You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PRASEKOLAH SEKOLAH
KEBANGSAAN KELEBANG JAYA.
TARIKH :
20 OKTOBER 2014 (ISNIN)
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG JAYA,
31200 CHEMOR, IPOH PERAK DARUL RIDZUAN
ANJURAN :
PERSATUAN PRASEKOLAH
UNIT K1
PISMP AMBILAN JANUARI 2012

1.0

PENGENALAN
Persatuan didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan.

Lawatan persatuan ini

melibatkan semua guru pelatih yang berjaya memasuki Program Ijazah


Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan program ini adalah
berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
insan guru adalah pembina generasi, pembentuk
kepada masyarakat.

jati diri dan role model

Melalui aktiviti yang dirancang, guru pelatih dapat

mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan


pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan.

Pelaksanaan lawatan persatuan ini lebih menekankan

kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan
situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek,
nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan guru-guru pelatih.

2.0

RASIONAL
Program Lawatan Sambil Belajar ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan
sukatan pembelajaran WAJ3131 - persatuan bagi Kursus Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semasa dalam semester 6 ini.

3.0

TUJUAN
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada guru pelatih
dan pengalaman baru kepada mereka terhadap ilmu pengetahuan mengenai
kurikulum dan pengurusan prasekolah. Lawatan ilmiah ini dianjurkan adalah
untuk memenuhi dan menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (Projek)
sebagai sebahagian daripada aktiviti kurikulum yang berasaskan pendidikan
luar di samping sebagai suatu kaedah untuk meningkatkan minat, persepsi
dan pengetahuan

guru-guru

pelatih terhadap

bidang masing-masing.

Diharapkan lawatan ini dapat memberikan kesedaran yang tinggi dalam


kalangan guru pelatih dalam bidang masing-masing iaitu Pendidikan
Prasekolah.

4.0

OBJEKTIF
4.1

Untuk memenuhi dan menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan


Ilmu (Projek) sebagai sebahagian daripada aktiviti kurikulum yang
berasaskan pendidikan luar (WAJ3131 Kokurikulum - Persatuan).

4.2

Mengenali dan mengetahui dengan lebih dekat tentang kurikulum


prasekolah.

4.3

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap pengurusan


prasekolah.

4.4

Mengenalpasti

dan

berkongsi

strategi-strategi

dan

kemahiran-

kemahiran menjalankan pengajaran dan pembelajaran lebih lancar dan


berkesan.
4.5

Menimba ilmu pengetahuan guru pelatih terhadap pengurusan


prasekolah dan pelaksanaan proses pengajaran serta aktiviti-aktiviti
yang lebih kreatif dan berkesan.

5.0

4.6

Mengetahui tugas-tugas seorang guru cemerlang.

4.7

Mengenali ciri-ciri guru yang inovatif.

4.8

Mengetahui budaya kerja guru cemerlang.

TARIKH
2 OKTOBER 2014 (KHAMIS)

6.0

TEMPAT
Alamat : Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya,
31200 Chemor, Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

7.0

SASARAN

Pelatih PISMP Unit K1

8.0

Persatuan Prasekolah

: 17 Orang ( 4 lelaki, 13 perempuan)

Pensyarah Pembimbing

: 1 Orang

Jumlah

: 18 orang

ALAMAT SURAT MENYURAT


En. Nasaruddin
Pensyarah Pembimbing,
Unit Kokurikulum,,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ,
31150 Hulu Kinta, Perak.
Tel : 05-5331311 sambungan 32.
atau
Shobana a/p Prabhakaran
Setiausaha Persatuan Prasekolah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak ,
31150 Hulu Kinta, Perak.
Tel : 010-4616640

9.0

JAWATANKUASA GURU PELATIH (PERSATUAN)


Jawatankuasa Persatuan Prasekolah Tahun 2014, IPG Kampus Ipoh.

Pengerusi

: Lee Wei Zher

Naib Pengerusi

: Liew Ven Fung

Setiausaha

: Shobana A/P Prabhakaran

Naib Setiausaha

: Nur Arif Shah Bin Ramli

Bendahari

: Fatma Zuhra Bte Abdul Hai

AJK Komunikasi

: Wong Min Yee

AJK Keselamatan

: Okelly Pang Wan Ling

AJK Kebajikan

: Raathigaa A/P Madhavan

AJK Pengangkutan : Gaiyathri A/P Jayagopal


AJK Dokumentasi

: 1) Jumaiah Binti Abdul


2) Muhd Iftitah Bin Mustafa
3) Grace Baun Chien Siew Ming
4) Sumitha A/P Visvanathan

AJK Cenderahati

: 1) Feryn Fanera Jeffery


2) Alice Ngu Li Ging

AJK Makanan

: 1) Lee Phek Mei


2) Tiong Chiong Hung

10.0

ATURCARA PROGRAM
Masa

Aktiviti

7.30 pagi

Berkumpul di garaj

7.45 pagi

Bertolak Ke Petaling Jaya

8.15 pagi

Tiba Di Prasekolah SK Klebang Jaya

8.00 Pagi

Melawat Prasekolah SK Klebang Jaya


Sesi bersoal jawab bersama guru prasekolah (Guru

10:30 Tgh Hari


Cemerlang).

11.0

12.00 Ptg

Dijangka tamat

1.00 Ptg

Rehat /makan tengahari

PENGANGKUTAN
Permohonan perkhidmatan bas daripada pihak IPG Kampus Ipoh bagi tujuan
pengangkutan pelajar ke lokasi program.

12.0

ANGGARAN PEMBELANJAAN
Bil

Perkara

Kuantiti

Anggaran Kos
(RM)

1.

Makan & Minum Pelajar

RM10.00 x 17 pelajar x 1 hari

170.00

2.

Cenderahati

RM10.00 x 4 unit

40

JUMLAH

13.0

SENARAI NAMA PELATIH


Sila rujuk Lampiran 1

210.00

14.0

PENUTUP
Justeru itu, melihat kepada impak yang besar terhadap jiwa dan positif guruguru pelatih hasil daripada lawatan ini, kami mohon pertimbangan dan
sokongan pihak pengurusan IPG Kampus Ipoh agar program ini dapat
dijayakan.

Semoga impak tersebut dapat menyubur dan menyemarakkan

menerusi proses Pengajaran dan Pembelajaran agar mutu Pendidikan


Prasekolah itu sendiri sentiasa maju ke hadapan, terkini dan sentiasa selari
dengan kemajuan negara. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi
pertimbangan yang wajar dan sokongan kepada kami untuk menjayakan
program ini. Segala budi baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh :

(SHOBANA A/P PRABHAKARAN)


Setiausaha Persatuan Prasekolah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disemak oleh :

....................................................
(EN. NASARUDDIN MD RASOL)
Pensyarah Pembimbing,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak.

Disahkan Oleh :

..................................................
(EN MOHD ZULKIPLY BIN MOHD NOR)
Ketua Unit KOKURIKULUM,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak.

Diluluskan Oleh :

(TN. HJ KAMARULIZHAM B. HAZIZI)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak.

You might also like