You are on page 1of 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA KE 4

DISEDIAKAN OLEH: NUR ARIF SHAH BIN RAMLI


Pismp ambilan Januari 2012 Unit K1 dan K2 telah melaksanakan aktiviti BIG
yang mana bertempat di Kampung Kuala Gula, Taiping, Perak.
Pelbagai pengalaman telah saya perolehi melalui penglibatan saya dalam aktiviti
ini walaupun pada mulanya agak terkejut dengan keputusan unit kokurikulum bahawa
BIG fasa ini diadakan pada minggu exam. Seramai 2 buah unit telah bersedia di
hadapan unit kokurikulum untuk bertolak ke Kg Kuala Gula dan sebuah bas disediakan
untuk mengangkut guru pelatih ke sana. Perjalanan ke sana agak jauh. Kami
mengambil masa satu jam lebih untuk tiba disana. Kami tiba disana pada pukul 4
petang.
Program ini memberi pengalaman baru kepada saya tentang suasana kampung
di negeri Perak. Sekolah ini terletak agak jauh dari Bandar dan suasananya sangat
aman dan mententeramkan. Selepas siap solat berjemaah di surau, kami diberi masa
pada waktu malam untuk berbincang mengenai malam kebudayaan. Walaupun agak
letih dan terhad dari segi masa, tetapi kami dapat merancang suatu persembahan yang
agak unit berkaitan satu Malaysia.
Pada hari kedua, kami mulakan program dengan senaman pagi. Sangat
menyegarkan. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kekitaan antara guru pelatih. Kami
kemudiannya diagihkan mengikut unit untuk melakukan aktiviti gotong royong. Unit
kami dikehendaki membersihkan surau. Kami agak terpesona dan terpegun dengan
kebersihan surau di Kampung Sawah. Penghulu kampung mengatakan bahawa setiap
hari Jumaat, gotong royong membersihkan surau akan diadakan oleh penduduk
kampung. Walaupun seni binanya agak lama, namun kebersihan surau itu memukau
hati kami.Kami bertungkus lumus membersihkan surau. Selepas selesai, kami dijamu
dengan kuih muih.Pengalaman bersama penghulu kampung tidak akan kami lupakan.
Program Bina Insan Guru kali ini dapat memberi kelainan dan dapat memberi
pengalaman baru kepada saya melalui program anak angkat. Program ini memberi
kesedaran kepada saya pentingnya pergaulan dan mengenali antara satu sama lain.
Keluarga angkat saya ialah Mak cik Saliah dan Mak Cik Faridah. Mereka ialah madu
yang hidup berjiran. Saya bukan sahaja mengenali keluarga angkat namun saya juga
dapat berkongsi cerita tentang hidup bermadu mereka. Pengalaman ini tidak mungkin
saya lupakan kerana keunikan kehidupan mereka jarang ditemui.
Pada malamnya kami mengadakan malam kebudayaan sebagai penutup.
Pelbagai persembahan dapat disaksikan melalui malam kebudayaan tersebut. Malam
kebudayaan dilakukan mengikut unit masing- masing. Unit saya mendapat tempat
ketiga dalam persembahan itu.keunikan dalam mempersembahkan persembahan amat
menarik perhatian guru pelatih dan para pensyarah.Bagi saya, sepanjang saya
menyertai perkhemahan, malam kebudayaan pada Bina Insan Guru inilah yang paling
terbaik pernah saya lihat.Walaupun semua guru pelatih tengah kalut dengan
peperiksaan, itu tidak menjadi penghalang untuk kami melakukan yang terbaik dalam
program ini.
Program Bina Insan Guru pada kali ini juga mempunyai sedikit sebanyak
kekurangan. Antaranya, kekurangan yang amat ketara dapat dilihat seperti persekitaran
tempat yang kurang memuaskan dari segi kebersihan. Terlalu banyak lalat berada di
persekitaran kantin. Keadaan ini menimbulkan perasaan ketidakselesaan di kalangan
kami tatkala ingin menjamu makanan. Pada hari pertama, seorang guru pelatih telah
menjumpai lalat di dalam pinggan dan juga dalam gelas minuman. Mungkin keadaan
sebegini yang menjadi punca beberapa orang guru pelatih program dihantar ke hospital
berdekatan kerana terkena cirit birit.
Selain itu, oleh kerana kesuntukan masa, aktiviti yang dijalankan tidak terlalu
padat dan terdapat kelonggaran sepanjang menjalankan program ini.
Walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana dapat menjayakan program ini walaupun
berada dalam keadaan agak tertekan untuk mengambil peperiksaan. Tapi,
kesungguhan guru pelatih dapat dilihat apabila mereka bertungkus lumus membawa
kertas ataupun nota untuk di ulang kaji apabila ada masa terluang.
Program Bina Insan Guru ini banyak memberi pengalaman baru kepada saya
dan amat bermanfaat untuk saya bekalkan apabila menjadi guru kelak.

You might also like