You are on page 1of 38

KPK2013

FALSAFAH,
TEORI DAN
DASAR PAKK
MADAM NUR ATHIRAH BINTI MAIDDIN
BAB 5
MODEL-MODEL
DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
• MODEL REGGIO EMILIA
• MODEL MARIA MONTESSORI
MODEL REGGIO
EMILIA
PENGENALAN
Pendekatan Reggio Emilia bagi pendidikan awal kanak- Lella Gandini merupakan seorang penulis dan guru berbangsa Itali. Beliau
kanak telah menarik perhatian pendidik, penyelidik dan melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Phd. Kemudian beliau telah
sesiapa saja yang tertarik pada pendidikan awal kanak- dilantik sebagai penasihat kepada pendekatan Reggio Emilia dalam Program
kanak dengan amalan yang terbaik. Pendidikan Awal Kanak-kanak di Amerika Syarikat. Lella juga seorang
Pendekatan Reggio Emilia telah diterima pakai di Amerika penulis dan editor kepada penerbitan dalam Bahasa Inggeris dan Itali
Syarikat, Britain, New Zealand, Australia dan banyak mengenai Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Cerita Rakyat Itali. Baji
negara lain. Rankin pula merupakan seorang Pengarah Eksekutif NMAEYC, agensi
peneraju bagi T.E.A.C.H. Early Childhood, New Mexico. Baji mengkaji
Pada tahun 1988 muncul dua orang tokoh yang sinonim
Pendekatan Reggio Emilia dan komited membina program pendidikan awal
dengan pendekatan Reggio Emilia ialah Lella Gandini dan
kanak- kanak.
Baji Rankin.

Pendekatan Reggio Emilia percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan orang lain, termasuk ibu bapa,
kakitangan dan rakan-rakan di persekitaran pembelajaran yang aktif. Pendekatan Reggio Emilia melihat anak-anak mempunyai
sikap berdaya saing, kreatif, ingin tahu, imaginasi, intensif dan mempunyai keinginan untuk berinteraksi dan berkomunikasi
dengan orang lain.
4
Latar Belakang
Pada tahun 1988, Persidangan Tahunan National Association for the Education of Young
Children (NAEYC) telah diadakan dan dihadiri seramai 25 peserta khusus untuk
membincangkan pendidikan dan penjagaan awal menurut perspektif Itali. Lella Gandini &
Baji Rankin memberi input berkaitan sebuah bandar kecil di Utara Itali, Reggio Emilia yang
membangunkan pendekatan tersendiri untuk pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak (1
tahun – usia prasekolah). Siri pameran bergerak diadakan di New England, New York dan
Massachusetts.
Kemudian pada tahun 1990, Filippina, seorang pendidik Itali telah berkongsi idea baru
mengajar kanak-kanak dalam Persidangan NAEYC di Washington DC. Respon daripada
orang ramai agar REA dapat dilihat dan didengar secara lebih mendalam. Pada hari ini, REA
menjadi sumber rujukan dalam pendidikan dan penjaga awal kanak-kanak kepada Amerika
Syarikat dan negara-negara lain di dunia.
5
Sejarah Awal Model Reggio Emilia
 1987 - REA tiba di Amerika Syarikat melalui pameran bergerak
 1988 - Pembentangan REA di Persidangan Tahunan NAEYC
 1990 - Pendidik awal kanak-kanak Amerika Syarikat melawat Regio Emilia
dan mempelajari tentang REA
 1991 - Prasekolah RE diiktiraf oleh Majalah ‘Newsweek’ sebagai ‘The Best
in The World”
 Penghujung tahun 90-an REA masih menjadi pendebatan utama di antara
AS guru, pengarah program, pendidik awal kanak-kanak, penggubal dasar
kerajaan, dan ahli-ahli pertubuhan kebangsaan yang terlibat dengan
pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak.
Sejarah Model Reggio Emilia
 Kaedah atau pendekatan pendidikan Reggio Emilia Approach (REA), terutama untuk
kanak-kanak berbeza daripada pendekatan konvensional.
 Pendekatan REA ini komited dan mencipta keadaan pembelajaran yang
menggalakkan dan memudahkan kanak-kanak untuk membina kekuatan berfikir
sendiri melalui penggabungan seluruh bahasa ekspresi, komunikasi, dan kognitif
(Edward & Forman, 1993).
 REA ini adalah sebuah sistem yang kompleks, namun sangat menarik perhatian dunia
pendidikan kanak-kanak selama 50 tahun terakhir ini. Pendekatan Reggio Emilia
boleh dipandang sebagai sumber atau inspirasi untuk membantu pendidik, orang
dewasa, dan kanak-kanak ketika mereka bekerjasama untuk membangunkan program
pendidikan mereka sendiri.
Sejarah Model Reggio Emilia
 REA diasaskan oleh Loris Malaguzzi dan penduduk di kawasan sekitar Reggio Emilia
di Itali selepas Perang Dunia Kedua.
 Saat itu, kerana jumlah pekerja lelaki berkurangan akibat perang, para wanita terpaksa
menjadi tenaga kerja di kilang-kilang dan industri. Ditambah dengan keadaan yang
penuh dengan kehancuran dan kemusnahan harta benda, penduduk Reggio Emilia
merasa perlu ada pendekatan baru terhadap cara mengajar anak-anak mereka.
 Mereka merasa bahawa pada tahun-tahun awal perkembangan kanak-kanak mereka
membentuk diri mereka sebagai seorang individu. Bermula dari pemikiran inilah lalu
diciptakan sebuah program yang berprinsip rasa hormat, tanggungjawab dan
kebersamaan melalui penerokaan di dalam persekitaran yang menyokong dan
memperkaya minat kanak-kanak.
Objektif Pembelajaran Dalam Pendekatan
Reggio Emilia
▪ Menghubungkan kekuatan idea-idea dan hak-hak kanak-kanak, potensi, dan sumber-sumber yang
seringkali terabai.
▪ Memperkenalkan kajian, penyelidikan, eksperimen dalam pembelajaran dengan konteks
pembelajaran yang aktif, konstruktif dan kreatif.
▪ Meningkatkan profesionalisme guru, menyokong suatu kesedaran yang tinggi terhadap nilai-nilai
kerjasama dan kebermaknaan hubungan antara kanak-kanak dan keluarganya.
▪ Menjadikan topik utama dari nilai-nilai penyelidikan, pemerhatian, interpretasi dan dokumentasi
dari pengetahuan yang dibina dari proses berfikir kanak-kanak.
▪ Mengatur kunjungan terbimbing ke dalam program pendidikan, pameran budaya, seminar, dan
kursus-kursus dalam issue pendidikan dan budaya awal kanak-kanak

