You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ke- 2

Minggu Praktikum : Minggu 2

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21 Julai HINGGA 25 Julai 2014

Tajuk Jurnal :Masalah Pengajaran Secara Berkumpulan

1. Masalah /Peristiwa:
Saya telah menghadapi masalah pengajaran secara kumpulan di mana masa aktiviti dijalankan bagi
kedua-dua kumpulan adalah tidak setara dan terdapat satu kumpulan yang menyiapkan aktiviti terlalu
awal. Dengan itu, mereka telah bergerak ke sana dank e sini serta mengganggu kumpulan yang lain. Hal ini
memungkinkan menyumbang kepada masalah pengurusan bilik darjah pada minggu yang seterusnya.

2.Analisis
Masalah ini timbul kerana lembaran kerja yang disediakan kepada kumpulan yang tertentu terlalu mudah
dan sedikit, maka mereka menyiapkannya lebih awal daripada yang dirancangkan. Dengan itu, mereka tidak
dapat membuat apa-apa dan telah mengganggu kumpulan lain yang sedang menjalankan aktiviti.
Maka,dapat dirumuskan bahawa masalah utama adalah lembaran kerja yang tidak sesuai diberikan
kepada kanak-kanak.

3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu mengambil kira tahap penguasaan murid dan menyediakan lembaran kerja
berunsurkan pengayaan atau pemulihan berdasarkan tahap mereka.
b) Saya perlu menyediakan lembaran kerja tambahan yang berunsurkan pengayaan atau
pemulihan untuk diberi kepada murid untuk disiapkan dengan melihat keadaan pada hari p&p
dijalankan.
c) Saya perlu merancang cara menyiapkan lembaran kerja yang lebih menarik seperti tampalkan
gambar dan perkataan supaya masa menjalankan lembaran kerja lebih bermakna dan
mencukupi.
d) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.









INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH


4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengajaran secara kumpulan sangat
penting dalam pendidikan pemulihan yang mengutamakan setiap murid yang mengalami masalah dalam
kemahiran berlainan dan mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Sekiranya masalah ini tidak dapat
diatasi pada peringkat awal lagi, maka masa pengajaran dan pembelajaran bagi murid itu akan dibazirkan
dan objektif yang telah dirancang mungkin tidak akan dapat tercapai sepenuhnya.


Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................

You might also like