You are on page 1of 1

6.

0 DAPATAN LAWATAN
Pada 25 Oktober 2018, seramai 17 orang guru serta AKP SK Parun Suan telah
membuat lawatan penandaarasan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin, Serian.
Kami begitu teruja untuk melihat Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin ini kerana
sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah penarafan KBAT. Sebaik sahaja rombongan
kami masuk ke perkarangan sekolah, jelas tersergam bangunan sekolah yang cantik dan
beraurakan KBAT. Ketibaan kami disambut oleh guru-guru dan murid-murid Sekolah
Menengah Kebangsaan Balai Ringin dengan sapaan dan senyuman perkenalan.

Sebelum memulakan lawatan penandaarasan ke sekolah tersebut, satu taklimat


perkongsian mengenai sekolah, pentadbiran sekolah, KBAT dan ithink telah disampaikan
oleh Cikgu Bandar, Guru Penolong Kanan merangkap Penyelaras KBAT dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Balai Ringin. Sesi soal jawab juga turut dijalankan selepas
penerangan dari wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin.

Selepas jamuan minuman petang, kami telah dibawa untuk melawat sekitar sekolah.
Walaupun sekolah tersebut tidak seperti sekolah di bandar yang mempunyai kelengkapan
yang cukup, namun pihak sekolah sangat kreatif menjadikan sekolah tersebut sangat menarik.
Terdapat banyak info berkaitan KBAT di sekitar sekolah tersebut. Banting KBAT, pondok
KBAT, info KBAT serta persekitaran KBAT telah dihidupkan di sekolah tersebut. Setiap
sudut bacaan turut dipenuhi dengan info dan bahan bacaan. Jelas terbukti bahawa warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin mengamalkan amalan KBAT di sekolah
mereka.

Berdasarkan pengalaman membuat penandaarasan ke Sekolah Menengah Kebangsaan


Balai Ringin, kami telah mendapat idea untuk memperbaiki pengurusan sekolah, antara
cadangan penambahbaikan yang difikirkan adalah pentadbiran sekolah akan dimurnikan,
mengaurakan suasana KBAT di sekitar sekolah dengan menambah bilangan banting
berkaitan KBAT di sekolah, bekerjasama dengan PIBK SK Parun Suan untuk menyelenggara
infrastruktur sekolah dan memperkasakan ithink di sekolah.

Secara umumnya, saya merasakan lawatan ini sangat berjaya kerana banyak ilmu dan
pengalaman yang berharga kepada warga SK Parun Suan untuk lebih berusaha dan lebih
cemerlang demi kemajuan bersama.

You might also like