You are on page 1of 9

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov.

2016): 59-67 59

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

SIKAP DAN KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TERHADAP KEMAHIRAN


BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PEMBELAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU
(Attitude and Readiness Secondary School Students on Higher Order Thinking Skill in
Malay Language Literature Component)

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap dan kesediaan pelajar sekolah
NASYIMAH ISMAIL menengah terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
Sekolah Swasta Bandar pembelajaran komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Seri Sendayan Selain itu, kajian tinjauan ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap perbezaan sikap
dan kesediaan pelajar terhadap KBAT berdasarkan jantina. Penyelidikan ini
nasyeemaismail@yahoo.com dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang melibatkan 322 orang
pelajar di empat buah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Data yang
ZAMRI MAHAMOD diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science
Universiti Kebangsaan Malaysia (SPSS) versi 19.0. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan,
d-zam@ukm.edu.my min, peratus dan sisihan piawai. Analisis deskriptif mendapati min sikap (4.04) dan
kesediaan (3.98) pelajar terhadap KBAT berada pada tahap tinggi. Analisis inferensi
menggunakan ujian-t dan korelasi mendapati terdapat perbezaan kesediaan yang
signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran
Dihantar pada: KOMSAS. Manakala tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara pelajar
20 November 2015 lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS. Daripada
analisis menunjukkan KBAT semakin diterima di sekolah dan pelajar menunjukkan
kecenderungan untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam dalam KOMSAS.
Diterima pada: Oleh itu, diharapkan guru dapat mencipta suasana pembelajaran yang lebih kondusif
21 Julai 2016 menggunakan KBAT di dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan minat pelajar
untuk mempelajari KOMSAS. dalam mata pelajaran Bahasa Melayu .
Koresponden:
nasyeemaismail@yahoo.com Kata kunci: Sikap, kesediaan, sekolah menengah, kemahiran berfikir aras tinggi,
bahasa Melayu, komponen sastera

Abstract: The purpose of this study is to investigate attitude and students readiness on
Higher Order Thinking Skills (HOTS) in Malay Literature component. Besides ,the
survey also purpose to investigate difference level of attitude and students readiness
on HOTS. The study had been conducted for two weeks using survey form that
involved 322 secondary students from four school in Tanah Merah, Kelantan. Data
obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science ( SPSS) version
19.0. Data were analyzed in descriptive using frequency, mean, percent and standard
deviation. Descriptive analyzed found the mean of this study such as attitude (4.04)
and readiness (3.98) on the high level. T-test had been used to identify different
attitude and students readiness on HOTS by gender. Inferential analyzed found there
were significant difference between male and female students in readiness on HOTS
in component of Malay Literature. There was no significant difference between male
and female students in attitude on HOTS in component of Malay Literature. From
the analysis showed that HOTS had been accepted and students showed tendency to
learn component of Malay Literature in more depth. Teacher are expected to create
more condusive learning condition using HOTS in the classroom. Therefore, it’s can
increase student’s passion to learn Malay Literature component.

Keywords: Attitude, readiness, secondary school, higher order thinking skills, Malay
language, literature component

Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2016


ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67 60

PENGENALAN keutamaan (Indramalar 1997a). Sistem Pendidikan


yang telah dikemas kini dari semasa ke semasa
Proses berfikir merupakan satu proses mental atau adalah untuk meningkatkan P&P pemikiran
aktiviti mental untuk mencari makna. Pengajaran analitik dan rasional (Indramalar 1997b). Oleh itu,
dan pembelajaran (P&P) yang menekankan untuk mencapai objektif untuk menghasilkan
kemahiran berfikir merupakan teras kepada pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir, KPM
pembelajaran (McGregor 2007). Dalam sistem telah memperkenalkan Program Pengajaran
pendidikan di Malaysia, penerapan kemahiran Kemahiran Berfikir secara formal di sekolah dan
berfikir dikaitkan dengan satu proses maktab perguruan bermula tahun 1992
menggunakan minda sama ada mencari makna dan (Rajendran, 1998).
pemahaman terhadap sesuatu, membuat Pentingnya kemahiran berfikir dalam
pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan kalangan pelajar telah mendorong KPM untuk
masalah. Proses P&P yang berteraskan kemahiran memantapkan lagi usaha ke arah untuk
berfikir dan strategi berfikir memerlukan menghasilkan modal insan yang kreatif dan
penggunaan strategi dan kaedah P&P yang inovatif. Usaha ini adalah bagi menghadapi
terancang agar dapat mengembangkan minda cabaran abad ke-21 yang memerlukan pelajar yang
pelajar secara menyeluruh (KPM 1999). mampu berfikir dengan aras tinggi. Peranan dan
Seterusnya dalam transformasi pendidikan negara kepentingan kemahiran berfikir dalam P&P
melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Bahasa Melayu telah dinyatakan dengan jelas
Rendah (KSSR) mulai tahun 2011 dan Kurikulum dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Sukatan
Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017, Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
daya pemikiran kritis dan kreatif serta daya Menengah Bahasa Melayu pada 2003 telah
pemikiran inovatif menjadi fokus dalam usaha menyatakan bahawa Kurikulum Kesusasteraan
untuk melahirkan modal insan yang seimbang agar Melayu diwujudkan untuk memenuhi hasrat
dapat menangani cabaran semasa dan masa akan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di samping
datang (KPM 1999) menyediakan pelajar untuk menguasai kecekapan
Menyedari bahawa pentingnya kemahiran berbahasa dan komunikasi dan mengembangkan
berfikir, pendidik di seluruh dunia telah mengkaji kemahiran berfikir pelajar.
tentang mengajar kemahiran berfikir (Stenberg & Elemen kemahiran berfikir yang diletakkan
Spear-Swerling 1996). Kajian dilakukan untuk dalam kemahiran bernilai tambah diajarkan kepada
membantu pelajar supaya dapat menguasai murid melalui soalan dan aktiviti yang
kemahiran belajar secara kendiri dan memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelbagai aktiviti. Kemahiran berfikir sama ada dari
(KBAT) ketika proses P&P di dalam bilik darjah. segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan
KBAT terdapat ciri peluasan pemikiran seseorang masalah, atau membuat keputusan adalah penting
untuk mengintepretasi, menganalisis ataupun dalam kehidupan harian dan kerjaya pelajar pada
memanipulasi maklumat. Hal ini berlaku kerana masa depan (Pusat Perkembangan Kurikulum
persoalan yang perlu dijawab ataupun satu 2003).
masalah yang perlu dicari penyelesaiannya tidak
boleh diselesaikan dengan hanya mengaplikasikan PERNYATAAN MASALAH
ilmu yang sedia ada. Seseorang itu perlu
berkemampuan untuk membuat kesimpulan, Komponen Sastera Bahasa Melayu (KOMSAS)
membuat inferensi dan juga generalisasi. Selain merupakan subjek yang mampu dijadikan sebagai
itu, individu juga mendapat peluang untuk landasan untuk membina KBAT pelajar.
membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, Rajendran (2000) berpendapat bahawa
mengenal pasti dan menyelesaikan masalah serta kesusasteraan dapat menjadi wahana yang
membuat keputusan. berkesan untuk mengajar KBAT. Hal ini kerana
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kesusasteraan menawarkan pelbagai wacana yang
kemahiran berfikir yang diperlukan oleh pelajar boleh digunakan untuk mengajar ke KBAT.
adalah untuk memanipulasi idea dan juga perasaan Kesusasteraan Melayu juga mengandungi pelbagai
yang terkandung dalam teks adalah diberi model proses penyelesaian masalah yang dapat
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67 61

