You are on page 1of 48

BMK3043 SENI MENGARANG

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


BMK 3043: SENI MENGARANG

TUGASAN INDIVIDU

ANALISIS KARANGAN PELAJAR DAN ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU (HIKAYAT HANG TUAH).

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NORASHIKIN BINTI ISMAIL

NO. MATRIK D20102043330

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 12

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABU HASSAN BIN ABDUL

TARIKH SERAH: 30 APRIL 2013

BMK3043 SENI MENGARANG


TUGASAN 1 ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0

PENGENALAN OBJEKTIF MENGARANG FEADAH-FAEDAH MENGARANG KARANGAN PELAJAR ANALISIS KARANGAN PELAJAR a. WACANA b. STRATEGI PEMERENGGANAN c. PENDEKATAN EKLEKTIKA d. PENDEKATAN RETORIKA e. STILISTIKA f. TATABAHASA

2 3 3 4

5 6 8 9 11 13 15 16

6.0 7.0 8.0

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

BMK3043 SENI MENGARANG


1.0 PENGENALAN

Definisi Mengarang Perkataan karang berasal daripada pekerjaan menggubah bunga, mereka ukiran atau membuat sesuatu yang cantik. Dari situ dikembangkan maknanya kepada menyusun perkataan dengan aturan yang elok dalam bentuk hal atau cerita supaya dapat dibaca oleh orang lain (Zaba: 1965). Manakala Kamus Dewan (1986) menjelaskan, istilah karangan merujuk kepada gubahan, ciptaan, susunan. Dalam Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) selain perkataan mengarang, istilah yang digunakan unt uk merujuk aktiviti menulis tahap tinggi ialah menyurat, disurat atau persuratan. Ketiga-tiga kosa kata ini banyak digunakan dalam kitab-kitab Melayu klasik berbanding perkataan mengarang. Pada zaman sebelum penjajahan, tulisan Jawi yang berasal daripada abjad Arab digunakan secara meluas dalam semua jenis penulisan karangan. Manakala tulisan Rumi (Romawi) yang berasaskan huruf-huruf Yunani diperkenalkan oleh penjajah dan terus digunapakai sehingga hari ini.

Mengarang merupakan proses menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat pengalaman, perasaan dan maklumat dalam bentuk tulisan yang berhubung dengan diri sendiri, orang lain atau peristiwa. Menurut Raminah Sabran (1985), penulisan ialah penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Don Bryne (1979) pula menyatakan manusia menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang- lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap.

Penulisan merupakan satu keterampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka. Penulisan juga adalah satu pengolahan pemikiran atau sebagai satu proses mekanis yang melibatkan penggunaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan, falsafah dan idealisme. Dengan kata lain, karangan merupakan sebuah wacana, iaitu kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang disusun secara logik dan sistematik serta berkaitan maknanya antara satu dengan yang lain.

BMK3043 SENI MENGARANG


Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010 : 676) mentakfirkan mengarang sebagai mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel dan lain-lain) serta mencipta sajak.

2.0 OBJEKTIF MENGARANG

Mengarang mempunyai objektif dan tujuan yang tertentu.Menurut Anwar al-Jundi, seorang pengarang terkenal kelahiran Mesir, tujuan utama mengarang ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. menulis sesuatu yang baharu memperbaiki sesuatu yang kurang mengemaskini sesuatu yang terpisah memudahkan sesuatu yang rumit membetulkan sesuatu yang salah mempertahankan diri dan keluarga menjawab tuduhan musuh

Pengarang sebagai orang yang bertanggungjawab dalam merangka, menyusun dan menyiapkan sesebuah teks. Peranan dan tanggungjawab seorang penulis cukup besar dan berat. Tujuan penulisan pada peringkat pengajian tinggi adalah untuk menyampaikan maklumat, menjelaskan sesuatu idea dan menyatakan hujah. Ketiga- tiga tujuan ini merupakan teras dalam semua bentuk penulisan. Tujuan utama sesuatu teks ditulis adalah untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pembaca.

3.0

FEADAH-FAEDAH MENGARANG

Apabila seseorang mengarang, ia akan dapat beberapa faedah. Antaranya ialah: i. Dengan menulis kita dapat mengembangkan berbagai-bagai idea atau gagasan. Oleh itu kita terpaksa bertaakul dan bernalar; fakta-fakta serta isi hujahan dihubungkan dan dibandingkan. Hal ini mungkin tidak akan kita lakukan jika kita tidak menulis.

ii. Kegiatan menulis memaksa kita banyak mencari, mengkaji, menyerap dan menguasai maklumat yang berkaitan tajuk atau mauduk yang hendak ditulis. Dengan demikian, menulis

BMK3043 SENI MENGARANG


memperluas dan memperdalam wawasan kita secara teoretis dan empiris tentang tajuk atau fakta yang kita paparkan.

iii. Kegiatan menulis yang terancang akan membiasakan kita berfikir serta berbahasa secara tertib. Ketertiban berfikir dan berbahasa sebenarnya menjadi cerminan keintelektualan seseorang.

iv. Dengan menulis kita akan dapat mengetahui kemampuan dan potensi diri. Untuk menulis dan mengembangkan sesuatu tajuk, kita terpaksa berfikir, menggali pengetahuan dan pengalaman yang kadangkala tersimpan dalam minda bawah sedar kita.

v. Keupayaan menulis dengan baik dan berkesan ialah suatu pencapaian yang harus diperolehi oleh golongan berpendidikan lebih-lebih lagi oleh golongan yang bergelar mahasiswa. Melalui kegiatan menulis dapat kita tunjukkan bahawa kita telah mencapai dan menguasai suatu tahap kemahiran menulis yang sewajarnya.

vi. Pendidikan formal yang kita lalui menekankan soal penerimaan ilmu dan maklumat yang bermakna. Soal ini memerlukan kemahiran dan kecekapan menulis. Kecekapan menulis bertalian erat dengan kecekapan berfikir, menyusun dan menyampaikan buah fikiran dengan baik. Dengan kata lain, penulis yang baik sebenarnya ialah pemikir. Pemikir dapat menjadi ahli profesional yang baik. Hal inilah merupakan ciri penting orang yang berpendidikan.