9
Kurikulum Reggio Emilia
▪ Visi Reggio Emilia tentang kanak-kanak sebagai pelajar yang berkebolehan
telah menghasilkan kanak-kanak yang cerdas mengikut model kurikulum
REA ini. Kurikulum yang dibina adalah berdasarkan kepada kepentingan
kanak-kanak.
▪ Kurikulum ini bertujuan untuk kemajuan kanak- kanak tetapi kurang ruang
lingkup dan urutan.
▪ Pendekatan Reggio Emila mempunyai keyakinan yang kuat bahawa kanak-
kanak belajar melalui interaksi dengan orang lain, termasuk ibu bapa,
kakitangan dan rakan-rakan di persekitaran belajar yang ramah.

10
Kurikulum Reggio Emilia
▪ Teras kurikulum Reggio Emilia adalah perancangan projek sebagai hasil dari
minat kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Projek ini terhasil dari
pengalaman pertama yang dirancang oleh guru untuk membantu kanak-
kanak menjelajah adat budaya mereka atau persekitaran fizikal sekitar
mereka atau hasil dari kejadian spontan seperti idea kanak-kanak atau soalan
kepada guru.

11
Ciri Utama Awal Kanak-
Kanak dalam Program
Reggio Emilia
Peranan persekitaran sebagai guru ketiga
Beberapa Bahasa Simbolik Kanak-kanak
Dokumentasi bersistematik dan kolektif
Projek jangka panjang
Guru sebagai penyelidik
Hubungan Rumah dengan Sekolah
12
1. Peranan persekitaran sebagai guru ketiga
a) Dalam pendekatan Reggio Emilia, para pendidik sangat prihatin dengan apa yang ada di persekitaran
sekolah mereka dan dalam mengajar kanak-kanak. Oleh kerana itu, perhatian yang sangat besar
diberikan untuk ruang kelas. Hal ini sering merujuk pada persekitaran sebagai guru ketiga.
b) Keindahan estetika dalam kelas-kelas dianggap sebagai bahagian penting sebagai wujud dan
menghargai kanak-kanak serta persekitaran pembelajaran mereka.
c) Suasana kelas yang ceria.
d) Guru mengatur persekitaran yang menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan penerokaan yang
panjang dan penyelesaian masalah, dibuat dalam kelompok kecil, di mana terdapat kerjasama dan
persaingan.
e) Dokumentasi hasil kerja kanak-kanak, tanaman, dan koleksi yang telah mereka buat dipamerkan
dalam kelas.