digunakan oleh guru. Perkara yang perlu diberi P&P yang masih bertumpu kepada
perhatian merupakan pengajaran yang peperiksaan menyebabkan usaha untuk melahirkan
menekankan KBAT. murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,
Namun begitu, kajian yang dilakukan oleh emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam
Zamri dan Nor Razah (2011) menunjukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak
bahawa guru banyak mengemukakan soalan yang dapat dilaksanakan sepenuhnya (Zamri 2014).
tertumpu kepada aras rendah sahaja, iaitu Penekanan kepada peperiksaan telah menyebabkan
pengetahuan dan kefahaman sahaja. Hal ini guru kurang memberi perhatian kepada kemahiran
disokong oleh Seman (2005) yang menunjukkan berfikir pelajar sebaliknya menumpukan kepada
guru tidak menggunakan soalan aras tinggi. Guru usaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan
Bahasa Melayu didapati kurang mengemukakan juga penguasaan teknik menjawab soalan
soalan aras tinggi dalam menguji kemahiran peperiksaan. Kaedah pengajaran guru lebih
berfikir pelajar. Hal ini secara tidak langsung tertumpu kepada penyediaan maklumat dengan
menunjukkan bahawa guru tidak menekankan tujuan menyediakan pelajar menghadapi
komponen KBAT dan kurang menyediakan peperiksaan dan menghabiskan sukatan.
peluang bagi pelajar untuk menguasai kemahiran Oleh yang demikian, memadai jika
berfikir sekiranya guru kurang yakin dari segi pengajaran pemikiran ditumpukan kepada pelajar
pengetahuan dan kemahiran mengajar kemahiran pintar sahaja. Novak (1990) berpendapat bahawa
berfikir (Rajendran 1998). sesuatu kaedah pengajaran yang dilakukan
Oleh yang demikian, guru seharusnya mestilah dapat menjadikan pengajaran itu lebih
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran efektif dan bermakna. Pengajaran seharusnya
mengajar dalam kesusasteraan dan kemahiran menggalakkan kemahiran berfikir pelajar dan
berfikir dengan secukupnya. Guru yang bukannya sebagai suatu teknik hafalan semata-
mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang mata. Melalui kajian Zamri dan Nor Razah (2011),
kesusasteraan akan membawa pengajaran di dalam konteks P&P penyoalan sepatutnya berupaya
kelas ke tahap yang lebih tinggi (Zamri 2014). untuk menggalakkan interaksi antara guru dan
Komponen sastera menawarkan pelbagai peluang pelajar secara berkesan. Soalan-soalan yang
kepada guru untuk mewujudkan wacana dikemukakan oleh guru dapat mencungkil
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pengetahuan pelajar dan seterusnya mengukuhkan
membuat inferens, mencadangkan idea baru dan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu,
juga menilai sesuatu tindakan. Kesemua aktiviti ini seorang guru yang mahir merupakan seorang
mempunyai ciri KBAT. penyoal yang berkesan kerana dapat menggunakan
Isu pemilihan teks juga perlu diberi perhatian soalan-soalan yang dapat membimbing pelajar
jika komponen sastera hendak dijadikan wahana memberikan idea yang jelas, mengembangkan
untuk mengajar KBAT. Teks yang dipilih dari potensi berfikir pelajar serta dapat menggerakkan
pelbagai genre seperti cerpen, novel, sajak dan daya imaginasi pelajar.
drama perlu memberi peluang kepada guru dan Selain itu, para pelajar didapati lemah berfikir
pelajar untuk melalui proses pemikiran aras tinggi. dalam pembelajaran KOMSAS atas faktor luaran
Teks yang dipilih juga perlu berkaitan dengan dan dalaman (Anisah 2009). Dari aspek faktor
kehidupan pelajar supaya ia lebih relevan dan dalaman, pelajar bersikap pasif dalam pengajaran
membawa makna kepada pelajar. Hal ini adalah dan pembelajaran sastera. Mereka tidak
kerana sastera merupakan rakaman tentang menunjukkan minat dalam mempelajari sastera
pengalaman-pengalaman dan imaginasi manusia dan tidak suka membaca karya sastera selain
dari pelbagai zaman yang akan mencerna pengaruh rakan sebaya. Mereka hanya akan
pemikiran dan rasa ingin tahu manusia. Oleh itu, membaca karya sastera jika disuruh oleh guru di
apabila wacana yang terkandung dalam teks yang dalam kelas. Dari segi aspek luaran, Chew Fong
dibaca mempunyai hubungan dengan kehidupan Peng (2006) telah mengenal pasti beberapa
pelajar, pelajar dapat menggunakan pengalaman masalah yang dihadapi oleh para guru. Para guru
yang diterima untuk membina idea baharu (Zamri didapati kekurangan pengetahuan dalam
2014, Syahida Nadia 2015). menyampaikan proses P&P ilmu sastera kerana
bukan pengkhususan dalam bidang itu. Justeru,
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67 62

