You are on page 1of 11

Panduan Penulisan Kajian Penyelidikan PhD

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pengenalan

• Terangkan sepintas lalu apa yang akan dibincangkan di dalam bab 3.


• Contoh :

Di dalam bab ini, perbincangan akan bertumpu kepada metodologi yang telah digunakan dalam
mengendalikan kajian ini. Perbincangan dimulakan dengan pemilihan reka bentuk kajian
bersama rasional pemilihannya. Seterusnya metodologi kajian bersama fasa-fasa kerja yang
berkaitan akan dihuraikan dengan lengkap. Secara amnya, metodologi kajian ini merujuk
kepada fasa kerja yang terdapat di dalam model reka bentuk multimedia oleh Reeves (1994).
Model reka bentuk hipermedia (Spiro et al., 1991) pula dijadikan sebagai panduan dalam proses
mereka bentuk instruksi atau bahan pembelajaran. Ianya juga digunakan dalam menentukan
reka bentuk laman web yang telah dibangunkan. Perbincangan juga akan memberi tumpuan
kepada pemilihan instrumen dan responden serta bagaimana data dianalisis bagi menjawab
persoalan kajian yang diperlukan.

3.2 Rekabentuk Kajian

• Terangkan mengenai reka bentuk kajian yang digunakan. Kualitatif ? Kuantitatif ? Gabungan
keduanya ? Mengapa gabungan ? Mengapa Kuantitatif ? Mengapa Kualitatif ?
• Terangkan bila masa kajian kuantitatif digunakan dan bila masa kajian kualitatif digunakan dan
untuk apa ?
• Kalau perlu akhirnya rinkaskan dalam bentuk jadual seperti berikut:

Jadual 3.x : Pembahagian reka bentuk kajian kuantitatif berdasarkan jenis data yang dipungut

Data yang dipungut Reka bentuk kajian kuantitatif


Ciri reka bentuk laman web yang bersesuaian dengan Kajian tinjauan menerusi soal selidik.
pelajar
Aras kognitif pelajar yang telah mengikuti proses Kajian tinjauan menerusi analisis kertas
pembelajaran konvensional bagi mata pelajaran jawapan pelajar dari peperiksaan yang lepas.
terpilih
Aras keyakinan pelajar terhadap penggunaan ICT Kajian tinjauan menerusi soal selidik.
dalam P&P setelah melalui proses pembelajaran
konvensional
Kesan yang diberikan oleh sistem pembelajaran Kajian pra eksperimental berbentuk “one group
terhadap pencapaian, aras keyakinan dan aras pretest and posttest design” (Campbell dan
kognitif pelajar Stanley, 1963).

• Kajian kualitatif pula digunakan untuk apa ? Nyatakan data yang akan diperoleh dan apakah
teknik atau bagaimana data kualitatif tersebut akan dianalisis kelak.

1 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


Bagi kajian yang melibatkan pembangunan atau penyediaan persekitaran pembelajaran atau sistem
(aplikasi multimedia atau laman web misalnya), sediakan topik tambahan yang membincangkan fasa-
fasa yang terlibat dalam kajian:

• Terangkan setiap fasa kerja yang terlibat (Analisis, Reka bentuk, Pembangunan, Penilaian dan
sebagainya).
• Apa yang dilakukan dalam setiap fasa secara ringkas. Contoh semasa fasa analisis – menganalisis
mata pelajaran, analisis topik, isi kandungan, analisis pelajar, dan sebagainya. Juga membuat
kajian rintis instrumen kajian dan sebagainya). Fasa reka bentuk : menghasilkan carta alir, papan
cerita, apa panduan yang digunakan dan sebagainya.
• Perbincangan lengkap tentang proses reka bentuk dan pembangunan akan dilaporkan di Bab 4
kelak. Di sini hanya melaporkan secara ringkas fasa-fasa kerja yang terlibat.

3.3 Perlaksanaan/Prosedur Kajian

• Terangkan secara ringkas bagaimana kajian dilaksanakan. Kendalian sendiri ? Dikendalikan


dengan kerjasama dari pihak ketiga (guru/pensyarah/responden lain...?)
• Proses kerja yang terlibat.....Contoh:

Sebelum sesi pembelajaran dimulakan, para pelajar diminta untuk menjawab soal selidik aras
keyakinan dan juga ujian pra yang telah disediakan. Seterusnya para pelajar telah diberi penerangan
ringkas sebelum diminta untuk menggunakan laman web yang telah disediakan. Sebanyak empat
pertemuan dengan setiap pertemuan memakan masa kira-kira dua jam telah digunakan bagi
menyelesaikan aktiviti pembelajaran yang telah disediakan. Oleh yang
demikian......bla..bla..bla...teruskan....