4.0

KARANGAN PELAJAR

Dalam tugasan BMK 3043 Seni Mengarang, saya akan menganalisis lima buah karangan pelajar Tahun Enam Jauhari Sekolah Kebangsaan Sri Rengit, Rengit, Batu Pahat, jenis fakta yang berbeza tajuknya. Saya akan menganalisis setiap satu karangan pelajar ini dari segi Wacana, Strategi Pemerengganan, Pendekatan Eklektika, Pendekatan Retorika, Stilistika, dan Tatabahasa. Nama pelajar tersebut dengan tajuk karangannya ialah

I II

Nur Anis Nazihah binti Zuraimi Zeti Balqis binti Md Yazid

Cara Membalas Jasa Ibu Bapa Faedah Kokurikulum Kepada Pelajar

BMK3043 SENI MENGARANG


III Sahidah Ayuni binti Mohd Halidi Faedah Membawa Bekal Kepada Pelajar IV V Munawar Asyraff bin Mustafa Nur Hafizah binti Md Hanafi Kebaikan Komputer Kepada Pelajar Kebaikan Komputer Kepada Pelajar

5.0

ANALISIS KARANGAN PELAJAR

a. Wacana

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Lakoff, 1970: 151-271). Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat.

Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian kalimat atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan dan dapat bersifat transaksional atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai proses komunikasi antara penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan, wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis.

Karangan yang baik ialah yang mempunyai isi yang tersusun, koheren serta bertepatan dengan tajuk. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka sudah tentu karangan itu menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Selain itu, penanda wacana bertujuan mempertautkan dari segi struktur dalam bentuk maklumat baharu atau maklumat lama dalam sesuatu wacana.

BMK3043 SENI MENGARANG


Memang banyak penanda wacana yang boleh digunakan dalam menulis sesebuah karangan yangh baik dan menarik. Bagi kelima-lima pelajar yang saya kaji mereka telah menggunakan penanda wacana yang menarik. Apa yang jelas dan nyata penanda wacana ini digunakan untuk mempertautkan antara perenggan dengan perenggan yang lain.Penanda wacana yang popular digunakan oleh mereka ialah selain dari itu , kemudian, seterusnya dan akhir sekali. Apa yang dapat saya simpulkan di sini, penanda-penanda wacana ini seolah-olah sudah dirancang dan dihafal oleh pelajar sepertimana yang diajar oleh guru di dalam kelas.

b. Strategi Pemerengganan

Perenggan ditakrifkan oleh kamus dewan (1994) sebagai bahagian daripada muka atau bab dalam buku, rencana yang terdiri daripada beberapa baris atau paragraph. Perenggan merupakan unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu dengan yang lainnya mempunyai hubungan dari segi makna dan tatabahasa. Manakala Fowler (1970) menyatakan perenggan ialah sebuah kotak kecil ayat-ayat yang membina bentuk dan pada masa yang sama juga berfungsi sebagai sebahagian daripada keseluruhan penulisan. Ringkasnya perenggan merupakan sekelompok karangan pendek yang mengandungi struktur ayat yang bervariasi.

Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan yang bermutu ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencukupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami. Selain itu, sebuah perenggan yang berkesan ialah perengan yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Bagi kelima-lima pelajar yang saya kaji ini semuanya menghasilkan karangan dengan mempunyai perenggan utama iaitu ada Perenggan Pengenalan, Perenggan Pengembang dan Perenggan Penutup.

Bagi setiap pelajar yang dikaji ini, didapati semuanya ada mempunyai perenggan pengenalan. Perenggan pengenalan mempunyai fungsi tarikan yang penting kerana ia akan menentukan sama ada pembaca berminat untuk meneruskan pembacaan atau tidak. Selain itu

BMK3043 SENI MENGARANG


perenggan pengenalan mesti menggambarkan tajuk karangan dan pernyataan penulis tentang tujuan penulisannya. Pengenalan yang menarik akan mengundang minat pembaca untuk menelaah karangan sehingga tamat. Purata ayat setiap pelajar ini dalam perenggan pengenalan adalah satu hingga tiga ayat. Ayat dalam perenggan ini membawa pembaca untuk mengetahui apa yang akan ditulis oleh pelajar pada perenggan yang berikutnya. Kebanyakan karangan pelajar dalam Perenggan pengenalan ini menggunakan teknik kutipan, peribahasa dan anekdot.

Bagi perenggan pengembang pula purata pelajar menulis lima perenggan yang mana setiap perenggan pengembang ini mempunyai satui isi atau idea utama. Setiap perenggannya juga ditulis tentang mengemukakan inti persoalan dengan sedikit huraian yang padat dan ringkas dan disertakan dengan ilustrasi dan contoh yang bersesuaian. Antara perenggan pengembang ini pelajar gabungkan atau cantumkan dengan penanda wacana yang tersusun dan agak menarik. .

Namun dalam perenggan pengembang ini purata pelajar hanya menulis dua hingga tiga ayat dan digarap dengan kata hubung dan kata sendi supaya menjadi ayat majmuk yang menarik. Setiap perenggan pelajar akan mengemukakan satu idea atau ayat topik dengan disertakan bukti yang sahih seperti fakta, deskripsi fizikal dan berdasarkan pengalaman pelajar sendiri. Ini dapat dibuktikan contoh-contoh yang diberikan banyak berkisar kepada kehidupan pelajar. Pelajar akan mengemukakan tiga contoh setiap ayat topik yang dihurai.