guru tidak mahir dengan istilah sastera sehingga 4. Adakah terdapat perbezaan kesediaan
mengganggu kelancaran P&P. Guru serba salah terhadap KBAT dalam pembelajaran
dan bercelaru dalam menyampaikan KOMSAS KOMSAS Bahasa Melayu berdasarkan faktor
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan jantina?
subjek Kesusasteraan Melayu (Elektif).
Begitu juga dengan sikap segelintir pelajar METODOLOGI
yang hanya belajar untuk mendapatkan keputusan
cemerlang dalam peperiksaan (Chew Fong Peng Reka Bentuk Kajian
2006). Keadaan ini menyebabkan pelajar gagal
untuk berfikir dengan kritis dan kreatif. Reka bentuk kajian ini merupakan jenis kuantitatif
Permasalahan kini timbul kerana sistem secara tinjauan yang menggunakan borang soal
persekolahan kurang memberi penekanan terhadap selidik. Satu set soal selidik digunakan untuk
tugas memperkembang daya pemikiran pelajar. tujuan pengumpulan data. Kaedah tinjauan
Penumpuan lebih kepada penyediaan maklumat digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
dengan tujuan menyediakan pelajar menghadapi latar belakang responden, sikap pelajar dan juga
peperiksaan dan menghabiskan sukatan (Zamri kesediaan pelajar terhadap KBAT. Penggunaan
2014). kaedah tinjauan menggunakan soal selidik
Dalam proses pengajaran yang berpusatkan memudahkan penyelidik memperoleh kerjasama
guru, pelajar menjadi pasif atau bersifat sehala. daripada responden. Selain itu, penyelidik
Pelajar lebih gemar menjadi pendengar dan hanya menggunakan instrumen berbentuk soal selidik
mengharapkan guru untuk mendapatkan ilmu. kerana lebih mudah ditadbir dan data mudah
Situasi pengajaran yang kurang menarik dikutip serta dianalisis.
menyebabkan pelajar kurang berminat untuk
belajar. Kegagalan penerapan kemahiran berfikir Lokasi, Populasi dan Sampel Kajian
akan menyebabkan pelajar menghadapi masalah
apabila telah tamat pelajaran dan mencari kerjaya. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah
Pelajar yang tidak didedahkan dengan ilmu menengah di Tanah Merah, Kelantan. Populasi
kemahiran berfikir akan menyebabkan pelajar- kajian ialah pelajar tingkatan empat di daerah
pelajar sukar untuk mendapat pekerjaan (Poh Swee Tanah Merah, Kelantan. Seramai 322 orang pelajar
Hiang 2001). tingkatan empat yang terdiri daripada aliran Sains
dan Kemanusiaan telah dipilih sebagai sampel
TUJUAN KAJIAN dalam kajian ini.
Penentuan saiz sampel adalah merujuk
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau KBAT kepada Krejcie dan Morgan (1970), melalui jadual
dalam pembelajaran komponen sastera penentu saiz sampel berdasarkan populasi
(KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menyatakan jika jumlah populasi seramai 2000
Kajian ini juga turut meninjau sikap dan kesediaan orang, maka sampel ialah 322 orang. Populasi
pelajar terhadap KBAT dalam KOMSAS. pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan empat
aliran Sains dan Kemanusiaan, iaitu seramai 2000
PERSOALAN KAJIAN orang. Maka sampel bagi kajian ini adalah seramai
322 orang pelajar.
1. Apakah tahap sikap pelajar terhadap KBAT Sampel terdiri daripada pelajar tingkatan
dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa empat daripada empat buah sekolah dan mereka
Melayu? terdiri daripada pelajar aliran Sains dan
2. Apakah tahap kesediaan pelajar terhadap Kemanusiaan. Sekolah-sekolah yang terlibat
KBAT dalam pembelajaran KOMSAS merupakan SMK A, SMK B, SMK C, dan SMK
Bahasa Melayu? D. Rasional empat buah sekolah ini dipilih kerana
3. Adakah terdapat perbezaan sikap terhadap berdekatan dengan tempat tinggal penyelidik dan
KBAT dalam pembelajaran KOMSAS pencapaian akademik pelajar dalam empat buah
Bahasa Melayu berdasarkan faktor jantina? sekolah ini adalah hampir sama.
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67 63

