You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 1


440-B, Jalan Tengkera
75200 Melaka
MBB2045 Tel : 06 282 3843 Faks : 06 284 6931 emel :
MBB2045@moe.edu.my
Rujukan Kami : SKPM1./600-5 / 15 ( )
Tarikh :20 JUN 2023

Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT BANTU SEBAGAI FASILITATOR KEM BESTARI SOLAT SIRI - 1 BAGI TAHUN
2023 PERINGKAT SK(P) METHODIST 1.

Dengan segala hormatnya dirujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Siri - 1 pada
ketentuan berikut :-

Tarikh: 26 JUN 2023( Isnin )


Masa: 12.00 TGH – 5.00 PM
Tempat: SK(P) Methodist 1, Melaka

3. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengelola Kem Bestari Solat ingin memohon mendapatkan khidmat
bantu 10 orang guru pelatih sebagai fasilitator bagi kem tersebut.

4. Bersama-sama ini disertakan tentatif program dan modul-modul berkaitan sebagai rujukan tuan.
Kami mengharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan dan menjadi platform membina hubungan
kerjasama Ko Akademik pihak tuan dengan pihak sekolah kami.

Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Ustaz Hasran @ Ma Hasran Bin Ma Hussain di talian
019-7587743. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan
ribuan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

(LOH CHEE CHEONG)


Guru Besar
SK (P) Methodist 1,
Melaka

_________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

You might also like