You are on page 1of 4

Lampiran A

KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN BAJU MURID BAGI
PERSATUAN SEPAK TAKRAW
DAN
KELAB MUZIK DAN KEBUDAYAAN
SK. KEKAPOR KUALA PENYU

Disediakan oleh :
UNIT KOKURIKULUM
SK. KEKAPOR, KUALA PENYU

PEMBELIAN BAJU MURID BAGI PERSATUAN SEPAK TAKRAW DAN KELAB


MUZIK DAN KEBUDAYAAN SK. KEKAPOR KUALA PENYU

1.0

PENGENALAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan pihak Pentadbir

terhadap cadangan pembelian baju murid bagi Persatuan sepak takraw dan Kelab muzik dan
kebudayaan SK. Kekapor. Sejarah Sk. Kekapor telah dilakar dengan kejayaan pasukan sepak
takraw merangkul kejuaraan peringkat Daerah dan beberapa orang murid sekolah ini telah
terpilih mewakili daerah ke peringkat Zon selatan pada tahun lalu. Kelab Muzik Dan
Kebudayaan juga turut mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan murid merangkul tempat
kedua dalam pertandingan nyanyian peringkat Daerah pada tahun 2015. Berdasarkan pencapaian
cemerlang ini adalah wajar ia diperkasakan lagi dengan memberikan ketrampilan serta
pemakaian yang menarik kepada murid dalam kelab dan persatuan bagi tahun 2017.
2.0

LATARBELAKANG
Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kekapor menyahut saranan pihak sekolah untuk

memperkasa ketrampilan murid melalui pemakaian di sekolah bagi tahun 2017. Justeru, Unit
Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kekapor bercadang menyediakan baju murid bagi Persatuan
Sepak Takraw dan Kelab Muzik Dan Kebudayaan bagi tahun 2017. Cadangan ini bertujuan
untuk memberikan murid ketrampilan yang menarik disamping melatih mereka tentang
kekemasan diri dan memenuhi permintaan mana mana aktiviti yang memerlukan pakaian
seragam seperti untuk mewakili sekolah bertanding di peringkat daerah, zon dan negeri mahupun
untuk lawatan dan hari sukan.
3.0

CADANGAN
Selaras dengan pertimbangan di atas, cadangan berikut dikemukakan agar murid dapat

membeli baju yang menarik, berkualiti serta seragam. Di samping itu, dengan adanya baju
tersebut, tahap motivasi dan semangat murid pasti akan lebih berkobar dan membara dalam
berpersatuan.

4.0

SPESIFIKASI

5.0

4.1

Baju Persatuan Sepak Takraw --- 35 helai

4.2

Baju Kelab Muzik Dan Kebudayaan --- 35 helai

IMPLIKASI KEWANGAN
Maka atas pembelian baju- baju ini, Unit Kokurikulum memerlukan peruntukkan

kewangan seperti yang berikut :


Bil

Perkara

Unit

Jumlah

Baju Persatuan Sepak Takraw

35 helai x RM 30

RM 1050

Baju Kelab Muzik Dan Kebudayaan

35 helai x RM 30

RM 1050

70 helai

RM 2100

JUMLAH

6.0 PENUTUP
Murid- murid perlu didedahkan dengan persatuan dan kelab sebagai satu wadah bersosial
yang sihat di sekolah. Hal ini adalah penting untuk murid- murid menimba seberapa banyak
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu organisasi. Dengan terlaksananya
pembelian baju- baju tersebut adalah diharapkan murid- murid SK. Kekapor berketrampilan
lebih yakin dan menarik bakal mengharumkan nama SK. Kekapor yang kita sayangi ini dalam
bidang Kokurikulum.
Disediakan oleh:
________________________
(JANIZAN BIN MOHD JANDI)
Setiausaha Kokurikulum,
SK. Kekapor, Kuala Penyu.
Disemak oleh:
________________________
Arawan Dry FUI
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK. Kekapor, Kuala Penyu

Diluluskan oleh :
__________________________
( ISMAIL MUSREH)
Guru Besar,
SK. Kekapor, Kuala Penyu.

You might also like