You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Temiang (NBA4018)


Jalan Temiang, 70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
  06-7623488  nba4018@moe.edu.my

Melangkah ke hadapan

Ruj. Kami : SKT. SKT.700-1/1/( 2 )


Tarikh : 5.9.2023

Nestle (Malaysia) Berhad Level 22,


1 Powerhouse No.1,
Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya Selangor.
(UP : Puan Sharifah Shajaratul Ashikin,
Manager Shopper & Consumer Engagement Department Operating Centeral Region 2)

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN MINUMAN MILO UNTUK


KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH SK TEMIANG KALI KE 26 TAHUN 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah akan mengadakan kejohanan sukan sekolah seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Oktober 2023


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tgh hari
Tempat : Padang Sekolah SK Temiang
Bil Peserta : 500 orang murid 50 orang guru

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan untuk memberi sumbangan
perkhidmatan minuman milo bagi keperluan murid-murid dan warga sekolah pada hari tersebut.

4. Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

You might also like