You are on page 1of 1

KEBERKESANAN TEKNIK A&P DALAM PEMBELAJARAN SAINS

BAGI TOPIK HAIWAN IMAGINASIKU

Oleh

MOHD SHAFIZAN BIN OMAR


Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan (LKTP), Negeri Sembilan

ABSTRAK

Kerangka Konsep Kurikulum Sains adalah berfokus untuk menghasilkan murid yang
fikrah Sains. Ini bermakna, murid mampu memahami idea Sains serta mampu
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa saintifik. Dalam membudayakan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran menaakul merupakan satu kemahiran yang perlu
diutamakan selain kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kajian ini dijalankan untuk
meningkatkan kefahaman dan minat menaakul dalam kalangan murid ketika sesi
perbincangan bagi tajuk Haiwan Imaginasiku. Kajian ini melibatkan 22 orang murid
tahun 5 di sebuah sekolah di Gemencheh, Negeri Sembilan. Tinjauan awal telah
dilaksanakan berdasarkan dokumen jawapan dan latihan murid di dalam kelas. Hasil
tinjauan menunjukkan bahawa pemahaman murid adalah tidak memuaskan. Murid juga
tidak berminat untuk menyertai sesi soal jawab dan perbincangan. Perancangan tindakan
difokuskan bagi meningkatkan kefahaman serta minat murid untuk menaakul dengan
menggunakan Teknik A&P yang berasaskan cara perdebatan. Kajian ini dijalankan
dalam satu kitaran selama satu bulan. Setelah pelaksanaan Teknik A&P tersebut, didapati
tahap pemahaman murid meningkat. Murid-murid juga semakin aktif melibatkan dalam
sesi perbincangan yang berasaskan perdebatan. Teknik A&P diyakini berkesan bagi
meningkatkan kefahaman dan minat menaakul dalam kalangan murid ketika sesi
perbincangan bagi tajuk Haiwan Imaginasiku.

You might also like