• Jadual kerja ? Berdasarkan tarikh atau minggu perkuliahan/persekolahan. Contoh jadual


perlaksanaan :

Jadual 3.x : Jadual rancangan kerja kajian yang sebenar

Minggu Perlaksanaan kerja


Minggu 1 Pensyarah menerangkan mengenai topik serta pendekatan P&P yang akan
digunakan di dalam kelas.
Minggu 2 Soal selidik aras keyakinan diberikan kepada responden
Minggu 2- 4 Pensyarah mengajar seperti biasa
Minggu 5 Ujian pra diberikan kepada responden.
Pelajar melalui proses PBM menerusi web (fasa 1)
Minggu 6 Pelajar melalui proses PBM menerusi web (fasa 2 dan fasa 3)
Minggu 7 Pelajar melalui proses PBM menerusi web (fasa 4 dan 5)
Minggu 8 Pelajar melengkapkan tugas yang diperlukan fasa 1 hingga fasa 5
Minggu 9 Ujian pos diberikan
Minggu 10 Borang penilaian laman web diberikan. Soal selidik aras keyakinan juga diberikan
sekali lagi. Temu bual dengan pelajar.
Minggu 9-16 Pensyarah mengajar seperti biasa

2 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


3.4 Pensampelan

• Siapa responden yang terlibat ? Populasi?


• Jelaskan rasional mengapa responden tersebut dipilih, bagaimana responden/sampel dipilih ?
Teknik pensampelan yang digunakan? Mengapa ? Rujukan ?
• Kalau rawak ? Jelaskan....rawak yang bagaimana....stratified, purposive etc? Mengapa ?
• Jumlah sampel yang dipilih, mengapa, bagaimana ? Gunakan jadual Krejecie dan Morgan (1970)
misalnya.
• Akhirnya, ringkaskan dalam bentuk jadual seperti berikut:

Jadual 3.x : Jadual populasi dan sampel responden kumpulan pertama

Kursus Jumlah Peratus Sampel minimum yang Sampel sebenar yang


Pelajar (%) perlu dipilih (Krejie & telah dipilih
Morgan, 1970)
3 SPP 20 6.80 12 15
3 SPK 39 13.27 22 25
3 SPT 65 22.11 37 40
3 SPL 59 20.07 34 35
3 SPN 29 9.86 17 20
3 SPG 33 11.22 19 20
3 SPS 49 16.67 28 30
Jumlah 294 100 169 185

• Sekiranya sampel melibatkan pakar, pensyarah dan sebagainya; bagaimana mereka dipilih. Apa
ciri-ciri yang ada atau digunakan bagi memilih mereka sebagai sampel atau responden kajian.
Sebagai contoh:

3.5 Instrumen Kajian

• Bincangkan mengenai setiap instrumen yang digunakan dalam kajian, mengikut persoalan
kajian.
• Soal selidik, temubual, borang penilaian, pemerhatian, rubrik dan sebagainya.

Contoh : Soal selidik / Borang Penilaian

• Setiap soal selidik (sekiranya lebih dari satu set) harus dibincangkan berasingan
• Terangkan tujuan soal selidik tersebut digunakan ? Untuk menjawab persoalan kajian yang
mana ?
• Terangkan kategori atau bagaimana pembahagian soalan.
• Bagaimana dihasilkan ? Sendiri ? Hasil ubahsuai soal selidik terdahulu ? Siapa, Nyatakan ?
• Contoh:

Secara dasarnya, setiap soalan di dalam soal selidik ini dihasilkan sendiri oleh pengkaji tetapi
berlandaskan kepada contoh-contoh soal selidik terdahulu yang pernah digunakan bagi tujuan

3 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


kajian yang hampir sama. Berikut merupakan antara contoh borang soal-selidik utama yang
digunakan sebagai panduan :

• Teacher’s Attitudes Towards Information Technology (Christensen dan Knezek, 1998)


• Technology in Education Competency Survey (Christensen dan Knezek, 2000)

• Kebolehpercayaan/Kesahan soalan terdahulu ? dan juga dari kajian rintis anda ?