13
2. Beberapa Bahasa Simbolik Kanak-kanak
a) Seni digunakan sebagai bahasa simbolik yang akan digunakan untuk
mengekspresikan pemahaman mereka dalam projek yang telah mereka lakukan.
b) Sesuai dengan teori Howard Gardner mengenai kecerdasan majmuk, pendekatan
Reggio Emilia menggunakan integrasi seni grafik sebagai alat untuk mengembangkan
kecerdasan linguistik, sosial, dan kognitif.
c) Persembahan konsep dan hipotesis dalam beberapa bentuk seperti cetak, seni,
pembinaan, drama, muzik, dilihat sebagai hal yang penting untuk pemahaman anak-
anak.

14
3. Dokumentasi bersistematik dan kolektif
a) Mendokumentasikan dan memaparkan hasil kerja kanak-kanak, di mana kanak-kanak
mengekspresikan, membangun, dan membina perasaan serta idea-idea dan pemahaman
mereka
b) Serupa dengan pendekatan portfolio, dokumentasi hasil kerja kanak-kanak dalam proses
perkembangan dipandang sebagai alat penting dalam proses pembelajaran untuk kanak-
kanak, guru, dan ibu bapa.
c) Gambar kanak-kanak terlibat dalam pengalaman, kata-kata mereka apabila mereka
membincangkan apa yang mereka lakukan, perasaan, pemikiran, tafsiran pengalaman
kanak-kanak melalui media visual dipaparkan sebagai persembahan grafik dinamik
pembelajaran.
d) Guru bertindak sebagai perakam untuk kanak-kanak, membantu mereka melayari dan
meninjau kembali kata-kata dan tindakan dengan menunjukkan apa yang telah mereka
pelajari.
15
4. Projek jangka panjang
a) Menyokong dan memperkayakan anak-anak melalui projek jangka pendek (satu minggu)
dan jangka panjang (sepanjang tahun sekolah), di mana dalam mengerjakan projek ini
kanak-kanak akan memberi respons, dirakam, bermain, meneroka, membina dan menguji
hipotesis, dan menyatakan apa yang terjadi.
b) Projek yang berpusat pada kanak-kanak, mengikut minat mereka, akan menambah
wawasan baru.
c) Selama projek berlangsung, guru membantu kanak-kanak membuat keputusan tentang
arah kajian, cara-cara kumpulan akan melakukan penyelidikan terhadap topik, media
perwakilan yang akan menunjukkan dan memaparkan topik.

16
5. Guru sebagai penyelidik
a) Peranan guru dalam pendekatan Reggio Emilia sangat kompleks. Bekerja sebagai wakil
guru, peranan yang pertama dan utama adalah belajar bersama kanak-kanak. Guru adalah
penyelidik, sumber daya dan panduan apabila guru meminjamkan kemahiran mereka
kepada kanak-kanak.
b) Peranan guru menjadi pendidik yang mendengar, melihat, dan mendokumentasikan
pekerjaan dan pertumbuhan kanak-kanak di dalam kelas dan merangsang pemikiran anak-
anak.
c) Guru mempunyai komitmen untuk menggambarkan bagaimana akan mengajar.
d) Di kelas, guru bekerja berpasangan dan kerjasama, berkongsi maklumat dan memerhati
bersama pembantu.

17
6. Hubungan Rumah dengan Sekolah
a) Kanak-kanak, guru, ibu bapa dan masyarakat yang interaktif serta bekerja sama.
b) Komunikasi dan interaksi dapat memperdalam penyelidikan kanakk-anak dan membina
teori tentang dunia di sekitar mereka
c) Program dalam pendekatan Reggio Emilia adalah berpusat pada keluarga. Visi dari
pendidikan didasarkan pada hubungan yang memberi tumpuan pada setiap kanak-kanak
dalam kaitannya dengan orang lain dan berusaha untuk menghidupkan dan menyokong
hubungan timbal balik kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain, keluarga, guru,
masyarakat, dan alam sekitar.

