You are on page 1of 1

Laporan Amali Sains

Tajuk: Aktiviti Hands-on Tarikh: 20 Mac 2013 Masa: 2.00 petang Ahli Kumpulan : Abdul Muhaimin Bin Zubaidi, Muhammad Azim Bin Md Rahim, Zulfazdli Hisyam Bin Ibrahim

Kumpulan kami yang terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Mohd Azim, Abdul Muhaimin dan Zulfazdli Hisyam telah mengelolakan satu aktiviti bagi memenuhi praforma yang ditetapkan. Tajuk yang diberikan kepada kumpulan kami ialah pembelajaran secara Hands-on. Aktiviti hands-on juga merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan peralatan dan bahan yang berlaku ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Doran (1990) melalui Nurul Izzah (2011), terdapat beberapa istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan aktiviti hands -on iaitu aktiviti praktik, aktiviti manipulatif dan aktiviti berpusatkan bahan. Maka, melalui aktiviti hands on, murid-murid akan mempelajari untuk memanipulasikan bahan atau objek. Secara ringkasnya, aktiviti hands-on merupakan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh murid sendiri secara praktikal dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada, sama ada benda hidup atau benda bukan hidup. Kumpulan kami telah mengelolakan satu aktiviti yang menerapkan kaedah Hands-on iaitu dengan membuat eksperimen menunujukkan bagaimana t erhasilnya kejadian gunung berapi. Aktiviti ini melibatkan semua pelatih guru dalam kelas J18. Aktiviti ini memberikan pengalaman kepada bakal guru seperti kami dalam mengetahui kaedah pengajaran hands-on ini.

You might also like