You are on page 1of 11

KURIKULAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER JANUARI 2023

HBEC2203

PERANCANGAN KURIKULAM AWAL KANAK-KANAK DAN INDIKATOR


KURIKULAN YANG BERKESAN
1.0 Pengenalan

Awal kanak-kanak ialah isitilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari
selepas lahir sehingga lah berganjak ke umur lapan tahun. Mengikut The National
Association for the Education of Young Children (NAEYC) atau dipanggil sebagai
Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak Muda, pendidikan awal kanak-
kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi asuhan, bimbingan
serta layanan kepada kanak-kanak. Pusat ini juga menyediakan program yang disediakan
oleh kanak-kanak sehinggalah berumur lapan tahun. Menurut Akmal Hisyam AR (2011),
pendidikan awal kanak-kanak ini adalah sebagai program yang menyediakan
perkhidmatan kepada kanak-kanak usia sejak lahir sehingga lapan tahun iaitu dengan
program secara separuh atau sepenuh masa di pusat, rumah institusi, tadika dan juga
sekolah. Pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini juga memberi penekanan kepada
kepelbagaian kank-kanak, amalan bersesuian perkembangan, perhatian kepada kanak-
kanak di samping memenuhi tahap pencapaian seperti yang digariskan oleh NAEYC.
Kini, kebanyakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan ekoran
daripada bertambahnya golongan ibu bapa yang berkerjaya. Kebanyakkan dari mereka
meletakkan tanggungjawab kepada pihak asuhan untuk menjaga, mengasuh dan memberi
perhatian dan didikan kepada anak mereka di pusat asuhan mahupun di taska. Justeru itu,
pendidikan awal kanak-kanak wajar diberikan perhatian khususnya kandungan dan
kepentingan kurikulam. Oleh itu, objektif bagi tugasan ini adalah untuk mendedahkan
pelajar dengan merancangan kurikulam awal kanak-kanak dan indikator kurikulam yang
berkesan. Antara bahan yang digunakan bagi menyiapkan tugasan ini adalah dengan
menggunakan buku Keushawanan (MPU3223) terbitan Opem Universiti Malaysia dan
juga laman sesawang telah digunakan bagi memudahkan tugasan.

2.0 Definisi kurikulum

Kurikulum kanak-kanak merupakan satu pelan rancangan mengajar atau aktiviti yang
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, Dengan adanya
pelan kurikulum ini, dapat diguna pakai sebagai pelan panduan kepada murid-murid serta
guru untuk proses pembelajaran di sekolah. Menurut Abdullah Nashih Ulwan (2007),
kurikulum didefinisikan sebagai cara untuk membantu pendidik berfikir tentang kanak-
kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan program yang telah diadakan.
Kurikulum juga boleh dimaksudkan sebagai semua pengalaman atau rekod yang berlaku
di sekolah dan juga senarai topik yang akan dilaksanakan. Kurikulum juga didefinisikan
sebagai satu rancangan Pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengatuhuan,
kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi
pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain. Manakala
pula, Pertubuhan kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak Muda atau National
Association for the Education of Young Children (NAEYC) mentakrifkan kurikulum
sebagai rangka kerja yang tersusun menggariskan kandungan pembelajaran untuk kanak-
kanak, peoses kanak-kanak mencapai matlamat kurikulum yang telah dikenal pasti, apa
yang guru lakukan untuk membantu kank-kanak mencapai matlamat serta konteks
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Kurikulum juga ditakrifkan sebagai setiap
pengalaman dan proses atau istilah yang banyak termasuk apa yang berlaku dalam bilik
darjah yang seterusnya mencerminkan falsafah, matlamat dan objektif. Falsafah di sini
bermaksud prinsip asas, sikap kepercayaan pusat. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan
pembelajaran secara langusung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak
seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, perancangan aktiviti dan membuat penilaian.
Manakala kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak
secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak terhadap persekitaran dan juga
tindakan guru di sekolah.