Mengkaji perenggan penutup, saya dapati setiap pelajar ada menuliskan perenggan penutup ini dengan jelas dengan membuat kesimpulan karangan keseluruhan.sebenarnya perenggan penutup berbeza dengan perenggan lain kerana fungsinya menyimpulkan buah fikiran dalam satu dua perenggan sahaja.

Selain itu, perenggan penutup merupakan kesimpulan bagi seluruh isi karangan. Perenggan ini juga merupakan pernyataan kembali maksud penulis dengan tujuan mengejapkan kefahaman pembaca. Perkataan pertama setiap pelajar pada perenggan penutup ini ialah bermula dengan perkataan Jelaslah dari keterangan di atas bahawa .. Kemungkinan klausa ini di ajar dan diminta oleh guru tersebut untuk dihafal supaya ayatnya nampak tersusun dan menarik. Dalam perenggan penutup ini juga pelajar akan mengambil

BMK3043 SENI MENGARANG


sedikit ayat daripada soalan. Ada juga pelajar yang memasukkan peribahasa seperti Adik Zeti Balqis. Pelajar ini telah memasukkan peribahasa Bersatu Kita Teguh, Betrcerai Kita Roboh. Namun, saya dapati peribahasa ini agak kurang tepat dengan pokok persoalan yang dibincangkan. Selain itu, kelima-lima karangan pelajar yang saya kaji telah menggunakan perenggan deduktif iaitu bermula dengan ayat topik yang mendukung idea utama dikemukakan pada bahagian awal perenggan. Sementara ayat-ayat penyangga yang mendukung isi atau idea sokongan sama ada berbentuk penjelasan ataupun pembuktian dikemudiankan.

Dapat disimpulkan bahawa strategi pemerengganan pelajar yang dikaji ini menggunakan teknik penyenaraian pada keseluruhannya dan dapat memberi nilai judgement oleh penulis agar pembaca berasa puas hati terhadap hujah-hujah pengarang.

c. Pendekatan Eklektika

Dalam pendekatan eklektika ini terdapat empat kaedah yang boleh digunakan dalam penulisan sama ada yang bercorak ilmiah, semi ilmiah atau penulisan popular iaitu pendekatan proses, pendekatan model, pendekatan metafizika, dan pendekatan pengalaman dan pendekatan epistemik.

Daripada kelima-lima karangan yang dikaji ini, didapati kesemuanya dapat mengeluarkan idea dengan segala bentuk maklumat dan fakta dengan baik. Namun isi dan idea utama tidak dihurai dengan lebih luas dan menarik. Setiap karangan yang dikaji juga mempunyai gaya yang agak sama. Ini adalah kemungkinan guru meminta muridnya supaya mengikut gaya dan kaedah penulisannya. Walaupun struktur ayatnya berbeza namun akhirnyua mereka menuju kearah yang sama dari segi lenggok dan gaya bahasa.

Melalui pendekatan metafizika , kelima-lima karangan ini ada diselitkan unsur ini. Lebihlebih lagi melalui karangan bertajuk Cara membalas Jasa kedua Ibu Bapa , pelajar dengan bersahaja membawa dirinya ke dalam penulisannya melalui motivasi dan isi yang

diterjemahkan dengan baik. Banyak idea di dalamnya menceritakan dan memberi motivasi kepada pembaca. Perkara ini lebih menarik lagi kerana pelajar ini mengeluarkan pendapatnya

BMK3043 SENI MENGARANG


melalui penulisan berdasarkan pengalaman dirinya, kaum keluarganya mahupun masyarakat sekitar. Secara tidak langsung akan dapat menanamkan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada penulis dan pembaca. Daripadanya sudah pasti pembaca akan terpanggil untuk menggambarkan fenomena alam atau situasi tersebut. Bagi pendekatan pengalaman, pelajar yang menulis tajuk Faedah Membawa Bekal ke Sekolah lebih menonjol penulisannya. Ini disebabkan pengalaman pelajar akan menjadikan dirinya lebih peka dan sensitif terhadap isu-isu yang berkaitan dengannya. Sudah tentu pengalaman ini dapat member inspirasi dan aspirasi untunya menulis. Menerusi kemahiran bahasa yang ada padanya sesuatu pengalaman itu dapat digambarkan dengan lebih jelas, padat dan hidup. Manakala pemikiran akan memungkinkannya melahirkan idea-idea yang kreatif dan analisis.

Namun, saya terpaksa memahami masih banyak ayat dan perkataan yang boleh digarap untuk menghasilkan karangan yang lebih baik. Sebagai pengkaji dan pembaca kita akan tahu maksud sebenar apa yang hendak disampaikan oleh penulis ini. Namun mungkin faktor masih terdapat kelemahan perbendaharaan kata menyebabkan karangan-karangan pelajar ini kuranag mengembang huraiannya.

Satu lagi pendekatan eklektika ialah epistemik. Pendekatan ini mendedahkan pembaca bagaimana untuk menghasilkan karangan yang lebih bersistematik dan mempunyai nilai-nilai kesahihan yang boleh dipercayai. Dengan erti kata lain pendekatan ini lebih membawa pembaca ke alam ilmiah.

Maka itu, dari kelima-lima karangan ini saya didapati semuanya mempunyhai elemen ini. Apa tidaknya , kesemua tajuknya adalah berbentuk fakta , dan nyata. Sudah pasti pelajar ini tidak akan memberikan isi dan idea yang fantasi. Sudah pasti menyalahi tajuk dan kehendak persoalan.

d. Pendekatan Retorika

Secara umumnya terdapat beberapa pendekatan dalam penulisan. Pendekatan-pendekatan ini bertujuan memberi arah dan garis panduan yang khusus kepada penulis dan instruktor,

BMK3043 SENI MENGARANG


bagaimana cara terbaik sesuatu penulisan itu dapat dihasilkan. Antara pendekatan itu ialah Pendekatan Retorika. Retorik ialah teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang betul,selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea. Menurut Kamus Dewan (1996: 1135), retorik ialah seni penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar. Justeru, ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca. Pendekatan Retorika terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. Pemujukan menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Penerangan ialah memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. Penceritaan merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan. Pendedahan, retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan. Penghujahan juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat akademik.

