You are on page 1of 11

Konsep Kurikulum

Perkataan pendidikan awal kanak-kanak diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak pihak. Antaranya, pendidikan awal kanak-kanak (early childhood) merujuk kepada kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga lapan tahun dan mendapat jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program seumpama itu dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza-beza. Dewasa ini, kebanyakan ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan ekoran kesedaran terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak selari dengan bertambahnya golongan wanita yang berkerjaya. Justeru itu, pendidikan awal kanakkanak wajar diberikan perhatian serius.

Terdapat banyak definisi kurikulum. Kurikulum boleh didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanakkanak berdasarkan program. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman yang berlaku di sekolah. Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Selain itu kurikulum juga membawa pengertian senarai topik pembelajaran yang akan dilaksanakan. Cuba anda bandingkan pendapat beberapa tokoh tentang kurikulum di bawah ini. Mengikut pandangan Dr Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan. Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan. Manakala Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-

kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran. Zais (1979) menyatakan bahawa kurikulum sebagai satu set generalisasi yang saling berkait secara logik, konsep, cadangan dan lain-lain yang mewakili satu pandangan sistematik sesuatu fenomena kurikulum. Fungsi teori kurikulum ialah untuk memperkata, menjangka dan menerangkan fenomena kurikulum dan sebagai polisi untuk panduan aktiviti kurikulum. Mengikut Kerr J.K. (2002) konsep kurikulum merupakan semua jenis pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah sama ada dalam kumpulan atau secara individu di dalam atau di luar sekolah. Pakar-pakar pendidikan mentakrifkan kurikulum berasaskan rancangan bidang pendidikan. Misalnya J.G.Saylor dan W.M Alexander (1974) mentakrifkan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di sekolah. Tyler (1950) mentafsirkan kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan objektif yang ditentukan. Kurikulum dalam topik ini didefinisikan sebagai gagasan pola atau pelan untuk merancang pengalaman pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak. Secara

umumnya kurikulum boleh dimaksudkan sebagai perancangan untuk sesuatu pembelajaran. Kurikulum merangkumi penyataan falsafah, matlamat, objektif,

kandungan, aktiviti pembelajaran dan penilaian yang mampu meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaannya. Semasa membentuk kurikulum kita perlu mengambil kira tentang falsafah program. Apakah falsafah berkenaan? Pendidikan awal kanakkanak di negara kita mengambil kira beberapa asas pembentukan kurikulum.

Pertimbangan dan Proses Pembentukan Kurikulum

Menurut Feldman, J.R. (1991), terdapat lima komponen utama bagi membentuk sesebuah kurikulum iaitu falsafah, matlamat dan objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran dan penilaian. Mari sama-sama kita membincangkannya satu persatu.

Falsafah Bagi membentuk sesuatu kurikulum, falsafah perlu ditetapkan. Jika ingin menyediakan kurikulum prasekolah maka falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan terlebih dahulu. Misalnya, falsafah prasekolah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. Justeru, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibentuk

berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Kedua-dua falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanakkanak. Pendidik dan penggubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap kurikulum yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang. Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkan generasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat dan objektif Matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak. Sehubungan itu, matlamat dan objektif perlu ditulis dalam bentuk yang boleh dilihat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi. Guru pula perlu menyesuaikan

objektif yang perlu dicapai oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanakkanak belajar pada tahap yang berbeza-beza.

Isi Kandungan Isi kandungan bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilih merupakan maklumat berkaitan mata pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti Pembelajaran Aktiviti pembelajaran melibatkan aktiviti, bahan dan pengalaman yang dirancang untuk kanak-kanak. Setiap aktiviti pembelajaran perlu dirancang supaya bersesuaian dengan matlamat, objektif, isi kandungan dan kepelbagaian tahap kanak-kanak.

Penilaian Penilaian adalah proses menilai sama ada matlamat dan objektif telah dicapai. Penilaian boleh dijalankan secara tidak formal melalui kaedah pemerhatian. Senarai semak dan rekod anekdot boleh digunakan sebagai kaedah pengumpulan maklumat pemerhatian. Penilaian yang dibuat akan membantu guru melaksanakan proses penambahbaikan dari aspek pedagogi. Penilaian merupakan komponen terakhir dalam proses pembentukan sesuatu kurikulum sebagai langkah untuk mengukur

keberkesanan pembelajaran.

