You are on page 1of 1

SMK TINGGI MELAKA

(Sekolah Kluster Kecemerlangan)


Jalan Chan Koon Cheng
75000 Melaka
MALAYSIA
Tel : 06-2824466
Fax : 06-2860548
Asrama : 06-2839235
E-mel : MEB2090@moe.edu.my

Ruj Kami : SMKTM/900-12 (17)


Tarikh : 12 Julai 2023
Kepada,

Pengetua,
SMK Krubong,
SMK Krubong, Jalan Persiaran Ilmu,
75260 Krubong, Melaka
U/P : PN. SITI SUHAILA BINTI ABDUL RAHMAN

Tuan,

JEMPUTAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR TIGA PENJURU.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Pasukan Bola Tampar SMK Tinggi Melaka ingin mengadakan perlawanan
persahabatan secara tiga penjuru. Perlawanan persahabatan ini melibatkan Pasukan Bola Tampar
(L18) SMK Tinggi Melaka, Pasukan Bola Tampar (L18) SMK Tinggi Cina dan Pasukan Bola
Tampar (L18) SMK Krubong. Ketetapan perlawanan adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 Julai 2023 (Khamis)


Masa : 3.30 petang – 6.00 petang
Tempat : Gelanggang Bola Tampar, SMK Tinggi Cina.

3. Diharapkan perlawanan persahabatan ini dapat memupuk semangat kesukanan murid yang
terlibat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sekolah yang terlibat. Kerjasama dan
keprihatinan daripada pihak Tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………...
( JOHAN BIN OTHMAN )
Pengetua
SMK Tinggi Melaka

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakaBITARA

You might also like