3.0 Lapan indikator yang dikenal pasti oleh NAEYC

Menurut NAEYC (2004), bagi menghasilkan kurikulum yang berkesan terdapat lapan
petunjuk yang perlu ada. Antaranya ialah,

3.1 Kanak-kanak yang aktif dalam aktiviti

Antara indikator yang pertama ialah kanak-kanak perlu aktif dalam aktiviti yang
diadakan. Menurut Jaipaul L.Roopnarine (2005), kurikulum melibatkan dua pengalaman
iaitu pengalaman yang dirancangan dan pengalaman tidak dirancang iaitu nilai dan sikap
wujud yang dihasilkan oleh guru, pentadbir sekolah, ibu bapa serta masyarakat. Manakala
pula menurut James E.Johnson (2005), menyarankan bahawa pengalaman kurikulum
perlu berasaskan pada minat dan penglibatan yang paling sesuai dan terbaik dalam proses
perkembangan kanak-kanak dari segi mental, fizikal dan juga sosial. Oleh itu, pentingnya
kurikulum yang dapat membina kemahiran dan kognitif dengan memberikan pengalaman
yang konkrit, relevan dan bersesuaian terhadap keperluan dan tahap perkembangan
kanak-kanak. Seperti yang diketahui, pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan
awal kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana
bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Mahyuddin Ashaari
(2006), bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan
menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini membolehkan kanak-
kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isi yang berlaku di sekeliling dalam
keadaan yang menyeronokkan. Oleh hal yang demikian adalah penting bagi mengadakan
kurikulum yang dapat membawa kanak-kanak ke arah perkembangan mereka agar
mereka sentiasa aktif dan terlibat sama dalam pelaksanaan kurikulum yang telah
diadakan. Kanak-kanak perlu sentiasa sibuk di pusat pembelajaran, dalam kumpulan dan
permainan luar untuk belajar secara aktif kandungan dari pelbagai subjek yang telah
terlibat dalam aktiviti kurikulum secara individu. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh
dilakukan adalah dengan meminta kanak-kanak menghasilkan karya kreatif menggunakan
bahan kitar semula. Dengan ini, kanak-kanak dapat menghasilkan karya mereka sendiri
mengikut kreativiti masing-masing seperti kolaj buah-buahan dengan menggunakan
kertas warna, majalah atau buku terpakai. Dalam masa yang sama guru juga boleh bersoal
jawab dengan kanak-kanak bagi memastikan kanak-kanak dapat berfikir dan melibatkan
diri dalam aktiviti di pusat pembelajaran.

3.2 Matlamat jelas dan dikongsi oleh semua pihak

Seterusnya ialah matlamat yang jelas dan boleh dikongsi oleh semua pihak. Dalam
pendidikan awal kanak-kanak ini, kurikulum merangkumi matlamat pembelajaran dan
kemahiran berdasarkan tahap kanak-kanak. Matlamat ini disokong secara visual melalui
gambar, label, papan buletin, mahupun carta. Matlamat ini juga akan dikongsi oleh semua
pihak termasuklah ibu bapa kanak-kanak melalui bentuk komunikasi. Melalui komunikasi
yang ada ini, ia dapat membuka peluang kapada ibu bapa untuk berkongsi kemahiran dan
pengetahuan dalam membesarkan anak-anak mereka. Hal ini penting, ibu bapa
melibatkan diri bagi mengetahui segala aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan anak-
anak mereka di sekolah. Dengan car aini juga, guru serta para ibu bapa dapat memberikan
pandangan antara satu sama lain tentang pencapaian serta cara bagaimana untuk
membantu perkembangan anak-anak sekaligus guru dapat memberi panduan khusus
kepada ibu bapa yang hadir bagaimana memantau anak-anak, berbincang dengan anak-
anak dan membantu mereka dalam urusan kerja-kerja sekolah yang diberi. Pihak sekolah
perlu peka dalam mengurus dan mengawal segala aktiviti kurikulum yang diadakan
kepada kaank-kanak di sekolah bagi membantu meluaskan ilmu pembelajaran kognitif
mereka. Segala komunikasi boleh dijalankan dengan apa cara sekali pun sama ada
melalui memo, telefon bimbit atau pun perbincangan dalam mesyuarat seperti dengan
mengadakan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau perjumpaan ibu bapa.
Bukan sahaja aktiviti kokurikulum dapat dibincangkan malah hubungan ibu bapa dengan
pihak sekolah dapat dieratkan apabila wujud komunikasi antara dua pihak.

