You are on page 1of 1

/

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sekolah Kebangsaan Bandar Baru
Jalan Melor TEL : 03-3289 4652
45000 Kuala Selangor Kod Sek : BBA 3031
Selangor Darul Ehsan Emel : bba3031@moe.edu.my

Rujukan kami : SKBB.600-3/6/8


Tarikh : 22 Disember 2023

Pengurus,
Bank Simpanan Nasional (BSN),
Cawangan Kuala Selangor,
No. 15 & 17, Jalan Medan Niaga 2
Medan Niaga Kuala Selangor
45000 Kuala Selangor
Selangor

Tuan,

JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN DAN


KEUSAHAWANAN SK BANDAR BARU KUALA SELANGOR 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bandar Baru Kuala Selangor (SKBBKS) dengan


kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Alumni SKBBKS akan
mengadakan Karnival Pendidikan dan Keusahawanan peringkat sekolah pada ketetapan
berikut:

Tarikh : 13 & 14 Januari 2024 (Sabtu & Ahad)


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan TN50 SK Bandar Baru Kuala Selangor

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan penyertaan pihak tuan untuk
mengadakan pameran mengenai agensi tuan bagi memberi pendedahan dan pendidikan
lebih lanjut kepada murid dan pengunjung yang hadir.

4. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Hasrul Shah bin Jamil di talian
019-240 6527. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat kami harapkan untuk
menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………

You might also like