Pendekatan Retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting sesuatu penulisan. Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak kepada inputinput bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logikal serta kemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini dirangkumkan dalam perenggan-perenggan penulisan. Kesannya, pembaca akan dapat memahami dan menghayati apa yang hendak disampaikan oleh penulis sekali gus memberikan kesan yang mendalam terhadap emosi dan tindakan pembaca. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan tergantung kepada bentuk penulisan, motif penulis dan khalayak pembacanya.

Dalam kajian saya terhadap lima buah karangan lima orang pelajar ini, didapati ada seorang pelajar yang memasukkan unsur pemerian iaitu yang menulis tajuk Cara Membalas Jasa Kedua Ibu Bapa. Pelajar ini mengajak pembaca agar sama-sama

10

BMK3043 SENI MENGARANG


menghayati tentang setiap insan di dunia ini mempunyai ibu dan bapa dan tanpa kedua ibu dan bapa kita tidak akan dapat melihat bintang dan matahari. Ayat ini benar-benar memberi kesan dan emosi kepada kita sebagai pembaca. Penulis ini sebenarnya ingin membawa pembaca bersama-sama menyelami dan menghayati betapa besarnya jasa, peranan dan tanggung jawab ibu dan bapa. Bagi empat lagi pelajar, mereka tidak memasukkan unsur pemerian ini.

Dalam pendekatan ini juga saya dapati ada juga pelajar yang menggunakan unsur pemujukan. Misalnya Adik Nur Anis Nazihah dalam perenggan pengembang telah menulis ayat Kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan dengan belajar bersungguhsungguh untuk berjaya dalam peperiksan bagi membalas jasa ibu dan bapa. Ayat ini sebenarnya meminta dan memujuk pembaca bersama-sama berusaha untuk mengecapi kejayaan yang diharapkan dengan melakukan usaha yang bersungguh-sunguh.

Melalui unsur pendedahan, saya dapati pelajar-pelajar ada menyelitkan perkara ini. Misalnya melalui tajuk Kepentingan Komputer Kepada Pelajar, pelajar ini ada mendedahkan suatu pendapat dan maklumat dan pandangan iaitu dengan adanya komputer, pelajar akan dapat mencari pelbagai maklumat yang diperlukan melalui internet seperti Kaijan Tempatan, Sejarah dan Sains. Di sini pelajar telah berjaya membuat satu pendedahan kepada pembaca bahawa untuk mencari maklumat atau informasi yang diperlukan, salah satu caranya ialah dengan mengakses internet. Bagi pembaca, sudah pasti perkara ini membri maklumat berguna apabila menghadapi kesulitan mencari sesuatu informasi.

Ada juga antara pelajar ini menyelitkan unsur penghujahan. Misalnya melalui karangan Adik Sahidah Ayuni ada menyatakan bahawa dengan membawa bekalan

makanan ke sekolah sudah pasti akan dapat menjimatkan wang pelajar kerana tidak perlu berbelanja dengan mengeluarkan wang sakunya. Bagi ayat ini pelajar telah berjaya memberi hujah yang tepat dan jitu untuk menyokong huraian ideannya.

Melalui pendekatan Retorika ini juga pelajar ada menyelitkan unsur penerangan. Misalnya melalui tajuk komputer. Pelajar ini menulis dan menerangkan melalui komputer kita akan mudah untuk mencari bahan-bahan untuk pembelajaran seperti melalui bank-bank

11

BMK3043 SENI MENGARANG


soalan, Zoom A, dan sebagainya. Secara tidak langsung akan memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran. Di sini pelajar ini telah menerangkan kepada pembaca sekiranya ingin mencari bahan-bahan pembelajaran, bolehlah mengakses internet.

e. Stilistika

Stilistika merupakaan salah satu ranting dalam ilmu retorika. Strategi stilistika lazimnya diaplikasikan dalam penulisan popular seperti dalam media massa atau dalam penulisaan kreatif. Stilistika berkait rapat dengan gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa supaya tampak menarik bahkan maknanya juga akan lebih mudah difahami dan lebih member kesan kepada pembaca. Hashim Awang (1987) dalam bukunya menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan.

Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya. Tanpa stilistika sesuatu karangan itu kelihatan stereotaip, kaku dan mendatar. Pendek kata ilmu stilistika bertyujuan melenturkan bahasa mengikut kehendak pengarang selari dengan maksud yang hendak disampaikan.

Dalam kelima-lima buah karangan yang saya kaji ini didapati juga pelajar-pelajar dapat mengutarakan serta menterjemahkan cirri-ciri stilistika. Misalnya bagi pelajar yang mengulas tajuk Faedah Kokurikulum Kepada Pelajar dapat menyatakan sesuatu fakta dan huraian dengan tepat tentang kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar. Pelajar juag turut menyelitkan ciri kesantunan lebih-lebih lagi pelajar yang membuat tajuk cara Membalasa Jasa ibu dan bapa. Dalam karangan ini pelajar dapat menyatakan dengan memberikan penghargaan yang amat bermakna buat ayah dan ibu dan menghurai bagaimana cara kita untuk menggembira serta membalas jasa ibu dan bapa. Pelajar ini dengan bersahaja membawa pembaca mewujudkan sama-sama rasa nikmat dan kasih-sayang yang boleh dikongsi bersama kepada pembaca.