• Pembahagian setiap kategori soalan / jumlah soalan dari setiap kategori ? jumlah soalan
keseluruhan. Ada baiknya juga berikan dua atau tiga contoh soalan bagi setiap
kategori/konstruk soalan. Contoh:

Jadual 3.x: Jumlah item mengikut konstruk bagi set soal selidik kedua

Bahagian Konstruk Item-item Jumlah Item


A Demografi responden 1, 2, 3 3
B (Medium: Pemikiran yang aktif, gigih dan berhati-hati 4, 9, 12 3
Pemikiran dalam membuat pertimbangan
Reflektif) Mentafsir maklumat, membuat kesimpulan 5, 6, 10, 13 4
dan menilai
Metakognitif dan pemikiran yang kreatif 7, 8, 11 3
C (Medium: Saling bergantungan, interaksi dan 17, 18, 19 3
Pembelajaran komunikasi
Kolaboratif) Menggalakkan pemikiran yang interaktif, 20, 21, 22, 23 4
analisis, sintesis dan sebagainya (berkaitan
dengan pemikiran pelajar)
Kebebasan dan memudahkan pelajar untuk 14, 15, 16 3
berkolaborasi
D (Medium: Belajar dimana-mana sahaja dan tidak terhad 24, 31, 33 3
Pembelajaran pada persekitaran tertentu
Informal) Arahan kendiri 25, 29, 30, 32 4
Tidak berstruktur dan tiada kurikulum yang 26, 27, 28 3
spesifik
Jumlah keseluruhan 33

• Terangkan skala yang digunakan. Likert ? Mengapa ? Contoh ?


• Contoh :
Jadual 3.x : Pembahagian item mengikut Skala Likert

Kenyataan Ringkasan Skor


Amat Tidak Setuju ATS 1
Tidak Setuju TS 2
Sederhana Setuju SS 3
Setuju S 4
Amat Setuju AS 5

4 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


• Bagi temubual/pemerhatian dan sebagainya...bincangkan juga bagaimana ianya dikendalikan.
Contoh soalan temubual ? berstuktur ? tidak berstruktur ?
• Bagi soalan terbuka (dalam soal selidik pula), apa peranannya ?

Contoh : Temubual

Laporkan konstruk yang terlibat bagi setiap sesi temubual dan ianya untuk menjawab soalan kajian
yang mana satu. Berikan beberapa contoh soalan temubual yang mewakili setiap konstruk yang
dinyatakan. Soalan temubual lengkap letakkan di lampiran dan nayatakan di sini, lampiran mana
yang perlu dirujuk oleh pembaca kelak. Sebagai contoh:

Temu bual juga merupakan salah satu instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini. Ianya
digunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu pengkaji menyokong
analisis pola interaksi responden ketika menggunakan sistem pembelajaran yang dihasilkan. Ianya
juga digunakan untuk memperoleh maklumat mendalam mengenai ciri-ciri reka bentuk sistem
pembelajaran yang menyokong kepada peningkatan aras keyakinan serta pembentukan aras
kognitif yang tinggi di kalangan responden.

Terdapat dua jenis temu bual yang telah digunakan di dalam kajian ini iaitu temu bual berstruktur
dan temu bual separuh berstruktur. Temu bual berstruktur melibatkan perlaksanaan temu bual
berdasarkan set soalan yang telah dirangka berserta jangkaan jawapannya. Temu bual berstruktur
telah dilaksanakan secara bersemuka blaa...blaa..bla... (Rujuk LAMPIRAN F untuk contoh soalan
temu bual).

Temu bual separuh berstruktur pula merupakan temu bual yang melibatkan soalan-soalan yang
lebih terbuka dan memberi lebih kebebasan kepada responden untuk mengutarakan respons.
Bla..blaa..bla....

Contoh seterusnya:

Dua set soalan temubual disediakan oleh pengkaji bagi mengetahui pandangan para pelajar dan
ianya bagi menjawab persoalan kajian yang yang kedua. LAMPIRAN E akan memaparkan
keseluruhan soalan temubual bagi set pertama. Namun begitu, sebahagian soalan temubual bagi
para pelajar akan dibahagikan kepada tiga konstruk seperti berikut:

i. Adakah aktiviti pembelajaran berasaskan web ini dapat menggalakkan pemikiran reflektif
dikalangan pelajar?
a. Adakah pembelajaran berasaskan web ini menyediakan aktiviti yang membolehkan
anda menjadi lebih aktif dan gigih dalam proses pembelajaran?
b. Adakah aktiviti pembelajaran berasaskan web ini menggalakkan anda untuk mentafsir
dan menilai maklumat yang diperolehi?
c. Adakah aktiviti pembelajaran berasaskan web ini menggalakkan anda untuk berfikiran
lebih kreatif dalam perkongsian idea dan pengetahuan?

ii. Adakah konsep aktiviti pembelajaran berasaskan web ini menggunakan pembelajaran
kolaboratif dalam setiap aktiviti pembelajaran?