Instrumen Kajian Jadual 1. Interpretasi skor min untuk tahap

Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini. Nilai Min Tahap
Instrumen diubah suai daripada kaji selidik yang 1.0 -2.33 Rendah
Khairuddin (2011). Instrumen mengandungi tiga 2.34 -3.66 Sederhana
bahagian, iaitu latar belakang responden kajian, 3.67 – 5.00 Tinggi
sikap pelajar terhadap KBAT dan kesediaan Sumber : Mohd Majid (2005)
pelajar terhadap KBAT. Skala Likert yang
digunakan ialah 1 = Sangat Tidak Setuju (STS), 2 DAPATAN KAJIAN
= Tidak Setuju (TS), 3 = Tidak Pasti (TP), 4 =
Setuju (S), 5 = Sangat Setuju (SS). Tahap Sikap Pelajar terhadap KBAT dalam
Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu
Kajian Rintis
Jadual 2 menunjukkan skor min bagi tahap sikap
Dalam kajian ini, kajian rintis telah dijalankan di pelajar terhadap KBAT ketika belajar KOMSAS
sebuah sekolah menengah di daerah Hulu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan
Selangor. Sebanyak 30 set borang soal selidik Jadual 2, min tertinggi bagi sikap pelajar terhadap
telah diedarkan kepada sekolah yang terlibat. KBAT adalah pada item ke-1 “Pengajaran guru
Untuk mendapatkan kesahan dan sangat menggalakkan dan merangsang saya untuk
kebolehpercayaan, data yang diperoleh melalui berfikir” dengan min sebanyak 4.25 dan sisihan
kajian rintis dianalisis dengan menggunakan piawai 0.649. Bagi min terendah adalah pada item
Statistical Package for Social Ssciences (SPSS) ke-7 “Saya amat berminat dalam pembelajaran
versi 19 untuk memperoleh nilai KOMSAS apabila guru menerapkan aplikasi
kebolehpercayaan, iaitu Cronbach alpha. KBAT” dengan min 3.89 dan sisihan piawai 0.736.
Analisis yang dijalankan, mendapati nilai Daripada dapatan yang diperoleh, tahap sikap
alpha Cronbach adalah melebihi 0.070. Nilai alpha pelajar terhadap KBAT adalah berada pada tahap
bagi sikap ialah 0.820 dan kesediaan ialah 0.830. yang tinggi, iaitu dengan jumlah min sebanyak
Nilai alpha yang diperoleh menerusi kajian rintis 4.04 dan sisihan piawai 0.475.
ini adalah tinggi, iaitu 0.845 melebihi 0.8. Nilai
alpha yang diterima pakai oleh kebanyakan Jadual 2. Tahap sikap pelajar terhadap KBAT
pengkaji ialah sekurang-kurangnya 0.70 (Chua dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu
Yan Piaw 2008).
Item Min SP Tahap
Sikap
Analisis Data 1. Pengajaran guru sangat 4.25 0.649 Tinggi
menggalakkan dan
Penganalisisan data dibuat melalui analisis statistik merangsang saya untuk
deskrptif dan statistik inferensi. Analisis deskriptif berfikir dalam
pembelajaran KOMSAS
ini digunakan untuk menghuraikan demografi 2. Pengajaran menggunakan 4.15 0.703 Tinggi
sampel kajian seperti peratus dan frekuensi. KBAT membuatkan saya
Analisis secara statistik deskriptif juga dibuat ingin belajar dan berjaya
berdasarkan interpretasi skor min. Analisis ini dalam KOMSAS
digunakan bagi melihat tahap pengetahuan, sikap 3. Pengajaran menggunakan 3.91 0.709 Tinggi
KBAT meningkatkan
dan kesediaan pelajar terhadap KBAT. Dapatan penguasaan konsep dan
nilai min akan diinterpretasikan kepada tiga tahap fakta saya dalam KOMSAS
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. 4. Pendedahan tentang KBAT 3.89 0.707 Tinggi
Analisis inferensi yang digunakan adalah amat sesuai diaplikasikan
dalam KOMSAS
untuk menguji ujian-t. Korelasi Pearson digunakan 5. Guru sentiasa membuat 4.08 0.703 Tinggi
untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah penerangan yang jelas
yang dikaji. tentang konsep
pembelajaran KOMSAS
menggunakan KBAT
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67 64