Pelajar juga dapat menampilkan kejelasan dalam ciri stilistika dalam karangannya. Misalnya Adik Sahidah Ayuni telah menjelaskan pendapatnya dalam menghurai idea dengan memasukkan unsur peribahasa melalui idea membawa bekal ke sekolah akan dapat

12

BMK3043 SENI MENGARANG


menjimatkan wang saku kita. Bak kata pepatah Beringat Sebelum Kena, berjimat Sebelum Habis. Sebagai seorang pelajar sekolah rendah, dapat mengungkap dan memasukkan peribahasa dalam karangannya satu perkembangan yang baik dan menarik.

Namun sebagai pelajar sekolah rendah, saya dapati mereka terikat dan terikut-ikut rentak dan gaya bahasa sifunya kerana rata-rata didapati gaya bahasa dan corak serta pembentukan ayatnya agak sama dan stereotaip. Gaya bahasanya agak moden dan mengikut edaran semasa. Medium atau wahana menggunakan gaya ilmiah dan popular iaitu dengan ayat dan bahasa media massa perdana semasa. Gaya bahasanya adalah gaya diplomasi iaitu setiap ayat dan idea yang ditulis oleh pelajar mempunyai maksud dan tujuan untuk disampaikan kepada pembaca.

f. Tatabahasa

Tatabahasa merupakan faktor utama yang mempengaruhi nilai dan keberkesanan serta kualiti sesebuah karangan. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa ayat merupakan unit bahasa yang paling asas dalam penulisan sesebuah karangan.oleh itu , penting sekali penulis menguasai selok-belok pembentukan ayat. Sehubungan dengan itu, tentulah unit-unit bahasa seperti di bawah mesti dikuasai oleh seseorang penulis khususnya yang berkaitan dengan pembentukan kata.

Antaranya ialah penulis dapat membezakan denotasi dan konotasi, dapat membezakan antara kata-kata yang maknanya hampir sinonim, dapat membezakan kata-kata yang hamper mirip dengan ejaannya, dapat memahami dengan tepat makna kata-kata abstrak, dapat

menggunakan kata hubung yang berpasangan dengan tepat, dapat membezakan perkataan yang umum dan perkataan yang khusus, dapat membezakan kata yang baku dan kata yang dialek, dapat membezakan kata yang estetik dan bukan estetik dan dapat menggunakan bahasa yang berunsur agama dengan tepat.Sebenarnya ayat yang berkesan menjadi asas kepada karangan yang berkesan iaitu ayat yang mampu melukiskan gagasan atau perasaan penulis secara berkesan.

13

BMK3043 SENI MENGARANG


Dalam kelima-kelima karangan yang saya kaji, didapati penguasaan pelajar untuk menguasai ayat masih di tahap yang rendah lebih-lebih lagi sekiranya tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada gurunya. Contohynya bagi idea ini , Banyak faedah yang pelajar perolehi daripada kebaikan komputer kepada pelajar. Antaranya dapat menambah ilmu pengetahuan dan bermacam-macam seperti Matematik , Sains dan Bahasa Melayu. Didapati pelajar ini dalam satu ayat terdapat pengulangan perkataan pelajar. Ini akan mencacatkan karangan pelajar ini kerana tidak dapat menggunakan bahasa yang tepat dan mudah. Namun ada juga pelajar yang pandai dan dapat menggunakan kata-kata yang berunsur agama seperti karangan Adik Nur Anis Nazihah iaitu Paling penting ialah kita sentiasa mendoakan ibu dan bapa sama ada mereka masih hidup atau sebaliknya.

Dari segi laras bahasa saya dapati karangan pelajar-pelajar ini ada dimasukkan pelbagai laras bahasa seperti laras umum iaitu pelajar-pelajar ini menggunakan ayat-ayat yang

berstruktur mudah dan tidak banyak menggunakan kata-kata pinjaman yang banyak. Laras agama seperti perkataan mendoakan dan, laras kreatif iaitu penggunaan peribahasa dan cogankata. Antaranya yang boleh kita temui Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh, Beringat Sebelum kena, Berjimat Sebelum Habis dan cogankata Badan Cergas, Otak Cerdas.

Dalam tatabahasa sesebuah karangan, satu lagi aspek yang paling penting ialah penggunaan tanda bacaan kerana tanda bacaan menjadi penentu mutu sesebuah karangan terutamanya penulisan ilmiah. Tanda bacaan ini menjadi tatacara atau peraturan untuk membantu penuluis menyusun frasa dan klausa bersesuaian dengan idea-idea yang hendak disampaikan dengan betul. Contohnya penulis boleh menggunakan tanda noktah bagi mengakhiri sesuatu idea atau persoalan, menggunakan tanda petik untuk menandakan memisahkan antara idea dengan idea lain. Tanda bacaan juga sebenarnya berperanan besar dalam membantu menyampaikan rasa, perasaan, sikap, emosi di samping menentukan kejelasan, ketepatan dan penegasan dalam sesuatu idea atau topik.

Bagi kelima-lima karangan yang dikaji , sudah tentu penggunaan tanda noktah menjadi tunjang utamanya terutamanya untuk menjelaskan sesuatu fakta. Misalnya Kegiatan

14

BMK3043 SENI MENGARANG


kokurikulum ini dapat membentuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar. Ayat ini jelas dan tepat. Tidak terjumpa dalam karangan pelajar ini perkataan yang menggunakan kependekan nama.

Penggunaan tanda koma banyak ditemui lebih lebih lagi selepas menulis penanda wacana dan menghurai tentang contoh. Misalnya, Seterusnya, kegiatan ini dapat .. Selain itu, penggunaan tanda petik boleh juga ditemui dalam karangan pelajar ini terutama apabila memasukkan cogankata atau peribahasa. Penggunaan tanda sempang juga ada digunakan seperti perkara-perkara, adik-adik dan hari-hari.

