ruang tambahan kantin
i. Berikutan ruang kantin agak terhad kerana berkongsi dengan
dewan sekolah, pihak PIBG akan membina ruang tambahan di
tapak sedia ada di depan bilik makan guru.
ii. Ruang makan berbumbung dan bersimen supaya tidak berselut
sekiranya hujan.
5.2.3 Sistem perpaipan akan ditambah dan dibaik pulih di beberapa tempat yang
telah dikenalpasti.
i. Blok A
ii. Tandas Blok A, B dan C

TINDAKAN : YANG DIPERTUA

5.3 PROGRAM SEKOLAH HIJAU

2
SERASA SEHATI SEJIWA
5.3.1 NYDP telah menghantar kertas kerja untuk mendapatkan khidmat
sukarelawan daripada mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
dan masih menunggu maklum balas daripada pihak universiti
5.3.2 Akan dilaksanakan pada bulan 4 sekiranya tiada perkara-perkara berbangkit

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Sumbangan kanopi
YDP beliau akan cuba untuk mencari penaja untuk mendapatkan sebuah kanopi
berukuran 20x20 untuk diletakkan di kawasan murid menunggu ibu bapa iaitu di
sebelah pondok pengawal.
6.2 En. Mohama Sharin b. Hj. Mohamad Sidek mencadangkan aktiviti fokus [ contoh :
mengecat, berkebun dan lain-lain] untuk program gotong-royong Program Sekolah
Hijau yang akan datang. YDP memaklumkan akan dibincangkan kemudian dengan
Unit HEM.

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK dan terima kasih atas
komitmen semua AJK.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dengan bacaan Al- Asr dan
tasbih Kaffarah

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………….. ……………………………………....................
(NURUL IMANI BT. ABD HALIM) (AHMAD HASNI B. MOHAMED JALILAH)
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu bapa dan Guru Persatuan Ibu bapa dan Guru
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021
SK Cheras Jaya SK Cheras Jaya

Disahkan oleh :

…………………………………….........
(MOHAMAD THANI B. ABDULLAH)
Guru Besar
SK Cheras Jaya

3
SERASA SEHATI SEJIWA

You might also like