You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN Tel : 03-89256971
Faks : 03-89256975
E Mel : bba4045@btpnsel.edu.my

Kod Sebut Harga : BBA4045/2022


Rujukan kami : SKJ4.200-4/2/2 Jld.1 ( )
Tarikh : 01 Jun 2022

TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KEDAI BUKU SK JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI

1. Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan
Kedai Buku sekolah ini bagi tempoh 2 tahun mulai 01 Julai 2022 hingga 30 Jun 2024.

2. Sebut harga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan bertanda “ SEBUT HARGA
KEDAI BUKU SK JALAN EMPAT “ di bahagian atas sudut kiri. Borang dan dokumen-
dokumen yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat SK Jalan Empat pada atau sebelum 22
Jun 2022 jam 12.00 tengahari.

3. Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 100.00
(Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk cek berpalang sahaja atas nama
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI. Permohonan tanpa wang
pertaruhan tidak akan dilayan dan tidak dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan
semula kepada pemohon–pemohon yang tidak berjaya.Borang-borang serta dokumen lain yang
berkaitan boleh didapati di Pejabat SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi mulai dari jam 8.00 pagi
hingga 5.00 petang pada waktu pejabat melalui Pembantu Tadbir Sekolah.

4. Jumlah anggaran murid untuk tahun 2022 adalah 2415 orang


Sesi persekolahan pagi dan petang.

5. Syarat-syarat pemohon adalah seperti berikut :


5.1 Warganegara Malaysia
5.2 Berdaftar dengan pendaftar Syarikat (ROC)
5.3 Berdaftar dengan Kementerian Kewangan
5.4 Mempunyai modal pusingan yang mencukupi (ikut kesesuaian)

6. Jawatankuasa Sebut Harga tidak terikat untuk memilih mana-mana tawaran sebut harga
yang tertinggi atau sebarang sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah
muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….
AINON BINTI MOHAMED SALEHUDDIN
Guru Besar

sk. Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat


Semua sekolah Daerah Hulu Langat
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN Tel : 03-89256971
Faks : 03-89256975
E Mel : bba4045@btpnsel.edu.my

Rujukan kami : SKJ4.200-4/2/2 Jld.1 ( )


Tarikh : 01 Jun 2022

Semua Pengetua / Guru Besar


Sekolah Menengah / Rendah
Daerah Hulu Langat
Selangor.

Y.Bhg Dato / Datin / Tuan / Puan,

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA KEDAI BUKU SK JALAN EMPAT


BAGI TEMPOH 1 JULAI 2022 HINGGA 30 JUN 2024

Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan Kenyataan Tawaran Sebut
Harga Kedai Buku Sekolah SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

2. Dipohon jasa baik dan kerjasama dari pihak Y.Bhg Dato / Datin / Tuan / Puan untuk
mempamerkan kenyataan tersebut di papan kenyataan sekolah.

3. Kerjasama dari Y.Bhg Dato / Datin / Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
AINON BINTI MOHAMED SALEHUDDIN
Guru Besar.

You might also like