You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BESTARI JAYA

45600 BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR


MINIT MESYUARAT PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
Tarikh
Masa
Tempat

:
29 DISEMBER 2015
:
9.00 am 10.00 am
BILIK MESYUARAT SKBJ

KEHADIRAN
1. En Nadzri bin Ismail
2. Pn Rosita bt Md Jali
3. En Helmi bin Johari
4. En Samsudin bin Said
5. Pn Norazlina binti Abu Bakar
6. Pn Arbaa binti Daud
7. Pn Kenanga binti Kadir
8. Pn Siti Shuhada binti Kamali
9. Pn Zazanilah binti Ismail
10. Pn Nurul Afni binti Zulkifly
11. Pn Maisarah binti Ayub
12. Pn Farhatun Najiha Zainal Abidin
13. Pn Siti Hidayu binti Ludin
14. Pn Nor Mazlina binti Mohamad
15. Pn Suria binti Hussin
16. Pn Sharmila Hanim binti Zainal
17. Pn. Nurul Aida binti Ibrahim
18. Pn Siti Fauziah binti Ismail
19. Pn Ida Hariyati binti Mohd Zin
20. Pn Siti Maisarah bt Idris
21. Pn Rohaya bt Effandi
22. Pn Norhaniza binti Yahaya
23. En. Noor Iman bin Ismail
24. En. Kamal Ariffin bin Salleh
25. En. Ezaruddin bin Mohd Othman
26. Pn Badariah binti Abu Bakar
27. Pn Siti Norhidayah bt Muji
28. Pn Hamidah binti Abdul Hamid
29. Pn Norzalilah bt Abdullah
30. Pn Noor Asikin bt Abd Mungis
31. En Zubaktiyar bin Hussain
32. En Ahmad Kamal bin Zainuddin
33. Pn Hjh Zainab binti Hassan
34. Pn Farahneza bt Zainal Abidin
35. Pn. Nurhayati binti Ghani

35 / 35
Guru Besar
GPK Kurikulum
GPK HEM
GPK KOKU
GPK PPKI
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Guru Data
Guru Media
Guru Kelas Tahun 1 Bestari
Guru Kelas 1 Jaya/ Penyelaras LINUS
Guru Kelas Tahun 2 Bestari
Guru Kelas Tahun 2 Jaya
Guru Kelas Tahun 3 Bestari
Guru Kelas Tahun 3 Jaya
Guru Kelas Tahun 4 Bestari
Guru Kelas Tahun 4 Jaya
Guru Kelas Tahun 5 Bestari
Guru Kelas Tahun 6 Bestari
Guru Kelas Tahun 6 Jaya
Guru Pemulihan Khas
Guru Matapelajaran
Guru Matapelajaran
Guru Matapelajaran
Guru Matapelajaran
Guru Matapelajaran
Guru Matapelajaran
Guru Pendidikan Khas
Guru Pendidikan Khas
Guru Pendidikan Khas
Guru Pendidikan Khas
Guru Pendidikan Khas
Guru Pendidikan Khas
Guru Pendidikan Khas
Guru Prasekolah Pintar
Guru Prasekolah Bestari

Urus Setia Mesyuarat


1. Pn Nurul Afni binti Zulkifly

Pencatat Minit
1

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan doa oleh Ustaz Noor Iman bin Ismail.
1.0

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-guru kerana dapat
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini.
1.2 Tuan Pengerusi meminta kerjasama daripada guru-guru agar dapat memberikan
tumpuan, pendapat, cadangan dan respon pada perkara yang dibincangkan.
2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Dicadangkan sah oleh Pn Farahneza bt Zainal Abidin
2.2 Disokong oleh En Ahmad Kamal bin Zainuddin

