You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PEMBELIAN PERALATAN NASYID UNTUK

KO-KURIKULUM SMA REPAH TAMPIN NEGERI SEMBILAN


2018

Pendahuluan
Kelab Nasyid SMA Repah merupakan salah satukelab yang
berdaftar dalam unit ko-kurikulum sekolah.Aktiviti yang dijalankan
adalah bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat ahli
kelab.Selain itu,kelab ini turut terlibataktif dalam altiviti rasmi
sekolah seperti persembahan semasa mesyuarat
PIBG,pertandingan peringkat daerah dan lain-lain.Bagi
menjayakan aktiviti kelab kami mengharapkan sokongan daripada
unit ko-kurikulum untuk membeli peralatan nasyid ini.Dengan
adanya peralatan ini,iainya dapat menyokong penglibatan ahli
sama ada dalam pertandingan atau persembahan rasmi sekolah.

Matlamat
Memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai dalam
aktiviti ko-kurikulum tanpa sempadan.
Objektif
1. Menambahkan peralatan sekolah agar dapat melahirkan
cemerlang ilmiah di peringkat sekolah dengan jayanya.
2. Meningkatkan lagi pengeluara murid yang berkebolehan
dalam akademik di peringkat yang lebih baik.
3. Memberi peluang kepada semua pelajar agar dapat
menyertai semua aktiviti yang dianjurkan diperingkat
sekolah, daerah mahupun negeri tanpa sebarang kekangan
terutamanya dari segi peralatan sekolah.

PELAKSANAAN
Digunapakai oleh pelajar yang terlibat dengan persembahan dan
pertandingan.

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


PERALATAN JUMLAH(ANGGARAN)
TAMBORIN RM 47.00
DARBUKA YANKEE RM 480.00
METAL SHAKER RM 39.00
BONGO RM 250.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 816.00

PENUTUP
Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan
kami ini. Sesungguhnya bantuan dan kerjasama daripada pihak
tuan akan membantu kelab nasyid sekolah memberi satu hasil
yang diharapkan disamping memberi peluang khasnya kepada
pelajar sekolah ini untuk menyertai satu aktiviti yang dapat
membina peribadi pelajar bertepatan dengan falsafah pendidikan
kebangsaan. Harapan kami juga dengan adanya bantuan ini
pasukan nasyid SMA Repah akan muncul sebagai sebuah
pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat yang tertinggi.

Disediakan oleh
……………………
(Nawal Natasha Binti Ahmad Nasri)

You might also like