6.0

KESIMPULAN

Setelah mengkaji dan membuat analisis karangan pelajar dapatlah disimpulkan bahawa tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah (KBSR) secara amnya adalah untuk membentuk dan melahirkan murid-murid yang dapat mengolah pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu idea dalam bentuk karangan. Selain itu, aktiviti mengarang di sekolah juga dirangka sejajar dengan falsafah Pendidikan Negara.

Sebenarnya karangan di sekolah rendah ini dapat melatih murid-murid melahirkan idea, menghujah serta dapat mengembangkannya. Karangan ini juga akan dapat membantu pelajar mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul. Di samping itu, pelajar akan dilatih dan dibentuk menggunakan pelbagai jenis gaya bahasa dalam penulisannya.

15

BMK3043 SENI MENGARANG


7.0 BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Dr Abu Hassan Abdul, phD, Dr Abd Rashid Md. Idris, phD, Modul Seni Mengarang (2012). Pusat Pendidikanluar University Pendididkan Sultan Idris, Tanjung Malaim, Perak Darul Ridzuan.

Raminah Hj Sabran, Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, 1985, UniversityTekbologi Malaysia.

Dr Abu Hassan Abdul, phD, Dr Abd Rashid Md. Idris, phD, Modul Seni Mengarang (2012). Pusat Pendidikan luar University Pendididkan Sultan Idris, Tanjung Malaim, Perak Darul Ridzuan.

Awang Sariyan (1992) Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur . Menara Ilmu Sdn Bhd. Awang Sariyan (2006) . Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Henry Guntur Tarigan (1986) Menulis Sebagai Satu Keterampilan Berbahasa. Bandung. Penerbit Angka

Sulaiman Masri et. Al. (2007) Bahasa Melayu ; Rujukan Menengahj. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Wacana Akademik Bahasa Melayu (2011). Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Falkulti Bahasa dan Komunikasi, University Pendididkan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Abdul Aziz Abdul Rahman, Masuri Ahmad, STPM Teks-U; Bahasa Malaysia Kertas 910/1 dan 910/2, Kuala Lumpur.

Kamaruddin Haji Husin, ( 1995 ), Laras Bahasa, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

16

BMK3043 SENI MENGARANG


Marzukhi Nyak Abdullah, ( 1994 ), Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Siti Hajar Abdul Aziz, ( 2011 ), Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.

17

BMK3043 SENI MENGARANG


LAMPIRAN

18

BMK3043 SENI MENGARANG

19

BMK3043 SENI MENGARANG

20

BMK3043 SENI MENGARANG

21

BMK3043 SENI MENGARANG

22

BMK3043 SENI MENGARANG

23

BMK3043 SENI MENGARANG

24

BMK3043 SENI MENGARANG

25

BMK3043 SENI MENGARANG

26

BMK3043 SENI MENGARANG


TUGASAN 2
ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 2.0 3.0

PENDAHULUAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK GAYA BAHASA ASPEK BAHASA DAN TULISAN DALAM HIKAYAT HANG TUAH PENGULANGAN PERKATAAN PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT PENGGUNAAN KOSA KATA KLASIK PENGGUNAAN BAHASA ISTANA PENGGUNAAN AYAT YANG PANJANG, BERULANG-ULANG DAN BERBELIT-BELIT PENGGUNAAN PERIBAHASA DAN PANTUN

28 28

30 34 36 37 37

38 41

4.0

RAGAM BAHASA BAHASA KIASAN BAHASA PERTENTANGAN BAHASA SINDIRAN BAHASA HIPERBOLA 42 42 43 44 45 45 46

5.0 6.0 7.0

STRATEGI PEMERENGGANAN HIKAYAT HANG TUAH KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

27

BMK3043 SENI MENGARANG


1.0 PENDAHULUAN

Hampir setiap bangsa di dunia ini melahirkan karya epik masing-masing. Orang India melahirkan Ramayana dan Mahabharata , orang Greek melahirkan Beowulf , bangsa Sepanyol melahirkan Cid, dan bangsa Findland melahirkan kalavala. Dalam masyarakat Melayu, epik yang terkenal ialah Hikayat HangTuah. Dalam meletakkan kedudukan karya Hikayat hang Tuah di sisi kesusasteraan Melayu, ramai pengkaji menimbulkan berbagai-bagai kontroversi mengenai kedudukan sebenar karya ini. Seorang pengkaji, Kassim Ahmad yang pernah membuat kajian mengenai teks ini, meletakkan kedudukan Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah karya epik. Alasan yang dikemukakan oleh beliau ialah bahawa watak Hang Tuah itu bukan m e r u p a k a n w a t a k manusia biasa, melainkan sebagai lambang kepada bangsa Melayu iaitu lambang kemegahan, kegagahan, kebesaran, kesetiaan, kejayaan dan

kemasyhuran kepada bangsa Melayu pada zaman keagungan kerajaan Melayu iaitu kerajaan Melayu Melaka. Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrifkan sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur kebangsaan. Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17, terkemudian daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Selain Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai sebuah karya sastera Melayu yang terindah

2.0

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK

Perkembangan bahasa Melayu Klasik seharusnya dikaitkan dengan perkembangan karya sastera. Ini bererti perkembangan itu bermula dari zaman sastera lisan. Dalam pengucapan sastera tersebut, penuturnya tetap menggunakan bahasa sebagai pengantaranya. Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa pada masa lampau merupakan gambaran yang jelas mengenai sejarah silam bangsa itu. Kekayaan kebudayaannya, sejarahnya, keperibadian bangsanya terdapat dalam naskhah Melayu lama.