5 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


a. Adakah aktiviti pembelajaran berasaskan web ini menggalakkan anda berinteraksi
dengan rakan anda dan mewujudkan pergantungan antara ahli kumpulan?
b. Adakah penglibatan dalam aktiviti berkumpulan dapat membangunkan kemahiran
berfikir tahap tinggi anda (seperti kemahiran untuk menganalisis, sintesis dan
penilaian)?
c. Adakah aktiviti pembelajaran berasaskan web ini memberi kebebasan kepada anda
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P)?

3.6 Kajian Rintis/Kebolehpercayaan Instrumen

• Bincangkan mengenai kebolehpercayaan instrumen


• Bincangkan mengenai kajian rintis yang dijalankan. Dijalankan kepada instrumen yang mana ?
mengapa, untuk apa ?
• Kepada siapa kajian rintis dijalankan ? Berapa bilangan responden terlibat dan mengapa ?
• Apa yang ingin diperoleh dari kajian rintis ? indeks kebolehpercayaan yang digunakan ? Alfa ?
mengapa ? Siapa kata ? Rujukan.
• Hasil kajian rintis. Laporkan nilai indeks kebolehpercayaan yang diperoleh bagi setiap konstruk
dan sub-konstruk soalan. Contoh:

Jadual 3.x : Nilai alfa soal selidik aras keyakinan bagi kajian rintis

Bahagian Jenis Konstruk Nilai Alfa


A Keupayaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam 0.73
meningkatkan mutu P&P
B Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam 0.89
proses P&P
C Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dari sudut 0.83
penggunaan perkakasan
D penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dari sudut 0.69
penggunaan perisian.

• Bincangkan hasil kajian rintis bagi setiap soal selidik yang digunakan.
• Kalau hasil kajian rintis rendah...apa yang dilakukan ? perbaiki soal selidik ? kajian rintis kedua ?
hasilnya ?

Sekiranya data dalam bentuk kualitatif pula bakal digunakan (ccntohnya data temubual, analisis teks
perbincangan dalam online forum dan sebagainya), terangkan juga teknik yang bakal digunakan untuk
memastikan kebolehpercayaan hasil analisis data tersebut kelak adalah boleh diterima. Contohnya
menggunakan percentage of agreement atau inter-rater reliability. Terangkan prosidur kerja yang bakal
dijalankan dan bagaimana kebolehpercayaan analisis data daripada instrumen tersebut bakal dilaporkan
kelak.

Akhirnya:
• Ringkaskan semua maklumat utama berkaitan dengan proses, populasi/sampel, data yang
dikutip, kaedah analisis, tempoh masa dan sebagainya dalam satu carta seperti yang
dipaparkan di lampiran.

6 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


3.7 Analisis Data

• Bincangkan berdasarkan persoalan kajian yang dinyatakan di dalam Bab 1.


• Contoh, kalau persoalan kajian begini:

i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara aras keyakinan pelajar untuk
mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses P&P sebelum dan selepas mengikuti
Pembelajaran Berasaskan Masalah menerusi web.

• Maka...pastikan terdapat tajuk khusus membincangkan bagaimana data diperoleh dan dianalisis
bagi menjawab persoalan kajian tersebut. Contohnya:

3.7.1 Analisis Kesan Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web Terhadap
Aras Keyakinan Pelajar untuk Mengintegrasikan Penggunaan ICT dalam Proses P&P

• Sekiranya data akan diperoleh dari soal selidik, maka salin kembali setiap kategori/konstruk
soalan dengan setiap item di dalamnya (dalam bentuk jadual) dan laporkan bagaimana ianya
akan dianalisis (min, peratus, t-test dan sebagainya).
• Jadual di halaman berikutnya merupakan contoh jadual yang menerangkan bahawa nilai min
akan digunakan dalam proses menganalisis data bagi menjawab persoalan kajian yang
ditetapkan, berdasarkan 4 kategori/konstruk utama soal selidik.