3.3 Kurikulum berasaskan bukti

Indikator yang seterusnya ialah kurikulum berasaskan bukti. Kurikulum di Malaysia


adalah bertujuan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan
akademik. Kurikulum dibina bagi memberi penekanan kepada perkembangan kemahiran
belajar dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan
pembelajarn sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pembelajaran. Idea
kepada kurikulum untuk peringkat awal kanak-kanak adalah berdasarkan penyelidikan
yang sesuai dan teori perkembangan yang menawarkan perspektif utama tentang
bagaimana kanak-kanak belajar dan sebagainya. Hal ini dapat membuktikan bahawa
kurikulum amat penting bagi perkembangan kanak-kanak. Pembangunan pendidikan
kanak-kanak di Malaysia sememangnya banyak mengadaptasi atau mempunyai kaitan
dengan teori perkembangan kognitif Piaget dan teori perkembangan psikososial Erik
Erikson. Beberapa program dan dasar yang dilaksanakan dalam pembangunan pendidikan
kanak-kanak di Malaysia mengaplikasikan teori-teori ini dalam memastikan setiap
program yang diperkenalkan dapat menepati perkembangan kanak-kanak dan penting
dalam memastikan keberhasilan program tersebut. Oleh itu, kurikulum bagi awal kanak-
kanak juga perlu berdasarkan kajian moden bagi memastikan ia berkaitan dengan minat
dan keperluan semasa kanak-kanak kecil sebagai contoh dengan menggunakan model
dalam pendidikan seperti Modul PERMATA. Modul ini telah diaplikasikan mulai tahun
2010 yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak seawal usia sejak lahir sehingga empat
tahun. Modul PERMATA memberi tumpuan kepada komponen lain seperti komponen
perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, pengamatan deria dan pemahaman
dunia persekitaran, perkembangan fizikal dan koordinasi motor berbanding komponen
pembinaan sosio emosi, sahsiah dan kerohanian.

3.4 Kandungan yang berharga dipelajari melalui penyiasatan, memberi tumpuan dan
pengajaran yang mempunyai tujuan

Seterusnya ialah kurikulum yang mempunyai kandungan yang berharga dipelajari


melalui penyiasatan dan pengajaran yang mempunyai tujuan. Penbentukan sesuatu
kurikulum memerlukan penetapan dalam falsafah hal ini kerana jika ingin menyediakan
kurikulum prasekolah maka falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan terlebih
dahulu. Misalnya, falsafah prasekolah yang menggambarkan tujuan, nilai dan
kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Dalam hal ini, guru boleh
merujuk kepada modul Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah
dibentuk berteraskan kepada falsafah pendidikan kebangsaan yang menekankan tentang
penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur,
perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Dalam kurikulum ini juga, setiap
aktiviti yang dirancang dan item pembelajaran digunakan adalah memerlukan tujuan
pembangunan bagi perkembangan positif kanak-kanak. Dengan tujuan yang ada, guru
dapat mengenalpasti objektif serta tujuan pembelajarajan. Oleh itu guru boleh melakukan
satu inisiatif terhadap kanak-kanak dengan membuat satu ujian membaca bagi
mengetahui sejauh mana kanak-kanak dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas. Tujuan ini adalah untuk mengenalpasti kanak-kanak yang
mempunyai kesukaran dalam mengenal suku kata serta kanak-kanak yang agak mahir
mengenal suku kata. Hal ini membolehkan guru dapat menilai perkembangan kanak-
kanak, mentafsir dan membuat perancangan aktiviti harian atau mingguan bagi
memastikan kaank-kanak mendapat sesuatu yang dapat merangsang perkembangan
positif mereka. Justeru itu, para guru hendaklah bijak dalam memilih dan membuat alat
bantu mengajar (ABM) yang sesuai.

3.5 kurikulum dibina berdasarkan pembelajaran dan pengalaman sedia ada

Kanak-kanak mempunyai gaya pembelajaran yang pelbagai. Oleh itu penglibatan


komuniti penting dalam perkembangan kanak-kanak. Perkembangan domain kognitif, efektif
dan psikomoto saling berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama lain. Kanak-kanak
berkembang dalam domain fizikal, sosial,emosi dan kognitif yang saling berkaitan antara satu
sama lain oleh itu guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan
perkembangan kanak-kanak secara optimum dan bermakna dalam semua domain.
Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memberi kesan kepada perkembangan dan
pengalaman pembelajaran mereka. Implikasi guru harus peka akan pengalaman sedia ada
murid,merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran yang bermana
untuk mereka di kelas mahupun di luar belajar. Kanak-kanak adalah pelajar aktif dan
memahami persekitaran dunia mereka daripada pengalaman di rumah, di tadika dalam dalam
komuniti. Perkembangan kanak-kanak juga berperingkat dan berlaku dalam konteks sosio
budaya mengikut arah yang lebih kompleks. Justeru itu, guru hendaklah menyediakan
aktivitibagi memabantu murid memahami dinia mereka, meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran melalui pengalaman sebenar menggunakan pelbagai media seperti membina,
melukis, bermain peranan, berbual dan juga melakar. Aktiviti ini boleh dilakukan tidak kira
di dalam atau di luar bilik darjah.

