You are on page 1of 3

Penilian Kursus KFP 6014 Kaedah Tinjauan

Tugasan 1 (30%)
Tugasan 2 (30%)
E-Forum (20%)
Pembentangan (10%)
Kuiz (10%)

Tugasan 1 (30%)

Sediakan satu kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) untuk melaksanakan


penyelidikan anda.

Syarat-syarat:

- Panjang penulisan ialah sekitar 20 halaman tidak termasuk rujukan dan lampiran
menggunakan kertas A4, font Times New Roman, saiz 12 dan spacing1.5
- Tarikh penghantaran, rujuk dlm Assignment dalam MyGuru
- Pelajar perlu membentangkan laporan penyelidikan.

Kertas cadangan penyelidikan tersebut mesti merangkumi perkara berikut:

Cadangan maklumat penyelidikan secara terperinci


(i) Pengenalan (5%)

- menjelaskan latar belakang penyelidikan, kepentingan kajian dan secara


ringkasnya menerangkan mengapa pembolehubah tersebut dipilih dalam kajian
anda.

(ii) Permasalahan kajian / Pernyataan Masalah (5%)

- menerangkan apakah permasalahan kajian (Research problem)

(iii) Objektif penyelidikan (5%)

- menyenaraikan objektif penyelidikan, termasuk kenyataan hipotesis (sekiranya

ada)

(iv) Tinjauan literatur (5%)

- Menerangkan bagaimana kajian dibina berlandaskan pengetahuan lampau dengan


mengemukakan dan menilai apa yang telah diketahui tentang masalah kajian.
Bincang tentang dapatan lampau yang rapat kaitan dengan isu/masalah spesifik
kajian.
(v) Kaedah Methodologi (10%)
- Menjelaskan persampelan dengan terperinci serta bagaimana kumpulan dibentuk.
- Menerangkan bagaimana dan langkah-langkah kaedah tinjauan dilaksanakan
dalam kajian anda.
- Cara-cara kutipan dilakukan (lampirkan questionnaire / soalan temubual)
- Menjelaskan teknik-teknik analysis berlandaskan objektif penyelidikan anda.

Tugasan 2 (30%)

Melaksanakan penyelidikan yang dicadangkan dalam Tugasan 1 dan menyediakan laporan


akhir penyelidikan.

Syarat-syarat:

- Panjang penulisan ialah sekitar 40 halaman tidak termasuk rujukan dan lampiran
menggunakan kertas A4, font Times New Roman, saiz 12 dan spacing1.5
- Tarikh penghantaran. rujuk dlm Assignment dalam MyGuru
- Pelajar perlu membentangkan laporan penyelidikan.

Laporan akhir perlu merangkumi:

Pengenalan, Kajian Literatur dan Methodologi Kajian (5%)

Dapatan Kajian yang terperinci (15%)

- Dapat menerangkan secara terperinci dapatan analysis.


- Lampiran output (SPSS) perlu disertakan.

Kesimpulan (10%)

- Membuat kesimpulan keseluruhan dan kaitkan dengan kajian literatur


- Menerangkan masalah kajian (Fokus pada methodology kajian)
E-FORUM

1. Terdapat 5 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on-line di laman MyGuru3
bersama tutor e-learning dan sesama pelajar yang lainnya.

2. Pelajar diminta menjawab SEMUA soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas.
Minimum 150 patah perkataan bagi setiap satunya. (3 markah diperuntukkan bagi setiap
jawapan kepada soalan yang dikemukakan)

3. Pelajar juga dimestikan memberi pandangan, ulasan, penambahan dan komentar


terhadap jawapan rakan-rakan yang lain (minimum 1 kali untuk setiap soalan). Lebih banyak
perbincangan adalah lebih baik. (1 markah diperuntukkan bagi perbincangan ini)

4. Pemarkahan diberikan menerusi jawapan kepada soalan dan kekerapan penyertaan


berforum dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Secara keseluruhannya jawapan pelajar dalam
e-forum pada aras minimum ialah 5 jawapan kepada setiap soalan (5 x 3markah = 15%) dan 5
kali respon/interaksi pada jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan (5 x 1%=5%) (20 markah).

You might also like