Jadual 3.x : Min keyakinan pelajar mengikut konstruk

Kategori Konstruk Keyakinan Min Sisihan


Piawai
A Keupayaan ICT dalam meningkatkan mutu P&P
B Pengintegrasian ICT dalam proses P&P
C Penggunaan ICT dari sudut penggunaan perkakasan
Penggunaan ICT dari sudut penggunaan perisian : multimedia
D Penggunaan ICT dari sudut penggunaan perisian : Internet dan
Komunikasi
Penggunaan ICT dari sudut penggunaan perisian : kursus
multimedia pendidikan
Keseluruhan

• Sekiranya terdapat soalan terbuka, bagaimana data yang diperoleh akan dianalisis ? Analisis isi
kandungan (content analysis), menerusi penetapan tema ? Terangkan.
• Sekiranya analisis data menerusi t-test, anova, ancova dan sebagainya digunakan; perjelaskan
lebih lanjut mengapa teknik analisis tersebut digunakan.
• Jelaskan juga bagaimana data yang diperoleh akan dianalisis berdasarkan teknik analisis
tersebut. Berikut merupakan beberapa contoh bagaimana laopran kaedah analisis data boleh
dilaporkan.

7 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


• Contoh 1 (Deskriptif Mudah- Min, Frekuensi, Peratus, Sisihan Piawai)

Bagi mendapatkan data berkaitan dengan aras keyakinan pelajar dalam konteks yang
dinyatakan, data kuantitatif yang telah diperoleh dianalisis secara deskriptif berdasarkan min
keyakinan setiap item dan juga min mengikut empat konstruk keyakinan. Data yang telah
dianalisis kemudiannya dipersembahkan dalam jadual data seperti di dalam Jadual 3.x.

Jadual 3.x: Min keyakinan pelajar mengikut konstruk

Kategori Konstruk Keyakinan Min SD


A Keupayaan ICT dalam meningkatkan mutu P&P
B Pengintegrasian ICT dalam proses P&P
C Penggunaan ICT dari sudut penggunaan perkakasan
Penggunaan ICT dari sudut penggunaan perisian: multimedia
D Penggunaan ICT dari sudut penggunaan perisian: Internet dan
Komunikasi
Penggunaan ICT dari sudut penggunaan perisian: kursus
multimedia pendidikan
Keseluruhan

Sebelum itu, pastikan juga bahawa data analisis dari setiap item bagi setiap konstruk dilaporkan
masing-masing terlebih dahulu (di dalam jadual masing-masing, mengikut aturan min tertinggi
dilaporkan dahulu diikuti dengan item-item dengan min yang lebih rendah). Akhirnya baharulah
diringkas dan dilaporakan seperti mana dalam jadual di aats.

Berdasarkan analisis data yang dilaksanakan, perbincangan kemudiannya bertumpu kepada


konstruk keyakinan yang mempunyai nilai min yang paling tinggi. Konstruk keyakinan yang
mempunyai nilai min yang paling rendah juga turut dibincangkan. Seterusnya, kesimpulan
mengenai konstruk keyakinan yang telah dicapai dan belum dicapai oleh pelajar dirumuskan.

• Contoh 2 (Ujian Pra-Pasca)

Berdasarkan Ujian Pencapaian Pra dan Pasca

Responden yang terlibat dalam eksperimen untuk menjawab soalan ujian pencapaian pra dan
pasca ini adalah seramai 34 orang pelajar yang mengambil subjek SPM4342 bagi semester
pertama sesi 2013/2014. Jadual 3.x menunjukkan pembahagian soalan ujian pencapaian pra
berdasarkan aras kognitif taksonomi bloom (1956).

8 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


Jadual 3.x: Pembahagian soalan ujian pencapaian pra mengikut aras kognitif

Aras Bahagian A Bahagian B Jumlah


Kognitif Soalan 1 2 3 4 5a 5b 1 2a 2b 3 10

Pengetahuan 3
Tahap Pemahaman 5
Rendah Aplikasi 3
Analisis 4
Tahap Sintesis 4
Tinggi Penilaian 5
Jumlah 24

• Contoh 3 (T-test):