3.6 Kurikulum komprehensif

Menurut Abdul HalimTamri & Zarin Ismail (2002), komprehensif mempunyai liputan
yang luas, lengkap dan juga menyeluruh. Oleh itu, dalam konteks ini kurikulum yang baik
adalah kurikulum yang mempunyai butiran yang menyeluruh. Perkembangna menyeluruh
dari segi pendidikan awal kanak-kanak bermaksud perkembangan kanak-kanak dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan kognitif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, semua
aspek ini adalah penting dan saling berkaitan. Tidak ada satu aspek yang berkembang secara
sendiri dan tidak ada satu aspek yang paling penting. Contohnya, seseorang kanak-kanak
yang membaca melibatkan fungsi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di samping lima
aspek lain seperti social dan kreatif. Oleh itu, fokus guru adalah pada perkembangan kanak-
kanak hendaklah secara menyeluruh dan pengajaran kanak-kanak yang menekankan semua
aspek sangat penting. Dalam pendidikan awal kanak-kanak ini, guru perlu mentafsir dan
menilai terlebih dahulu sebelum merancang atau melakukan aktiviti yang bersesuai untuk
kanak-kanak. Kanak-kanak digalakkan mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi
merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur, dalam
persekitaran selamat, sihat dan menyeronokkan. Selain itu, peralatan pembelajaran yang
berkualiti juga membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif.
3.7 Piawaian professional mengesahkan isi kandungan subjek

Definisi professional menurut Martinis Yamin (2008) ialah individu yang bekerja
sesuai dengan piawaian dan etika yang ditentukan oleh pekerjaan tersebut. Dalam konteks
pendidikan awal kanak-kanak ini pul professional sebagai guru tabika, guru yang mendidik
kanak-kanak pada peringkat awal adalah mereka yang mempunyai perasaan tanggungjawab
yang tinggi serta telus dalam memberikan didikan kepada anak-anak kecil kerana mereka
masih memerlukan jagaan yang rapi jika dibandingkan dengan anak-anak yang telah besar.
Oleh itu, perancangan kurikulum yang sesuai amatlah penting bagi perkembangan kanak-
kanak dengan memastikan kurikulum selaras dengan standard dan piawaian pembelajaran
oleh agensi awal kanak-kanak. Antara standard kurikulum tersebut adalah menggalakkan
pembangunan dan pembelajaran kanak-kanak serta menjadi professional yang dikeluarkan
oleh NAEYC, Head Start dan juga Bright dari start. Oleh itu, bagi mereka yang ingin
melibatkan diri dalam profesion guru tabika ini terlebih dahulu haruslah menyiapkan diri
dengan persediaan-persediaan yang secukupnya seperti mempelajari garis panduan etika
pengurusan dan pentadbiran, serta menguasai standard atau piawaian yang telah ditetapkan
supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan menjadikan profession sebagai guru
atau pengurusan institusi pendidikan awal kanak-kanak ini mencapai kejayaan lebih baik.

3.8 Kurikulum memberi impak atau manfaat berguna kepada kanak-kanak

Akhir sekali ialah kurikulum yang memberi manfaat kepada perkembangan kanak-
kanak. Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi memenuhi tahap pertembuhan dan
perkembangan kanak-kanak di mana 90% perkembangan otak secara optimum berlaku
sebelum kanak-kanak mencapai umur 6 tahun. Oleh itu, guru hendaklah melaksanakan
kurikulum sepertimana yang sepatutnya mengikut standard yang telah ditetapkan bagi
mewujudkan peluang secara berterusan untuk pembelajaran yang sesuai dan membolehkan
kanak-kanak terus meningkat. Dengan adanya kurikulum ini juga, kanak-kanak dapat
meluaskan pengalaman serta mengembangkan potensi individu melalui pengajaran dan
pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringat umur, kemampuan, kebolehan serta
minat dalam diri kanak-kanak. Justeru itu, pembuatang dan perancangan kurikulum yang baik
adalah amat penting pada peringkat awal kanak-kanak.
4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, bagi mencapai matlamat melahirkan insan seimbang dan harmoni