18
Prinsip Pembelajaran
Pendidikan berdasarkan pada komunikasi dalam hubungan guru -kanak-kanak, ibu
bapa – kanak-kanak, guru - ibu bapa. Hal ini mewujudkan persekitaran belajar yang
sangat kaya bagi semua pihak yang terlibat. Dalam pendekatan Reggio Emilia, guru
adalah seorang penyelidik dan sekolah dipandang sebagai tempat kajian dan
berkongsi pembinaan nilai dan makna. Pendekatan Reggio Emilia banyak diterima
sebagai program prasekolah.

19
Prinsip-prinsip Reggio Emilia yang
berpusat pada kanak-kanak
1. Kanak-kanak harus mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka.
2. Kanak-kanak harus dapat belajar melalui pengalaman menyentuh,
bergerak, mendengar dan melihat.
3. Kanak-kanak mempunyai hubungan yang rapat dengan kanak-kanak lain
4. Kanak-kanak harus mempunyai peluang untuk mengekspresikan diri.

20
Pendekatan Reggio Emilia memerhatikan
perkembangan kanak-kanak dan hubungannya
dengan persekitaran mereka

Ibu bapa
Peranan Peranan alam merupakan
persekitaran sekitar sebagai komponen penting
fizikal guru

21
Peranan persekitaran fizikal
▪ Tujuan utama dalam perancangan ruang baru dan pengubahsuaian yang
lama merangkumi integrasi dari kelas masing-masing dengan sekolah,
dan sekolah dengan masyarakat. Pentingnya persekitaran hidup terletak
pada keyakinan bahawa anak-anak boleh mewujudkan makna terbaik dan
memahami dunia mereka melalui persekitaran yang menyokong.
▪ Ruang atau tempat yang digunakan dan segala sesuatu harus boleh
menarik dan mengundang minat kanak-kanak namun tetap mengandungi
unsur pendidikan.

22
Peranan alam sekitar sebagai guru
▪ Dalam REA, para pendidik sangat memperhatikan persekitaran sekolah
kerana persekitaran sekolah ini juga berperanan sebagai mendidik para
pelajar. Penampilan dan keadaan kelas pun akhirnya menjadi keutamaan
tersendiri pula. Bahkan, persekitaran sekolah sering disebut sebagai guru
ketiga.
▪ Terdapat kawasan bersama atau serba guna di sekolah yang boleh
digunakan oleh kanak-kanak untuk pelbagai aktiviti seperti pementasan
drama atau hanya berkumpul dengan kanak-kanak dari kelas lain untuk
belajar bersama.

23
Ibu bapa merupakan komponen penting
▪ Ibu bapa dipandang sebagai rakan kongsi, penyumbang untuk anak-anak
mereka. Guru menghormati setiap ibu bapa sebagai guru pertama dan
melibatkan mereka dalam setiap aspek kurikulum. Hal ini dapat dilihat
melalui penyertaan ibu bapa di dalam kelas. Program Reggio Emilia
menggabungkan prinsip-prinsip dalam mengasuh kanak-kanak dan
kehidupan rumah.

24
Peranan Guru dalam Pendekatan Reggio
Emilia
a. Membina pengetahuan dan pemahaman d. Menetapkan kelas dan benda-benda
kanak-kanak. yang ada di kelas agar menjadi tempat
b. Menggalakkan agar kanak-kanak yang menyenangkan.
mengeluarkan idea-idea, cara e. Menetapkan jenis barang-barang di
menyelesaikan masalah dan konflik. kelas agar dapat membantu kanak-kanak
c. Guru digalakkan untuk memudahkan membuat keputusan mengenai benda-
kanak-kanak belajar dengan aktiviti benda yang akan digunakan.
perancangan dan pelajaran berdasarkan f. Mendokumentasikan perkembangan
kepentingan kanak-kanak. kanak-kanak melalui visual, videotape,
tape recorder, dan portfolio.

25
Peranan Guru dalam Pendekatan Reggio
Emilia
g. Apabila melakukan projek dengan kanak- j. Membantu kanak-kanak
kanak, guru juga dapat memperluaskan mengekspresikan pengetahuan yang
kanak-kanak belajar dengan mereka dapatkan atau miliki melalui
mengumpulkan data. bentuk-bentuk persembahan.
h. Membantu kanak-kanak melihat hubungan k. Membentuk hubungan yang baik dengan
yang ada antara pembelajaran dan guru-guru lain dan para ibu bapa.
pengalaman
i. Guru perlu tetap aktif, sentiasa bersama
dalam kegiatan kanak-kanak untuk
membantu memastikan bahawa kanak-
kanak memahami dengan jelas apa yang
sedang diajar.