Analisis kesan yang diberikan oleh sistem terhadap aras kognitif pelajar berdasarkan pencapaian
dalam ujian pra dan ujian pos telah menggunakan analisis ujian T (T-test). Analisis ujian T
digunakan untuk melihat sama ada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan di antara aras
kognitif pelajar sebelum dan selepas menggunakan sistem mengikut aras kognitif yang berbeza.
Jenis analisis ujian T yang telah digunakan ialah paired sample T test kerana aras kognitif
sebelum dan selepas menggunakan sistem adalah bersandar di antara satu sama lain. Berikut
merupakan gambaran analisis ujian T yang telah dilaksanakan:

Min aras pengetahuan pra dibandingkan dengan Min aras pengetahuan pos
Min aras kefahaman pra dibandingkan dengan Min aras kefahaman pos
Min aras aplikasi pra dibandingkan dengan Min aras aplikasi pos
Min aras analisis pra dibandingkan dengan Min aras analisis pos
Min aras sintesis pra dibandingkan dengan Min aras sintesis pos
Min aras penilaian pra dibandingkan dengan Min aras penilaian pos
Sekiranya wujud perbezaan yang signifikan di antara aras tersebut, satu kesimpulan mengenai
peningkatan atau penurunan aras kognitif pelajar selepas menggunakan sistem akan dihasilkan
berdasarkan data kuantitatif yang diperoleh. Semua data yang telah dianalisis ini adalah
berdasarkan kepada markah ujian pra dan markah ujian pos bagi soalan pelbagai pilihan yang
disediakan. Soalan yang disediakan dalam format jawapan ringkas dan karangan pendek pula
bla..bla..bla....

• Contoh 4 (Korelasi):

Analisis kajian ini akan difokuskan untuk mengenalpasti samada wujud atau tidak hubungan
yang signifikan di antara sikap terhadap komputer riba dan projektor LCD dengan dua
pembolehubah tidak bersandar iaitu tempat menerima latihan komputer dan kehadiran kursus
penggunan komputer riba dan LCD. Disebabkan skala berbentuk nominal iaitu Ya atau Tidak,
Ujian korelasi Spermans’ rho telah digunakan untuk menganalisis hubungan ini.

Guilford (1956) memberikan interpretasi berikut terhadap nilai korelasi (r) dan ianya akan
dijadikan nilai panduan untuk mengukur kekuatan hubungan pembolehubah bebas dan

9 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


pembolehubah bersandar dalam kajian ini. Jadual 3.x yang berikutnya menunjukkan nilai pekali
korelasi dan interpretasi yang di bawa olehnya:

Jadual 3.x: Nilai pekali korelasi dan interpretasinya

Nilai Pekali Korelasi (r) Interpretasi


Kurang daripada 0.20 Hubungan yang sangat lemah
0.20 hingga 0.40 Korelasi rendah
0.40 hingga 0.70 Korelasi sederhana
0.70 hingga 0.90 Korelasi tinggi
0.90 hingga 1.00 Korelasi yang sangat tinggi

• Contoh 5 (Temubual)

Untuk data kualititatif seperti dari proses temubual, solaan terbuka dari soal-selidik, dari
teks perbincangan dalam talian dan sebagainya, cara termudah untuk dilaporakan ialah
menerusi analisis isi kandungan-pembentukan tema. Berikut merupakan contoh
bagaimana analisis data boleh diringkaskan dalam bentuk jadual dan dilaporkan:

Bil Tema Contoh Respon dari Pelajar


1 Berpuas hati dengan kaedah Saya berpuas hati dengan kaedah pembelajaran ini dan yakin
PdP yang diperkenalkan oleh dengan kaedah pembelajaran akan membantu saya
guru meningkatkan pencapaian akademik saya

N = XX

3 Menaikkan minat, seronok dan Saya berasa lebih faham apabila menggunakan kaedah
lebih faham terhadap mata pembelajaran ini
pelajaran Sains Ya, saya lebih faham apabila belajar menggunakan Facebook
Saya amat berpuas hati dengan kaedah ini dan ia
N = ZZ mewujudkan minat terhadap Sains

4 Tema lain yang akan terbentuk Contoh respons daari pelajar

N = AA

Data lengkap ini hanya akan dilaporkan kelak di bab 4 (Analisis Data). Di sini, perlu diterangkan
bagaimana ianya dianalisis dan dilaporkan sahaja.

3.8 Penutup

• Tuliskan penutup kepada bab 3. Ringkasan secara umum apa yang telah dibincangkan di dalam
bab 3 dan apa pula yang akan dibincangkan di dalam bab 4 yang seterusnya.

10 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir


LAMPIRAN

11 | ©2014 Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir

You might also like