You are on page 1of 14

CIRI-CIRI WACANA (M4)

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

PENGENALAN
Dalam Tatabahasa Dewan (2008:524) menyatakan suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi ((atau tautan) dan koheren (atau runtutan), terdapat juga ciri-ciri lain yang membantu untuk menghasilkan wacana yang utuh.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

1. Tujuan
Tiap-tiap wacana mesti ada tujuan kerana tujuanlah yang menentukan selenggaran. Kalau tujuan penutur untuk memperoleh maklumat, maka selenggaraan yang timbul ialah ayat tanya, kalau tujuan untuk menyempurnakan sesuatu perbuatan, selenggaran yang terhasil ialah ayat perintah.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

2. Berlandaskan hubungan
Wacana mesti berlandaskan hubungan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan.

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

3. Hubungan srata sosial


Dalam wacana juga harus ditinjau hubungan dan kedudukan penutur dalam masyarakat pada amnya. Hal ini akan menimbulkan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak. Gaya formal misalnya, wujud apabila seseorang murid berhubung dengan guru, pekerja berhubung dengan majikan sementara gaya bersahaja wujud dalam hubungan biasa antara kawankawan. Hubungan ini boleh menimbulkan kesan dialek sosial atay geografis dalam pertuturan. Ia mempunyai bentuk-bentuk ayat, frasa dan kepanjangan yang berlainan.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

4. Unsur susun atur


Wacana haruslah mempunyai ciri unsur susun atur dengan pengertian unsur-unsurnya yang boleh disusun atur mengikut waktu, tempat, keutamaan, sebab, akibat dan sebagainya. Ertinya ayat-ayat itu mesti mempunyai urutan yang berkaitan rapat.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Contoh
Dia belajar bersungguh-sungguh. Dia mendapat kejayaan cemerlang dan diberi hadiah penghargaan. Ayat-ayat ini memperlihatkan hubungan sebab dan akibat dan boleh dianggap sebagai sebuah wacana.

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

5. Mempunyai maklumat baharu


Tiap-tiap ayat dalam sebuah wacana perlu mempunyai satu maklumat baharu yang belum ada dalam ayat sebelumnya. Kerana itu, ayat-ayat yang berupa tautologi, iaitu ayat yang mendukung kebenaran akaliah yang terkandung dalam ayat sebleumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Contoh
Saya bekerja sehari suntuk. Saya bekerja dari awal pagi hingga lewat petang. Ayat-ayat ini tidak boleh dimasukkan ke dalam suatu wacana kerana ayat kedua hanya merupakan tautologi

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

6. Maklumat tidak boleh berlawanan dengan logik akaliah


Wacana juga tidak boleh memasukkan meklumat yang berlawanan dengan logik akaliah, iaitu bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya. Contoh: Semalam saya bekerja sehari suntuk. Semalam saya bekerja sehingga jam 10.00 pagi.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

7.Mempunyai andaian dan inferensi


Wacana mempunyai andaian dan inferensi atau aseri. Informasi asal atau pertama dalam wacana itu disebut andaian dan informasi baru disebut inferensi atau aseri. Dalam tatabahasa tradisional andaian diseut judul dan inferensi disebut komen. Inferensi memberikan penokokan maklumat kepada andaian dan biasanya bahagian ini diberikan tekanan suara yang tinggi.
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Contoh
Baju itu cantik. andaian aseri (judul) (komen) Baju itu biru. andaian aseri Kalau ayat-ayat itu disatukan menjadi Baju biru itu cantik. Cantik menjadi aseri. (Satu ayat biasanya mengandungi satu inferensi atau aseri sahaja)
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Walau bagaimanapun terdapat juga ayat yang tidak mengandungi andaian yang jelas tetapi kita masih boleh menelahnya. Contoh:

Ayat: Jawab soalan ini! Unsur andaian dalam ayat utu tidak ada tetapi kita boleh menduganya, iaitu kamu, awak, engkau atau anda. Seluruh ayat itu adalah informasi baru atau aseri.

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

Sambungan
Di dalamnya terkandung beberapa perkiraan, iaitu: Ada orang yang diperintah Orang yang diperintah itu memahami bahasa Melayu Orang itu berada di suatu tempat yang sama Penutur mengawal keadaan (mempunyai kuasa) Penutur mempunyai ketegasan
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

You might also like