You are on page 1of 3

Kualiti/Peranan Guru

Matlamat pendekatan Reggio Emillia kanak-kanak dijangkakan aktif dan mepunyai


sumber untuk menghasilkan perubahan dalam sistem yang mereka terlibat. Guru tidak
memberi jawapan kepada kanak-kanak tetapi membantu mereka meneroka dan menyelidik.
Kanak-kanak meningkatkan kecekapannya kepada simbol yang mewakili idea dan
perasaannya iaitu menerusi seratus Bahasa yang bermaksud ekspresif, komunikatif, dan
kognitif termasuk Bahasa, gestur, lakaran, catan, binaan, arca, wayang kilit, boneka, tarian
dan lain-lain. Secara sistematik dengan menggunakan perkara tersebut untuk meneroka dan
menghubungkannya. Guru mengikut minat kanak-kanak dan tidak memberi arahan berfokus
dalam membaca dan menulis sahaja. Sebaliknya guru memupuk literasi secara spontan
semasa kanak-kanak merekodkan dan manipulasi idea dan berkomunikasi dengan rakan
atau orang lain. Guru perlu mencuba memahami sepenuhnya pandangan dan keupayaan
kanak-kanak ini dan melihat kanak-kanak mempunyai keupayaan bukan keperluan
sepenuhnya.

Pendekatan pengajaran Reggio Emillia ini lebih fleksibel dan memberi peluang untuk
input dan membuat keputusan kepada semua yang terlibat. Kaedah hendak disesuaikan
dengan konteks dan situasi. Paling penting adalah prinsip pengajaran Reggio Emillia
hendaklah berasaskan kepada pemerhatian yang teliti terhadap kanak-kanak. Guru
memulakan dengan pemilihan idea dan pemikiran kanak-kanak, mempertimbangkan bentuk
pengetahuan soalan dan keutamaan yang ada pada kanak-kanak sebelum membuat
perancangan projek.

Antara lain bagi peranan guru dalam pendekatan Reggio Emillia sebagai rakan kongsi
dan pandu arah kanak-kanak semasa mereka belajar adalah seperti menyediakan peralatan
dan pengalaman yang berkaitan, mmeberi tunjuk ajar penggunaan peralatan apabila
diperlukan, membantu kanak-kanak mendapatkan sumber dan bahan, memupuk
pembelajaran kanak-kanak iaitu kadangkala secara rapat dan bertindak aktif dan kadangkala
memberikan perhatian sahaja. Selain itu juga guru perlu memupuk keperluan emosional
kanak-kanak, mendorong serta membina hubungan kepada setiap keluarga dan juga
sebagai penganjur perkhidmatan berkualiti kepada awam dan kerajaan.

Pendekatan Reggio Emillia ini merupakan pendekatan yang menjadikan guru


sebagai penghubung antara institusi dengan keluarga, komuniti dan pentadbiran kerajaan.
Keadaan ini serupa dengan system yang sedia ada di Malaysia iaitu guru-guru di Tadika
Kemas yang mana peranan guru itu selain mendidik kanak-kanak di tadika, mereka juga
berperanan sebagai pemaju masyarakat di luar bandar.

Rujukan

1. Pusat perkembangan Kurikulum (2010) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.PKK


2. Eliasom, C.F.& Jenkians, L.T (1990) A practical guide to early childhood curriculum 4
edition. Toronto: Merill Pub.
3. Roopnarine, J.L. & Johnson, J.E. 2005. Approaches to Early Chilhood Education. 4th
edition. Ohio: Prentice Hall.
4. Asas Pengajian Kurikulum Dan Model
Prasekolah.www.academia.edu/.../PRA3102_05_Asas_Pengajian_Kurikulum_ Dasar
asuhan dan didikan awal kanak-kanak kebangsaan.
5. www.programpermata.my/.../Dasar_Asuhan_dan_Didikan_Awal_

Pengaruh budaya dan masyarakat

Reggio Emilia menganggap kanak-kanak adalah penting dalam masyarakat.


Penglibatan masyarakat juga ini diperlukan sebagai penggerak utama sekolah yang ia
memberikan pengaruh yang cukup ketara dan mendalam kepada pihak kerajaan dan
daerah dalam memastikan tahap pembelajaran yang baik.

Ibu bapa sebagai cermin peranan masyarakat, baik di peringkat sekolah mahupun
peringkat kelas. Ibu bapa diharapkan menyertai dalam perbincangan tentang hak sekolah,
perkembangan kanak-kanak, kurikulum perancangan dan penilaian. Kerana majoriti ibu
bapa yang bekerja pada siang hari, pertemuan diadakan di malam hari sehingga semua
dapat ikut menyertai dan memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap segala aktiviti
sekolah diadakan.

Tradisi Reggio Emilia mengenai sokongan masyarakat terhadap keluarga dengan


anak kecil berkembang berdasarkan pandangan, yang lebih kuat dipegang di Emilia
Romagna dan Tuscany, anak-anak sebagai tanggungjawab bersama masyarakat setempat.
Di Reggio Emilia, program dan pra-sekolah adalah bahagian penting dalam masyarakat,
seperti yang tercermin dalam tahap sokongan kewangan yang tinggi. Penglibatan
masyarakat juga jelas dalam keanggotaan warganegara di La Consulta, sebuah
jawatankuasa sekolah yang memberikan pengaruh yang besar terhadap dasar pemerintah
daerah.
Ibu bapa adalah komponen penting dalam falsafah Reggio Emilia yang ia
dianggapkan sebagai mereka dipandang sebagai rakan kongsi, kolaborator, dan penyokong
anak-anak mereka. Guru menghormati ibu bapa sebagai guru pertama setiap anak dan
melibatkan ibu bapa dalam setiap aspek kurikulum. Tidak jarang melihat ibu bapa menjadi
sukarelawan di dalam kelas Reggio Emilia di seluruh sekolah. Falsafah ini tidak akan
berakhir ketika anak keluar dari kelas. Sebilangan ibu bapa yang memilih untuk menghantar
anak-anak mereka ke program Reggio Emilia memasukkan banyak prinsip dalam kehidupan
ibu bapa dan rumah tangga mereka. Peranan ibu bapa mencerminkan peranan masyarakat,
di peringkat sekolah dan juga kelas. Ibu bapa diharapkan dapat mengambil bahagian dalam
perbincangan mengenai dasar sekolah, masalah perkembangan anak, dan perancangan dan
penilaian kurikulum.

Rujukan

1. Friends of Reggio Children International Association". Retrieved 9 April 2013.


2. "Fondazione Reggio Children Centro Loris Malaguzzi". Retrieved 9 April 2013.

You might also like