You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BUKIT PASIR

84300 BUKIT PASIR, MUAR


JOHOR DARUL TAKZIM
Tel : 06-9856120
Faks : 06-9856120
e-mail: jbb5037@moe.gov.my

Ruj. Kami : SKSBP.600-3/5/32 ( 8 )


Tarikh : 18 OKTOBER 2022
Tn. Hj Abdul Rahman Bin Selamat
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Muar,
JKR 242, Jalan Arab
84000 Muar, Johor

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN


OLAHRAGA SK SRI BUKIT PASIR KALI KE-33 TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Kejohanan Olahraga SK Sri
Bukit Pasir kali ke-33 Tahun 2022 seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 27 Oktober 2022 ( Khamis )


Masa : 11.30 Pagi
Tempat : Kompleks Sukan Maktab Teknik PDRM, Muar

3. Sehubungan itu, pihak sekolah serta Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sri
Bukit Pasir, Muar dengan berbesar hati dan penuh takzimnya menjemput pihak Tuan untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah
Kebangsaan Sri Bukit Pasir, Muar Tahun 2022 serta menyampaikan hadiah.

4. Kesudian dan jasa baik tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

Sekian, terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

SARIPAH ROZIAH BTE ZAKARIA


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sri Bukit Pasir, Muar
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BUKIT PASIR
84300 BUKIT PASIR, MUAR
JOHOR DARUL TAKZIM
Tel : 06-9856120
Faks : 06-9856120
e-mail: jbb5037@moe.gov.my

Ruj. Kami : SKSBP.600-3/5/32 (7)


Tarikh : 3 OKTOBER 2022
Pn. Zanaria Binti Mohd Salleh,
Pengerusi PIBK,
SK Sri Bukit Pasir,
84300 Bukit Pasir, Muar

Puan,

JEMPUTAN KE KEJOHANAN OLAHRAGA SK SRI BUKIT PASIR KALI KE-33 TAHUN


2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Kejohanan Olahraga SK Sri
Bukit Pasir kali ke-33 Tahun 2022 seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 27 Oktober 2022 ( Khamis )


Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Padang SK Sri Bukit Pasir.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah menjemput puan untuk hadir bagi memberi sokongan serta
memeriahkan kejohanan tersebut.

4. Kesudian dan jasa baik puan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

Sekian, terima kasih.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

SARIPAH ROZIAH BTE ZAKARIA


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sri Bukit Pasir, Muar

You might also like