26
MODEL MARIA
MONTESSORI
Latar Belakang
▪ Model pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang
merupakan seorang tokoh pendidikan di ROME, beliau mempunyai pengalaman mengenai
pendidikan kanak-kanak terencat akal.
▪ Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di ROME. Di
sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih
guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal.
▪ Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat
pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta
menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.

28
Model Montessori
▪ MINDA YANG MUDAH MENYERAP
Minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima
melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep
tersebut.

▪ PERSEKITARAN YANG TERSEDIA


Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah
persekitaran yang lengkap dengam pelbagai bahan yang akan menyokong
pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak
memerlukannya.
29
Model Montessori
▪ PERSEKITARAN YANG TERSEDIA
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah
persekitaran yang lengkap dengam pelbagai bahan yang akan menyokong
pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak
memerlukannya.

▪ BAHAN PEMBELAJARAN
Guru perlu mengajar cara yang betul untuk menggunakan bahan yang
dipilih dalam aktivitu pembelajaran secara bebas dan sukarela.

30
5 JENIS BAHAN
PEMBELAJARAN
MONTESSORI
➔ Bahan untuk Latihan Dalam Kemahiran Hidup
Menggalakkan penghalusan penggunaan alat deria bagj meningkatkan
kecerdasan kanak-kanak melalui aktiviti menyusun dan mengumpul.
Contohnya, melalui aktiviti membezakan pelbagai jenis kain.

➔ Bahan Sensori
Bahan akademik iaitu seperti mempelbagaikan bahan abjad yang mudah
alih bagi menggalakkan kanak-kanak mengenal huruf dan membentukkan
perkataan.
.

32
▪ Bahan Akademik

Bahan akademik iaitu seperti mempelbagaikan bahan abjad yang mudah alih
bagi menggalakkan kanak-kanak mengenal huruf dan membentukkan
perkataan.
▪ Bahan Seni dan Budaya

Membantu kanak-kanak menghayati muzik, lagu dan irama serta mempelajari


pengawalan pergerakkan badan dalam aktiviti menari serta mereka juga diajar
menggunakan alat muzik dan bahan lukisan.

33
▪ Tempoh Sensitif

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak


menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran
dengan sentiasa menanya soalan serta sentiasa tertarik bagi memerhati dan
menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

34
SUMBANGAN
MONTESSORI
▪ Petunjuk keatas kanak-kanak dalam kumpulan umur 3 tahun
mengikut tempoh-tempoh sensitif perkembangan contoh: lahir-3, 3-
6, 6-9, dan 9-12 tahun kepada program 'Erdkinder’.
▪ Kanak-kanak sebagai insan cekap, digalakkan untuk membuat
keputusan maksimum.
▪ Pemerhatian keatas kanak-kanak di dalam persekitaran sebagai asas
kepada kurikulum pendidikan yang berterusan.

36
▪ Penyertaan ibu bapa untuk memberi perhatian asas dan betul kepada
penilaian kesihatan dan kebersihan sebagai syarat persekolahan.
▪ Kecil, perabot saiz kanak-kanak dan pembuatan yang kecil, persekitaran
kecil kanak-kanak (microcosm) yang mana kanak-kanak (microcosm) yang
mana setiap satu akan membina kecekapan untuk menghasilkan dunia kecil
kanak-kanak yang boleh berdikari.
▪ Gambaran kepada skala tempoh sensitif keatas pembangunan yang mana
(termasuk tempoh-tempoh sensitif untuk pembangunan bahasa,
experimentasi sensorial dan penghalusan, dan pelbagai aras interaksi sosial)

37
▪ Kepentingan terhadap "penyerapan minda", motivasi kanak-kanak
yang tiada had untuk mencapai kecekapan terhadap persekitarannya
dan untuk memperincikan skilnya dan memahami sebaik sahaja ia
ditemui di sekitar tempoh sensitif.
▪ Bahan-bahan pembentulan sendiri "auto didaktik" (berasaskan hasil
kerja Jean Marc Gaspard Itard dan Edouard Seguin).

38

You might also like