bukanlah satu perkara yang mudah terutama sekali dalam mendidik kanak-kanak generasi
muda. Oleh itu, pelaksanaan kurikulum pada peringkat awal kanak-kanak adalah amat
penting dan merupakan satu perkara yang diperlukan dalam mendidik kanak-kanak dalam
perkembangan mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa peka tentang perkembangan anak
mereka agar memudahkan pihak guru bagi membantu mereka mengembangkan potensi
kanak-kanak dari segi intelektual, psikologi dan juga sosial melalui kurikulum yang telah
ditetapkan oleh KPM. Justeru itu, ibu bapa dan juga guru adalah orang yang
bertanggungjawab dalam mendedahkan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang
mengajar pelbagai pengalaman awal berkualiti dan telah dibuktikan oleh para penyelidik
psikologi kanak-kanak dan pendidikan awal kanak-kanak.

Rujukan

Abdullah Nashih Ulwan. (2007). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur : PTS
ProffesionalPublishing Sdn. Bhd

Jaipaul L. Roopnarine, James E. Johnson. (2005). Approaches To Early Childhood


Education Fourth Edition. New Jersey : Pearson Merill Prentice Hall

Mahyuddin Ashaari. Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam ABIM : Sejarah Penubuhan,


Perkembangan dan Kurikulum, Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 11 Bil.1, 2006.
Bahagian 2

5.0 Rancangan Aktiviti Tematik Bulanan Untuk Kanak-kanak Prasekolah

5.1 Kumpulan usia kanak-kanak


Bagi menentukan sesuatu pembelajaran dan aktiviti yang ingin disampaikan kepada
kanak-kanak, pemilihan kumpulan usia kanak-kanak adalah penting bagi membantu
mereka mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru di
kelas. Oleh itu, bagi tugasan ini saya akan memilih kumpulan usia kanak-kanak sekitar
enam tahun. Pada usia enam tahun, kanak-kanak mula menjadi lebih sosial dan suka
bermain dengan orang lain untuk mencapai tujuan bersama seperti bekerjasama untuk
membina satu istana pasir atau sandcastle yang besar. Pada usia kanak-kanak yang
berumur enam tahun juga, mereka dapat menyatakan perasaan walaupun mungkin
memerlukan pertolongan dan masa untuk mengenalpasti dan membincangkan emosi yang
rumit seperti kecewa atau cemburu hal ini kerana bagi anak yang berusia lima hingga
enam tahun mempunyai tahap ransangan perkembangan yang berbeza dari usia anak yang
lebih kecil.

5.2 Domain
Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), terdapat enam tunjang
yang merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan
dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan
modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, pengatahuan,
keterampilan, pemikiran kritis, serta kreatif dan berinovatif. Antara enam tunjang tersebut
ialah komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, keterampilan diri, perkembangan fizikal
dan estetika, sains dan teknologi serta tunjang kemanusiaan. Oleh itu, dalam menjawab
soalan ini, saya memilih komunikasi sebagai domain utama sebagai fokus rancangan
aktiviti. Manakala pula domain yang disepadukan ialah perkembangan fizikal dan estetika
yang boleh diperolehi daripada aktiviti seperti melukis, membuat kad ucapan dan
sebagainya.

5.3 Tema
Bagi soalan ini pula, saya akan memilih aktiviti yang bertemakan “sayangi alam
sekitar”. Antara sebab saya memilih tema ini adalah kerana dengan pemilihan tema ini,
kanak-kanak dapat mempelajari paparan terperinci hubungan dengan alam semula jadi serta
dapat memperolehi pengatahuan alam sekitar awal. Dengan tema ini juga, kanak-kanak dapat
mengetahui tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta keburukan mengabaikan alam
sekitar. Hal ini membolehkan kanak-kanak agar mempunyai rasa tanggungjawab untuk lebih
peka dan prihatin terhadap alam di sekeliling sekaligus mereka akan lebih terdedah tentang
perkaitan alam sekitar dan juga kesihatan tubuh badan manusia.

You might also like