Faktor Mempengaruhi Pembentukan dan Perubahan Kurikulum Selain daripada mengetahui lima komponen utama bagi membentuk sesuatu kurikulum, kita juga perlu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan atau perubahan sesuatu kurikulum.

Kehendak dan Keperluan Pelajar

Merujuk kepada Teori Keperluan Maslow , faktor keperluan murid merangkumi keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Kehendak dan keperluan pelajar perlu dipenuhi supaya menjamin konsep kendiri yang positif sejajar dengan apa yang terkandung di dalam sesuatu kurikulum yang ingin dirancang. Anda perlu faham bahawa keperluan individu juga perlu dipenuhi dari aspek ilmu pengetahuan, peluang mengembangkan potensi dan minat secara menyeluruh dari pelbagai aspek.

Kehendak dan Keperluan Negara

Bagaimana pula kehendak dan keperluan negara mempengaruhi pembentukan kurikulum?

Kehendak dan keperluan negara adalah berkaitan dengan ideologi, budaya dan nilai di dalam sesebuah masyarakat dan negara. Jika kita lihat di negara Malaysia pembentukan kurikulum pendidikan haruslah mengutamakan

kepelbagaian kaum yang pastinya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Maka elemen yang dimasukkan di dalam kurikulum adalah mengandungi unsur-unsur kebudayaan masyakarat serta nilai yang diterima oleh semua. Ia juga wajar mementingkan keperluan negara untuk bersaing dalam era globalisasi.

Model Pembangunan Kurikulum

Model adalah panduan yang akan menjadi dasar pelaksanaan kurikulum. Program pula bertindak sebagai asas kepada perancangan dasar yang akan digunakan oleh pendidik. Sebagai contoh, setiap model mempunyai asas program yang menggabungkan teori psikologi, perspektif ekologi dan falsafah sebagai rujukan. Teori psikologi dapat membantu kita untuk memahami bagaimana kanak-kanak belajar. Manakala perspektif ekologi pula memberikan panduan kepada kita tentang bagaimana pengaruh konteks sosiobudaya boleh memberikan kesan kepada proses pembelajaran dan sosiolisasi kanakkanak. Terdapat tiga teori psikologi yang mempengaruhi pembentukan model dan program dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ketiga-tiga teori psikologi tersebut adalah:

(a) Teori Kematangan (Teori Behavioris)

Menurut teori ini perkembangan dilihat sebagai hasil struktur kematangan individu itu sendiri. Aspek perkembangan domain adalah hasil daripada genetik atau keturunan. Teori kematangan ini masih mengekalkan manusia adalah sama dalam keadaan tertentu sebab teori ini beranggapan manusia daripada spesis yang sama. Teori ini berpandangan keturunan mempengaruhi kematangan dan pengajaran. Pendidik perlu menyediakan pengalaman pembelajaran apabila kanak-kanak menunjukkan minat dan betul-betul bersedia.

(b) Teori Tingkah Laku Persekitaran

Berdasarkan teori ini, perkembangan dilihat sebagai pengaruh daripada persekitaran dan hasil tingkah laku. Prosesnya lebih kepada pengukuhan verbal, penanggapan dan tingkah laku motor. Teori ini menekankan pengajaran menerusi arahan terus dengan urutan matlamat dan penggunaan bahan.

(c) Teori Konstruktivis

Teori konstruktivis menghuraikan kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran dan membina pengetahuannya sendiri. Konstruktivis melihat perkembangan adalah hasil daripada tindakan pengalaman dengan cara manusia mentafsirkan, mengenal pasti atau mengubahsuai pengalaman.

Selain daripada teori psikologi yang banyak mempengaruhi model dan program pendidikan awal kanak-kanak, perspektif ekologi pula melihat tingkah laku bukan sahaja dipengaruhi oleh persekitaran tetapi juga mempengaruhi persekitaran itu sendiri. Ini bermakna persekitaran yang terdekat dengan seseorang

mempengaruhi dirinya lebih kuat daripada sistem ekologi yang lebih jauh. Terdapat empat konteks ekologi yang dialami oleh kanak-kanak dan kesan perkembangan yang saling bergantung seperti yang disarankan oleh

Bronfenbrenner iaitu:

Mikrosistem

Mikrosistem merupakan kuasa sosialisasi kanak-kanak yang kuat dan semerta terdiri daripada ibu bapa, pengasuh, institusi sekolah, rakan sebaya, media dan komuniti. Misalnya kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan cara pertuturan ibu bapanya. Ibu bapa merupakan individu yang terdekat kepada diri kanak-kanak. Gaya asuhan mereka akan membentuk cara kanak-kanak berkomunikasi atau bertingkah laku.