28

BMK3043 SENI MENGARANG


Sejarah telah membuktikan kewujudan Negara Melayu tua Sri Wijaya yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu cukup lama digunakan sebagai bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu. S e t e l a h perkembangan kesusasteraan Melayu di Melaka, jatuhn ya Acheh pusat telah

mengambil alih pusat tersebut dan me njadikannya sebagai pusat tumpuan para alim ulamadari seluruh kepulauan Melayu. Dalam tulisan pengembara seperti Marco Polo dan ibn Batuta dapat disimpulkan bahawa akhir abad ke -13 adalah permulaan Islam mendapat tempat diAlam Melayu. Dengan ini pengaruh Hindu mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke 4 abad ke-15. Nyatalah bahawa Islam tidak bertindak drastik dalam menghapuskan pengaruh Hindu di rantau ini. Islam mula bertapak di bandar bandar dan pelabuhan kerana di situ menjadi tumpuan orang ramai dan para pedagang. Islam berkembang di rantau ini bukan sahaja sebagai satu agama tetapi sebagai satu peradaban yang memberi unsur dan pandangan baru kepada masyarakat Melayu. Sehingga kini kita tidak mengetahui siapakah pengarang Hikayat Hang Tuah yang merupakan sebuah cerita dalam kesusasteraan Melayu lama yang paling panjang ini (lebih kurang 146,000 perkataan).

Menurut Kassim Ahmad dalam bahagian pengenalan buku Hikayat Hang Tuah yang telah diselenggarakan dan diberikan pengenalan baru oleh beliau, Rasanya tidak ada kemungkinan pengarang hikayat ini akan diketahui. Kalaupun pada satu hari kita bernasib baik lalu bertemu dengan naskhah asalnya tetapi nama pengarangnya tidak mungkin akan tercatat di situ.

Perihal karangan-karangan tidak diberi nama pengarangnya memang umum dan terkenal dalam kesusasteraan lama. Menurut Kassim Tuhfat al-Nafis yang bercorak sejarah dan diketahui pengarangnya. Sejarah adalah karangan berat , sementara hikayat hanya untuk menyedapkan hati pembaca atau seperti kata penyalin naskhah Leiden supaya sukacitalah segala yang mendengar dia cerita ini. Mengikut satu sumber iaitu The Encylopaedia of Islam , ( jilid 11 ) menyatakan bahawa di dalam Islam cerita-cerita yang peranannya semata-mata untuk menghibur dipandang rendah. Peranan menghibur hanya dilakukan oleh Pak Lawak. Sesuatu karangan akan dipandang tinggi hanya kalau ada maksud untuk memberi pengajaran kepada

29

BMK3043 SENI MENGARANG


pembaca.Oleh itu pengarang yang menulis untuk menyedapkan hati pembaca, seperti pengarang hikayat, enggan mengakui ciptaan -ciptaan mereka.

3.0

GAYA BAHASA

Aspek Bahasa Dan Tulisan Dalam Hikayat Hang Tuah

Sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini ialah sistem ejaan jawiAspek bahasa Bahasa dalam Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah hasil sastera lama memang terpelihara. K a t a M . G . E m e i s , d a l a m B u n g a R a m p a i S a s t e r a K u n o , H i k a y a t i n i d i c e r i t a k a n d a l a m bahasa Melayu yang hidup, yang bersemangat, yang jauh lebih baik dari roman sejati. Dalam usaha untuk menjadikan hikayat ini magnum opus (karya agung) dalam kesusateraan Melayu yang diminati oleh pembaca Melayu zaman berzaman, penulis telah memasukkan unsur -unsur sensasi yang berdaya menarik minat pembaca.

Khayalak pembaca atau pendengar amat berminat dengan kisah-kisah yang berupa sejarah, cerita mitos, lagenda, cerita rakyat d a n c e r i t a p e n g l i p u r lara. Kisah-kisah ini disampaikan secara menarik melalui

d i a l o g , hiperbola, unsur anachronism, wasia, waad atau sumpah setia dalam bentuk surat kiriman, perlakuan watak seperti monolog, interior -monolog dalam gambaran suspen, imbas-depan dan mimpi. Semua unsur-unsur ini digarap dalam gaya bahasa yang indah menerusi elemen-elemen bahasa seperti simile, metafora, personafikasi dan pengulangan cerita pada fenomenayang sama.

Di dalam karya-karya Melayu silam, unsur hiperbola amat diminati kerana ia bertujuan m e m b e s a r - b e s a r k a n s e s u a t u y a n g k e c i l . S e b a b i t u pengarang sengaja menjadikan a i r secawan dilautkan, tanah sekepal digunungkan. Misalnya, Hang Jebat menikam hulubalang istana seramai 700 orang. Semasa Hang Tuah di Majapahit, dia dan sahabatnya terpaksa berlawan dengan perajurit dari pralente Jawa yang ramai jumlahnya. Jumlah yang disebutkan p e n g a r a n g itu tidak logik kerana terlalu ramai dibandingkan dengan ramai

p e n d u d u k sesebuah negeri. Dalam perlukisan watak-wataknya, pengarang memasukkan

30

BMK3043 SENI MENGARANG


unsur-unsur perwatakan dengan amat berkesan seperti unsur interior-monolog,

contohnya, M a k a S e r i B e t a r a p u n f i k i r d a l a m h a t i n y a , t e r l a l u s e k a l i i n g a t n y a o r a n g e n a m ini.