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN


4.1 Ucapan Pengerusi (En Nadzri bin Ismail Guru Besar)
4.1.1

Info 5 minit Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


Terdapat 5 aspirasi utama terhadap sistem pendidikan dan murid di Malaysia
i) Akses setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan
peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masingmasing.
ii) Kualiti Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapatkan pendidikan
cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia dan setanding
dengan sistem pendidikan antarabangsa.
iii) Ekuiti Sistem pendidikan yang berprestasi tinggi menyediakan pendidikan
berkualiti terhadap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, jantina,
atau latar belakang sosioekonomi.
iv) Perpaduan Sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan
dikalangan murid melalui interaksi dari pelbagai latar belakang.
v) Kecekapan Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang
tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak setanding dengan
sumber yang disalurkan ke dalam sistem. Walaupun, kerajaan akan terus
mengekalkan tahap pelaburan masa kini, kementerian berhasrat untuk
memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

4.1.2 Program Transisi dan Guru Penyayang (PTGP) Tahun Satu 2016
4.1.2.1 Tuan Pengerusi menyatakan tarikh Majlis Perjumpaan Ibu Bapa PTGP
Tahun Satu 2016 pada 31 Disember 2015 (Khamis).
4.1.2.2 Taklimat untuk ibu bapa akan diadakan di dewan sekolah bersama
pentadbir dan guru penyelaras yang terlibat. Kehadiran guru adalah wajib.
4.1.2.3 Program Transisi ini amat penting untuk mendedahkan kepada ibu bapa
mengenai budaya dan peraturan sekolah, KSSR, LINUS 2.0 serta
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),VLE Frog dan lain- lain.
4.2 Ucapan Oleh Penyelaras Transisi (Pn Nurul Afni binti Zulkifly)
2

4.2.1 Ahli Jawatankuasa Pelaksana PTGP


4.2.1.1 Pn. Nurul Afni memaklumkan AJK Pelaksana yang terlibat dan memohon
kerjasama dari semua pihak untuk menjayakannya. (Rujuk Kertas
Cadangan Program Transisi Guru Penyayang 2016)
4.2.2 Tentatif Program
4.2.2.1 Pn Nurul Afni menjelaskan aturcara program seperti berikut:
8.30 pagi:

Ketibaan hadirin dan pendaftaran


Ucapan alu aluan pengerusi majlis
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Taklimat Program Transisi dan Kurikulum
(oleh GPK Kurikulum)
Taklimat Unit HEM & Kokurikulum
(oleh Penyelaras Transisi)
Taklimat LINUS 2.0
(oleh Penyelaras LINUS 2.0)
Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
(oleh Penyelaras PBS)
Taklimat VLE Frog
(oleh Admin VLE Frog)

11.00 pagi:

Bersurai

4.2.3 Disiplin Murid


4.2.3.1 Pn. Afni memaklumkan bahawa murid Tahun Satu akan berada bersama
ibu bapa di dalam dewan sehingga ucapan Guru Besar sahaja. Selepas itu,
murid perlu dibawa ke kelas masing- masing. Hanya ibu bapa akan berada
di dewan untuk mendengar taklimat.
4.2.3.2 Guru yang mengajar Tahun Satu diminta berada bersama- sama murid di
bilik darjah untuk mengawal disiplin. Di bilik darjah akan disediakan alat
pengukur tinggi dan alat penimbang untuk guru mengambil tinggi dan
berat murid yang hadir.

5.0 Hal - hal lain.


5.1 Guru Besar menyatakan bahawa ibu bapa boleh membuat bayaran sumbangan
PIBG, baju dan seluar sukan serta buku peraturan di kaunter yang dibuka
berhampiran kedai buku sekolah.
3

5.2 Puan Zazanilah maklumkan akan disediakan lembaran kerja untuk murid pada hari
tersebut.
6.0 Penutup Dan Penangguhan Mesyuarat.
6.1 Tuan Pengerusi mengharapkan agar semua guru mengambil tindakan dan berikan
kerjasama untuk perkara sepatutnya.
6.2 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru terhadap perhatian
yang diberikan sepanjang mesyuarat dijalankan.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi
Urus Setia
Mesyuarat Guru
Tarikh : 2 Januari 2016

You might also like