You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN


UNTUK PROJEK KECERIAAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI SULAIMAN

1. TAJUK
Memohon sumbangan kewangan untuk menyediakan sebanyak 8 set
‘signboard’ (papan tanda) Selamat Datang bagi bilik-bilik khas Pusat Sumber
Sekolah 30 ‘Frame’ pelbagai informasi, cat, berus, kain langsir tingkap, 1set LCD
Projektor dan 1 set pengautomasian PSS.

2. PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah dalam erti kata yang luas adalah merangkumi
sebuah sekolah yang mengandungi pelbagai bilik-bilik khas dan kemudahan-
kemudahan tertentu untuk digunakan oleh murid-murid khasnya dan guru-guru
amnya. ‘Signboard’ atau papantanda bagi bilik-bilik khas memainkan peranan
penting untuk memberi panduan kepada pelajar dan pelawat yang datang ke
sekolah ini. Selain itu pelbagai frame dan poster informasi perlu dipamerkan
sebagai memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Haji Sulaiman telah diwujudkan untuk


membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan membantu
guru-guru dalam menjalankan pembelajaran yang lebih kondusif. Oleh itu,
penggunaan PSS perlu dioptimumkan dengan menyediakan suasana bilik yang
lebih selesa dan kemudahan untuk mendapatkan maklumat serta bahan-bahan
rujukan yang pelbagai dan berkualiti.

3. OBJEKTIF
i. Memperkenalkan dan mempromosi bilik-bilik khas kepada murid-murid dan
pelawat
ii. Menambah keceriaan dan informasi di sekitar sekolah
iii. Mewujudkan Sekolah Dalam Pusat Sumber.
iv. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan organisasi bahan PSS dari segi
perolehan bahan, pengkatalogan, sirkulasi dan perrkhidmatan pengguna.
v. Menggalakkan perkembangan literasi komputer dan teknologi maklumat dalam
kalangan kakitangan sekolah dan warga sekolah.
vi. Memudahkan pengurusan analisis data dan penilaian PSS

4. KUMPULAN SASARAN
Semua pengguna PSS iaitu murid-murid dan guru-guru.

5. SUMBER KEWANGAN
Memohon sumbangan bantuan kewangan daripada dermawan-dermawan
dan PIBG.

6. ANGGARAN KOS

Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah


seunit
1 Selamat Datang ke 45.00 1 RM 45.00
Pusat Sumber (2’x9’)
2 Selamat Datang ke Bilik 45.00 1 RM 45.00
Muzik (2’x9’)
3 Selamat Datang ke Galeri 45.00 1 RM 45.00
Sejarah (2’x9’)
4 Selamat Datang ke 45.00 1 RM 45.00
makmal Sains (2’x9’)
5 Jom ke PSS (4’x8) 45.00 1 RM 80.00

6 Banner INFO dan Bunting 45.00 3 RM 135.00


Promosi PSS (2’x9’)

7 ‘Frame’ dan Poster 22.00 20 RM 435.00


Informasi PSS (1’x3’)
8 Cat dan berus 85.00 2 RM 170.00

9 LCD Projektor dan skrin 2 500 1 RM 2 500

10 Langsir tingkap 100 18 RM 1800


11 Sistem Automasi RM 3000 1 RM 3000

12 Komputer RM 2000 1 RM 2000

13 Pencetak RM 500 1 RM 500

JUMLAH RM 10 800
7. JAWATANKUASA

Pengerusi : PN FARIDAH BT MOHD NOOR (GURU BESAR)


Naib Pengerusi : RAHAIDA BT ABDULLAH (PEN. PENTADBIRAN)
Naib Pengerusi 1 : PN. ROSNI BT. DAHAMAN (PEN KANAN HEM)
Naib Pengerusi 2 : EN. FADZIL B. MUSTAFAH (PEN KANAN KOKURIKULUM)
Setiausaha : PN. SALMI BT. RAZALI
AJK : EN. ZULKEFLI B NOH
: PN. NORLIDA BT HASHIM
: PN. RADZIAH BT ABDULLAH

8. PENUTUP

Pihak Jawatankuasa Induk Pusat Sumber SK Haji Sulaiman mengucapkan


ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato’ atas
sumbangan yang diberikan. Semoga sumbangan yang diberikan akan memberi
manfaat kepada semua pihak dan berjaya mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …………………………………
( SALMI BT RAZALI ) ( FARIDAH BT. MD. NOOR )
Guru Perpustakaan & Media Guru Besar,
SK Haji Sulaiman. Sk Haji Sulaiman,
Kota Kuala Muda, Kota Kuala Muda,
Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman.

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI SULAIMAN


08500 KOTA KUALA MUDA,KEDAH DARUL AMAN.

Tel/Fax:04-4376332
Emel : skhjsulaiman.ppdkmy@gmail.com

“1 MALAYSIA – RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKHS/20/011/1Jld.2 ( )
Tarikh :
Kepada :
Yang Berhormat Dato’

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PROJEK KECERIAAN


PUSAT SUMBER SK HAJI SULAIMAN TAHUN 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Dato’,Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Haji Sulaiman,


sedang bergerak seiring dengan Transformasi Pendidikan dan kehendak bahagian
Teknologi Pendidikan. Namun begitu, PSS ini masih kekurangan dalam beberapa aspek.

3. Sehubungan itu, Jawatankuasa Induk PSS telah bersetuju untuk memohon


sumbangan kewangan daripada Yang Berhormat Dato’ bagi menampung sebahagian
perbelanjaan untuk aktiviti keceriaan PSS.

4. Bersama permohonan ini disertakan kertas kerja berkaitan untuk rujukan Dato’
Kerjasama dan keperihatinan Dato’ didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR, BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI”

Saya yang menurut perintah,

( HAJAH FARIDAH BINTI MOHD NOOR )


Guru Besar
SK Haji Sulaiman
Kota Kuala Muda, Kedah

You might also like