You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA


43200 CHERAS, SELANGOR, DARUL EHSAN
TEL : 03-9075 4929 FAX : 03-9074 3237
KOD SEKOLAH : BBA4050 E-MEL : bba4050@moe.gov.my

Rujukan Kami : SKCJ 100-7/1/7 (118)


Tarikh : 11 Mac 2020

Flowserve Solution (Malaysia) Sdn. Bhd


Lot. 14B, Jalan CJ 3,
Kawasan Perusahaan Cheras Jaya,
43200 Balakong,
Selangor.
(u.p : Norulhuda Abdul Jalil)

MELALUI DAN SALINAN,


Guru Besar
Sk Cheras Jaya
43200 Cheras Selangor

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBAIK PULIH PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH


KEBANGSAAN CHERAS JAYA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya sedang giat berusaha mengumpul dana
bagi meningkatkan dan membaik pulih kemudahan infrastruktur dan prasarana sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan
dalam pelbagai bentuk seperti wang, peralatan seperti peralatan binaan, peralatan untuk menceriakan sekolah, peralatan
untuk menambahbaik sistem audio, peralatan sukan dan sebagainya.

4. Kerjasama dan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan amat kami hargai dan semoga dikira sebagai amal jariah
oleh-Nya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Guru Besar, En.Mohamad Thani b. Abdullah (010 292
2212) atau Yang Dipertua PIBG, En. Ahmad Hasni b. Mohamed Jalilah (013 343 4348)

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“SERASA SEHATI SEJIWA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………..
(AHMAD HASNI BIN MOHAMED JALILAH)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
SK Cheras Jaya.

s.k : 1. Fail PIBG

You might also like