You are on page 1of 1

/

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sekolah Kebangsaan Bandar Baru
Jalan Melor TEL : 03-3289 4652
45000 Kuala Selangor Kod Sek : BBA 3031
Selangor Darul Ehsan Emel : bba3031@moe.edu.my

Rujukan kami : SKBB.600-3/6/8(17)


Tarikh : 7 Disember 2023

HAMARE Group,
No 7, Jalan Imam Ayob 3,
Taman Sri Kapar 2,
42200 Kapar,
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA KARNIVAL


PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN SK BANDAR BARU KUALA SELANGOR 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bandar Baru Kuala Selangor (SKBBKS) dengan


kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Alumni SKBBKS akan
mengadakan Karnival Pendidikan dan Keusahawanan peringkat sekolah pada ketetapan
berikut:

Tarikh : 13 &14 Januari 2024 (Sabtu & Ahad)


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : SK Bandar Baru Kuala Selangor

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan penyertaan pihak tuan untuk
mengadakan pameran bagi memberi pendedahan dan pendidikan lebih lanjut kepada murid
mengenai agensi pihak tuan.

4. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Hasrul Shah bin Jamil di talian 019-
240 6527. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat kami harapkan untuk
menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………

You might also like