6. Guru sentiasa memberikan 4.13 0.694 Tinggi darjah.


kesempatan kepada saya 4. Saya sentiasa diberi 3.93 0.770 Tinggi
untuk memberikan peluang untuk
pandangan, idea dan mengemukakan soalan
kreativiti semasa ketika sesi pembelajaran
pembelajaran KOMSAS KOMSAS menggunakan
7. Saya amat berminat dalam 3.89 0.736 Tinggi KBAT di dalam bilik
pembelajaran KOMSAS darjah.
apabila guru menerapkan 5. Saya sentiasa membaca 3.73 0.673 Tinggi
aplikasi KBAT bahan KOMSAS yang
8. Saya berpendapat 4.11 0.724 Tinggi berkaitan dengan KBAT
KOMSAS dapat di dalam bilik darjah.
meningkatkan KBAT dan 6. Saya sentiasa diberi 4.02 0.710 Tinggi
wajib dipelajari oleh setiap galakan untuk menjawab
pelajar soalan pengukuhan
Min Keseluruhan 4.04 0.475 Tinggi setelah selesai sesi
pembelajaran KOMSAS
menggunakan KBAT di
Tahap Kesediaan Pelajar terhadap KBAT dalam bilik darjah.
dalam Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu 7. Latihan KOMSAS yang 4.10 0.703 Tinggi
diberikan oleh guru telah
Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap mencungkil keinginan
kesediaan pelajar terhadap KBAT ketika belajar saya untuk menggunakan
KBAT di dalam
KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. pembelajaran.
Berdasarkan Jadual 3, min tertinggi bagi kesediaan 8. Aktiviti KOMSAS yang 4.07 0.696 Tinggi
pelajar terhadap KBAT adalah pada item ke-10 dijalankan menggunakan
“Kerja berkumpulan dengan menggunakan KBAT KBAT membantu saya
untuk menyelesaikan
membantu meningkatkan kefahaman saya masalah pembelajaran.
mengenai KOMSAS” dengan min sebanyak 4.34 9. Kerja berkumpulan 4.27 0.673 Tinggi
dan sisihan piawai 0.666. Bagi min terendah KOMSAS dengan
adalah pada item ke-5 “Saya sentiasa membaca menggunakan KBAT
bahan KOMSAS yang berkaitan dengan KBAT di lebih menyenangkan
saya.
dalam bilik darjah” dengan min 3.73 dan sisihan 10. Kerja berkumpulan 4.34 0.666 Tinggi
piawai 0.673. Daripada dapatan yang diperoleh, dengan menggunakan
tahap kesediaan pelajar terhadap KBAT adalah KBAT membantu
berada pada tahap yang tinggi, iaitu dengan jumlah meningkatkan kefahaman
saya mengenai
min sebanyak 43.98 dan sisihan piawai 0.474. KOMSAS.
Min Keseluruhan 3.98 0.474 Tinggi
Jadual 3. Tahap kesediaan pelajar terhadap KBAT
dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu Sikap Pelajar terhadap KBAT dalam
Pembelajaran KOMSAS Bahasa
Item Min SP Tahap
Melayu berdasarkan Jantina
Kesediaan
1. Saya sentiasa mengambil 3.74 0.778 Tinggi
bahagian dalam aktiviti Ho1: Tidak terdapat perbezaan sikap yang
KOMSAS menggunakan signifikan terhadap KBAT dalam pembelajaran
KBAT di dalam bilik KOMSAS Bahasa Melayu berdasarkan jantina.
darjah.
2. Saya sentiasa mengambil 3.75 0.761 Tinggi
bahagian yang aktif Jadual 4 menunjukkan nilai min sikap pelajar
semasa sesi soal jawab lelaki (min=3.94) manakala min sikap pelajar
KOMSAS menggunakan perempuan (min=4.01). Hal ini menunjukkan
KBAT dalam bilik darjah. bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
3. Saya sentiasa mengambil 3.92 0.721 Tinggi
bahagian dalam interaksi antara pelajar lelaki dan perempuan bagi sikap
kerja berkumpulan terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS.
KOMSAS menggunakan Ujian-t menunjukkan t ialah 3.901, p>0.05.
KBAT di dalam bilik
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67 65

