You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KECHIL ULU


34950 BANDAR BAHARU Tel : 05-7167798
KEDAH DARUL AMAN Faks : 05-7167798
Emel :
KBA1012@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKSKU.600-8/3 (6)


Tarikh : 03 September 2023

TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SK SUNGAI KECHIL ULU, BANDAR BAHARU, KEDAH

Tawaran adalah dipelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan
Sungai Kechil Ulu, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.

MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK TERMASUK MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH


KEBANGSAAN SUNGAI KECHIL ULU, BANDAR BAHARU, KEDAH BAGI TEMPOH 2 TAHUN MULAI 1 DISEMBER 2023
HINGGA 30 NOVEMBER 2025

2. Semua dokumen tentang butir-butir dan borang tawaran boleh didapati dipejabat mulai 03/09/2023
Hingga 01/10/2023 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari-hari bekerja.

3 Setiap sebut harga hendaklah disertakan wang cagaran sebanyak RM300.00 (Ringgit: Tiga Ratus Sahaja)
dalam bentuk tunai / cek / kiriman wang / deraf bank / wang pos yang dibuat atas nama Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sungai Kechil Ulu sebagai cagaran. Borang tawaran yang tidak disertakan dengan wang cagaran akan
DITOLAK sepenuhnya. Wang cagaran ini akan dikembalikan kepada pengusaha yang tidak berjaya. Bagi pengusaha
yang berjaya tetapi tidak memulakan kerja penyelenggaraan kantin atau menarik balik tawaran atau menarik diri
“WANG CAGARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN”.

4. Borang yang disempurnakan besertakan wang cagaran hendaklah dihantar kepada Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sungai Kechil Ulu di dalam sampul surat yang berlakri dan bertulis “TENDER KANTIN” disudut kiri
sebelah atas sampul surat dan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 30 Oktober 2023 (Isnin)
Jam 12.00 tengah hari. Borang yang diterima selepas tarikh akhir tidak akan dilayan.

5 Anggaran bilangan murid dan guru serta staf pejabat adalah seperti berikut:-

Melayu Cina India Lain-lain Jumlah


Murid 256 256
Guru 29 29
Staf AKP 4 4
Jumlah 289 289

6. Keputusan Jawatankuasa Sebut harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Sekian,terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

AZNIR BIN AHMAD


Guru Besar SK Sungai Kechil Ulu
Bandar Baharu, Kedah.

You might also like