You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI

Jalan Aman 10,


43000 Kajang,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-89201515
FAX: 03-89201515
Email: BBA4018.edu
Portal: http://www.skbangiofficial.com
Kod Sekolah: BBA 4018
_______________________________________________________________________
Ruj.Kami: SKBL600-3/1/ ( )
Tarikh: 23 NOV 2023
Kepada:
Guru Besar
-Sekolah Rendah Agama ABIM Taman Impian Putra
-Sekolah Rendah Agama Pekan Bangi
-Sekolah Rendah Agama Seri Putra
-Sekolah Rendah Agama Sg Buah
-Sekolah Rendah Agama Batu Tiga
-Sekolah Rendah Islam Permata Al-Haziq
-Sekolah Rendah Agama Rinching

Tuan/Puan,

Pelaksanaan Sukaneka/Sukantara/Larian 65m Bagi Tahap 1 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman, pelaksanaan sukaneka/sukantara/larian 65m bagi tahap 1 2023/2024 adalah


seperti ketetapan berikut.

Hari/Tarikh : Khamis ( 30 November 2023 )


Masa : 7.30 pagi- 1.00 Tengahari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bangi

3. Sehubungan dengan itu, semua murid Tahun 1 hingga 3 diwajibkan hadir mengikut waktu yang
dinyatakan. Pihak sekolah juga memohon pelepasan kepada semua murid atas sebab perkara di atas.

4. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului denga ucapan
terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………..
(NORA BINTI HUSSEIN, P.P.T)
Guru Besar
SK Bangi,
Selangor

You might also like