Oleh itu, Ho2 diterima. Hal ini bermakna, Oleh itu, Ho2 ditolak. Hal ini bermakna,
secara signifikan tidak terdapat perbezaan sikap secara signifikan terdapat perbezaan kesediaan
terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS
berdasarkan jantina. Sikap pelajar lelaki dan Bahasa Melayu berdasarkan jantina. Pelajar lelaki
perempuan mengenai KBAT dalam pembelajaran dan perempuan mempunyai kesediaan yang
KOMSAS adalah berada pada tahap yang sama berbeza-beza dalam pembelajaran KOMSAS
disebabkan pemahaman mereka mengenai KBAT Bahasa Melayu. Pelajar perempuan didapati lebih
yang diperoleh melalui guru. Pembelajaran bersedia menerapkan KBAT ketika belajar Bahasa
KOMSAS tidak mempengaruhi sikap pelajar. Ada Melayu berbanding pelajar lelaki.
faktor-faktor lain yang mempengaruhi pelajar
perempuan dan lelaki mempelajari KOMSAS PERBINCANGAN
dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Sikap Pelajar terhadap KBAT dalam
Jadual 4. Perbezaan sikap pelajar terhadap KBAT Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu
dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu
berdasarkan jantina Kajian ini juga mendapati sikap pelajar terhadap
KBAT berada pada tahap yang tinggi dengan skor
Aspek Jantina N Min Sisihan t p min keseluruhan 4.04 dan sisihan piawai 0.475.
Piawai Azizi (2007) menyatakan bahawa sikap ialah nilai
Sikap Lelaki 150 3.94 0.476 3.901 .813
kepercayaan yang mempengaruhi cara individu
Perempuan 172 4.14 0.456 bertindak balas pada sesuatu perkara. Tindak balas
*p<0.05 yang positif ataupun negatif pada objek sosial
dipengaruhi oleh sikap. Pembelajaran
Kesediaan Pelajar terhadap KBAT Dalam menggunakan KBAT berjaya mengubah sikap
Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu pelajar yang tidak berminat kepada meminati
berdasarkan Jantina KOMSAS. Oleh itu, KBAT amat penting di dalam
bilik darjah untuk meningkatkan minat pelajar
Ho2: Tidak terdapat perbezaan kesediaan yang untuk belajar. Normah (2013) menyatakan
signifikan terhadap KBAT dalam pembelajaran penguasaan kemahiran berfikir telah meyakinkan
KOMSAS Bahasa Melayu berdasarkan jantina. pelajar untuk berfikir secara sendiri tanpa perlu
bertanya kepada guru. Pelajar juga telah
Jadual 5 menunjukkan nilai min kesediaan pelajar menggunakan minda mereka untuk mentafsir
lelaki (min=3.85), manakala min sikap pelajar situasi dan masalah yang dihadapi.
perempuan (min=4.10). Hal ini menunjukkan Melalui hasil kajian juga membuktikan
bahawa terdapat perbezaan min kesediaan yang pelajar lebih memahami isi pelajaran dan mereka
signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan lebih yakin untuk memilih kemahiran berfikir yang
terhadap KBAT dalam pembelajaran KOMSAS sesuai dalam penyelesaian masalah. Selain boleh
Bahasa Melayu. Ujian-t menunjukkan t ialah mengingati fakta, pelajar juga merasakan mereka
3.471, p<0.05. lebih berminat untuk mempelajari KOMSAS jika
dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar juga
Jadual 6. Perbezaan kesediaan pelajar terhadap lebih menguasai isi pelajaran KOMSAS dan boleh
KBAT dalam pembelajaran KOMSAS mengaplikasikannya dalam mata pelajaran yang
Bahasa Melayu berdasarkan jantina lain.
Untuk membentuk sikap pelajar yang positif
Aspek Jantina N Min Sisihan t p terhadap KBAT, guru juga memainkan peranan
Piawai yang penting. Hal ini disokong oleh Zamri (2014)
Kesediaan Lelaki 150 3.85 0.524 4.719 .002 yang berpendapat bahawa guru perlu melatih
Perempuan 172 4.10 0.394
pelajar supaya dapat mencari maklumat dengan
*p<0.05 sikap yang kritis. Beliau juga mencadangkan
kaedah penemuan dan soal siasat digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Zamri
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67 66