Mesosistem

Mesosistem pula mempunyai perkaitan dengan mikrosistem yang melibatkan interaksi ibu bapa-guru atau majikan-pengasuh kanak-kanak. Misalnya

perbincangan antara guru dan kedua ibu bapa untuk mengatasi masalah tingkah laku anak akhirnya membawa perubahan tingkah laku kepada kanak-kanak.

Maka kita harus ingat bahawa interaksi ibu bapa dengan semua pihak akan turut mempengaruhi pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

Eksosistem

Ekosistem adalah terdiri daripada pekerjaan ibu bapa, pengurusan majlis tempatan, ahli lembaga sekolah, perkhidmatan komuniti dan kerajaan tempatan. Ekosistem mempengaruhi kanak-kanak secara tidak langsung. Misalnya kempen Rumahku Syurgaku, Kempen Tangani Stress dan Cintai Bahasa Kita yang dianjurkan oleh kerajaan akan mempengaruhi keluarga dan kanak-kanak. Contoh juga boleh dilihat jika majikan tidak memberikan kebenaran kepada ibu/bapa untuk menghadiri majlis konvokesyen kanak-kanak prasekolah. Jadi kanak-kanak akan merasa diri mereka tidak disayangi atau tidak dihargai oleh ibu bapa. Sedangkan ketidakhadiran ibu/bapa tersebut dipengaruhi oleh tindakan majikan. Jelaslah di sini pengaruh ekosistem terhadap perkembangan

sosioemosi kanak-kanak.

Makrosistem

Makrosistem terdiri daripada sosio ekonomi, ras/etnik, kawasan keadaan geografi, agama dan budaya. Misalnya perubahan ekonomi membawa kepada perubahan cara kehidupan keluarga dan masyarakat. Secara tidak langsung gaya pendidikan kanak-kanak turut mengalami perubahan. Perspektif ekologi memberi kefahaman kepada kita tentang hubungan yang kompleks terhadap pembentukan tingkahlaku. Perspektif ini memberi amaran kepada kita agar berhati-hati apabila membuat sesuatu keputusan dan penilaian. Perspektif memperlihatkan hubungkait dalam kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak dan keluarga tidak lagi terpisah-pisah. Kanakkanak membawa sesuatu pengaruh rumah ke program pendidikan awal kanak-kanak dan seterusnya program pendidikan awal kanak-kanak dibawa ke rumah.

Kronosistem

Persekitaran kita tidak kekal sama. Ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak. Perkahwinan ibu dengan bapa tiri atau sebaliknya turut juga memberikan kesan kepada perkembangan kanakkanak.

Model Kurikulum Tyler

Pembangunan model kurikulum Tyler (1950) adalah berasaskan kepada objektif dan proses. Objektif pelajaran melibatkan perkembangan tingkah laku kendiri murid dan isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku. Dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adakah pernyataan objektif pelajaran anda berdasarkan objektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum? Sekiranya demikian maka, anda perlu

mengambilkira empat perkara utama yang dicadangkan oleh Tyler dalam pembangunan kurikulum sekolah.

t pendidikan yang harus dicapai

Model Kurikulum Taba

Taba (1945) berpendapat bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan kepada logik penyelesaian masalah dan strategi pemusatan pelajar sebagai objektif utama. Umumnya usul yang digariskan oleh Taba dalam pembangunan model kurikulum yang lebih lengkap adalah seperti berikut :

i kandungan

Kurikulum Trenda Kini

Tahukah anda bahawa kurikulum Trenda Kini merupakan kurikulum yang dinamik kerana perkembangan dan perubahan yang pesat dalam bidang pendidikan, khasnya perkembangan ICT diperkenalkan dalam kurikulum sekolah. Di Malaysia, kurikulum KBSR dan KBSM mula dinilai dan diubahsuai bagi memenuhi keperluan semasa. Justeru, Kurikulum Sekolah Bestari mula beroperasi sejak tahun 2000 dengan perubahan dalam pelaksanaan mata pelajaran Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mulai tahun 2003.

BIBLIOGRAFI

Rohaty Mohd. Majzub, Abu Bakar Nordin (1989). Pendidikan Prasekolah. Selangor, wwwwPenerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php. Dilayari pada 6 Mac 2012

You might also like