(2014, 2015) serta Zamri, Ruslin dan Mohamed KBAT) membantu pelajar mempelajari KOMSAS
Amin (2015) mendapati bahawa strategi dengan baik. Penggunaan KBAT menjadikan
pengajaran yang berpusat kepada pelajar seperti aktiviti pembelajaran tersebut menyeronokkan
kumpulan kecil dan penyelesaian masalah pelajar ketika mempelajari KOMSAS dalam mata
mempunyai korelasi yang signifikan dengan pelajaran Bahasa Melayu.
peluang belajar berfikir dalam P&P. Dalam kajian
ini, didapati pelajar banyak menggunakan KBAT KESIMPULAN
dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu.
Pelajar menunjukkan sikap yang tinggi akan Kemahiran berfikir adalah asas kepada proses
penggunaan KBAT ini dalam pembelajaran pendidikan. Keupayaan seseorang pelajar berfikir
KOMSAS Bahasa Melayu. dapat mempengaruhi cara pembelajaran dan
kepantasan serta keberkesanan pembelajaran.
Kesediaan Pelajar terhadap KBAT dalam Keupayaan untuk memindahkan kemahiran yang
Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu telah dipelajari kepada situasi-situasi lain
merupakan salah satu aspek yang penting dalam
Secara keseluruhan, didapati kesediaan pelajar kehidupan. Maka, KBAT sangat penting bagi
terhadap KBAT berada pada tahap yang tinggi meningkatkan penguasaan pengetahuan yang
dengan skor min keseluruhan 3.98 dan sisihan dipelajari. Pelajar yang mahir melakukan operasi
piawai 0.474. Analisis menunjukkan penglibatan pemikiran berupaya meningkatkan kefahaman dan
pelajar secara berkumpulan menggunakan KBAT memperkukuhkan pembelajaran.
mencatatkan min paling tinggi, iaitu 4.34. Hal ini Kefahaman berkaitan dengan apa yang diajar
kerana penggunaan KBAT telah menyebabkan akan meningkat apabila pemikiran pelajar dicabar
murid sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti dan galakan diberikan untuk menggunakan minda
berkumpulan dan aktif semasa sesi soal jawab mereka. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa
dengan guru. Kerja berkumpulan yang diberikan KBAT penting dalam pembelajaran KOMSAS.
oleh guru telah meningkatkan kefahaman pelajar Selain menjadikan KOMSAS lebih seronok untuk
dalam KOMSAS dan menyenangkan pelajar untuk dipelajari, ia juga dapat melatih pelajar untuk
berinteraksi dengan pelajar yang lain. Tahap mengoptimumkan penggunaan minda mereka
kesediaan yang tinggi bermakna wujud minat yang ketika mempelajari KOMSAS dalam mata
mendalam pada pelajar tersebut untuk pelajaran Bahasa Melayu.
menggunakan kaedah P&P ini. Sebaliknya, tahap
kesediaan yang rendah memberi makna yang RUJUKAN
sebaliknya.
Hasil kajian Syahida Nadia (2014) mendapati Chew Fong Peng & Shashipriya Nadarajan. 2014.
pelajar menunjukkan kesediaan yang tinggi dalam Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif dan
pembelajaran KOMSAS apabila diajar kritis dalam pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pendekatan konstruktivisme. Dalam komponen sastera di sekolah menengah.
kajian ini, apabila penggunaan KBAT digunakan Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (2): 10-
dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu, 24.
didapati pelajar bersedia menggunakannya, Chew Fong Peng. 2006. Pendidikan kesusasteraan
terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan. Melayu di Malaysia dan permasalahannya.
Menurut Zamri (2015), kepelbagaian strategi Jurnal Masalah Pendidikan, 29 (1): 143-157.
belajar yang digunakan oleh pelajar ketika belajar Chua Yan Piaw. 2008. Asas statistik penyelidikan:
Bahasa Melayu banyak mempengaruhi sikap dan Analisis data skala ordinal dan skala
kesediaan mereka. Penggunaan KBAT dalam nominal. Kuala Lumpur: McGraw Hill (M).
pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu Indramalar, S. 1997 (b). Bangsa Malaysia ‘the
menjadikan pembelajaran tersebut lebih menarik only way’. The Star, p.4.
dan menyeronokkan pelajar (Zamri 2014). Indramalar, S.1997 (a). Develop thinking skills,
Selain itu, Chew Fong Peng dan Shashipriya students urged. The Star, p.3.
(2014) menyatakan bahawa penerapan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Sukatan
penggunaan kemahiran berfikir (KBKK ataupun pelajaran Bahasa Melayu: Edisi penyesuaian
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67 67

-memasukkan kesusasteraan Melayu sebagai Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin
komponen wajib dalam mata pelajaran Embi. 2015. Kepelbagaian pelajar dan
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur:
Perkembangan Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Ahmad. 2011. Keberkesanan kaedah Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam
peta konsep terhadap pencapaian, sikap, dan pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga.
kemahiran memahami kronologi dalam Tanjung Malim: Penerbit Universiti
kalangan pelajar tingkatan empat. Tesis Pendidikan Sultan Idris.
Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Zamri Mahamod. 2015. Strategi pembelajaran:
Universiti Kebangsaan Malaysia. Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determing Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
sample size for research activities.
Educational Psychological Measurement,
30:608.
McGregor, D. 2007. Developing thinking
developing learning: A guide to thinking skill
in education. New York: McGraw Hill.
Mohd. Majid Konting. 2005. Kaedah penyelidikan
pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Normah Yamim. 2013. Pengajaran kemahiran
berfikir dalam mata pelajaran Geografi
sekolah menengah. Tesis Dr. Fal. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Sukatan
pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rajendran, Nagappan. 1998. Teaching higher
order thingking skills in language classroom:
The needs for transformation of teacher
practice. PhD Dissertation, Michigan State
University.
Rajendran, Nagappan. 2000. Kesusasteraan
sebagai wahana mengajar kemahiran berfikir
aras tinggi. Prosiding Seminar kebangsaan
Penyelidikan dan Pembangunan dalam
Pendidikan. Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sternberg, R. & Spear-Swerling, L. 1996.
Teaching for thinking. Washington, D.C:
American Psychological Association.
Syahida Nadia Zakaria. 2015. Kesan pendekatan
konstruktivisme dan pendekatan tradisional
dalam pengajaran dan pembelajaran
komponen sastera Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (2): 12-21.
Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. 2011.
Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam
pengajaran Bahasa Melayu: Kaedah
Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1 (5): 51-65.

You might also like