Demikianlah hendaknya orang yang disuruh oleh tuannya seperti telur sepeti, pecah sebuah pecah semuanya. U n s u r i n i b e r b e z a d a r i p a d a u n s u r m o n o l o g k e r a n a i a f i k i r a n d i d a l a m h a t i y a n g t i d a k diucapkan. Unsur-unsur tersebut telah digarap melalui watak oleh pengarang dengan licin dan meyakinkan. Pengarang Hikayat Hang Tuah ialah seorang yang bijak menggunakan bahasa. Segala aspek daripada elemen-elemen bahasa telah digunakan dengan sempurna dalam karyanya ini. Dia menggunakan unsur simile seperti terlalu am arah seperti ular berbelitbelit. Seorang perempuan terlalu elok rupanya dan warna wajahnya seperti emas sepuluh mutu, warna mukanya seperti bulan purnama empat belas hari bulan . ( h a l a m a n 1 0 ) . U n s u r s i m i l e b u k a n s a h a j a i n d a h t e t a p i t e p a t perbandingannya. Pengarang juga menggunakan metafora seperti burung terbang lakunya. Memakai dastar bunga dikarang gajah gemulong. Unsur ini memperindah gaya karangan yang sememangnya terlalu indah itu. Selain itu pengarang juga menggunakan unsur personafikasi yang dapat menghidupkan atau memberi sifat-sifat manusia pada objek-objek bukan manusia seperti buah-buah berkata: Ambillah aku, aku baik, manis daripadanya. Peristiwa ini berlaku ketika Hang Tuah dan rakan-rakannya pergi ke Gunung Wirana Pura hendak berguru dengan Sang Persanta Nala.

Selain itu, terdapat dalam hikayat ini ayat -ayat dan ungkapan bahasa Melayu silam yang s u n g g u h i n d a h y a n g s u d a h p u p u s p e n g g u n a a n n y a k i n i s e p e r t i k e l u a r m a s u k t i d a k l a h berpintu lagi, ertinya bebas keluar masuk. Sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini merupakan sistem ejaan Jawi. Penggunaan huruf Jawi atau tulisan Arab ini dapat dilihat dengan jelas sekali menerusi perkataan Bismillahirrahmanirrahim dan wabihinastainubihi (Halaman 1) dan yang kerap kali

digunakan di dalam Hkayat Hang Tuah. Perkataan tersebut telah ditulis dengan menggunakan huruf Jawi. Keadaan ini dengan karya-karya bahasa Melayu Moden yang telah menerima pengaruh tulisan Rumi yang berasal dari Barat. Kecuali karya-karya atau buku-buku yang

31

BMK3043 SENI MENGARANG


bercorak keagamaan, bahasa Melayu Moden menggunakan tulisan rumi sepenuhnya dalam setiap karya yang dihasilkan.

Antara ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden . adalah pengaruh kosa kata asing.Bahasa Melayu Klasik dilihat banyak menerima fonemfonem dari bahasa Arab (Abdullah Hassan, 1992).Antarayang kerap kali digunakan contohnya kh, z dan sy. Penggunaan fonem-fonem ini digunakan dengan begitu meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera yang bercorak keagamaan, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Antara contoh perkataan yang dikesan menerusi Hikayat Hang Tuah yang menggunakan fonem Arab adalah seperti akhirat, syarat dan zaman.

Seperti mana yang telah sedia maklum, Hikayat Hang Tuah membabitkan penceritaan yang berlatarkan masa yang panjang dan latar yang luas. Tidak seperti Sejarah Melayu yang ditulis oleh seorang yang mahir dalam bahasa Arabdan dipengaruhi oleh agama Islam, Hikayat Hang Tuah masih mengambarkan alam fikiran Melayu sebelum meluasnya agamatersebut. Penggunaan kata-kata dan gaya bahasa Arab didapati kurang sekali kecuali pada bahagian-bahagian tertentu.

Berdasarkan dari pembacaan hikayat tersebut, penulis mendapati penggunaan kosa kata yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah dipengaruhi oleh tiga jenis pengaruh bahasa asing yang utama iaitu pengaruh Hindu, Islam dan Panji Jawa.Di dalam Hikayat Hang Tuah, ada menceritakan watak yang diberi nama Sang Perta Dewa (Halaman 1). Beliau telah memberikan nama Bukit Siguntang Mahabiru (Halaman 8) kepada sebuah bukit yang subur dengan tumbuh-tumbuhan. Tempat tersebut kemudiannya telah dijadikan negeri atau penempatan. Adalah dipercayai bahawa penggunaan Mahabiru dalam konteks ini adalah sama dengan perkataan Mahaviru yang bermaksud bukit suci (mengikut kepercayaan tradisi Hindu).

Mengikut kepercayaan agama Hindu bukit Mahariru merupakan kediaman dewadewa Vishnu dan Shira. Dengan wujudnya kata-kata tersebut, pengarang berharap ianya dapat mengambarkan kesaktian yang dikaitkan dengan dewa-dewa dalam karya ini. Gelaran Laksamana yang dianugerahkan kepada Hang Tuah dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud tanda atau markah keutamaan.

32

BMK3043 SENI MENGARANG

Gelaran Laksamana diberikan kepada Hang Tuah yang merupakan lambang kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya terhadap raja-raja. Ianya meyerupai watak Laksamana dalam Hikayat Seri Rama.Fenomena ini berbeza dengan karya Melayu Moden yang didapati lebih banyak menerima pengaruh bahasa Inggeris dan Arab dari bahasa-bahasa yang lainnya.Bahasa Melayu Klasik turut menampakkan ciri-ciri pengaruh dari bahasa Arab.

Perkataan-perkataan Arab telah digunakan dengan meluasnya dalam bahasa tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kosa kata dan perbendaharaan kata bahasa Melayu Klasik pada ketika itu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab dikatakan berpunca dari kurangnya perkataan-perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara.Keadaan ini dapat diperjelaskan menerusi contoh-contoh perkataan yang ditemui di dalam Hikayat Hang Tuah.

Terdapat beberapa perkataan yang telah menampakkan ciri-ciri pengaruh Islam dengan begitu jelas sekali. Perkataan Arab sering digunakan sebagai mukadimah dalam karya-karya bahasa Melayu Klasik. Contohnya Bismillahirrahmanirrahim dan wabininastainubihi yang merupakan pembuka kata yang mengungkapkan kebesaran dan keagungan Allah yang sememangnya dituntut dalam agama Islam. Selain dari perkataanperkataan tersebut terdapat banyak lagi perkataan-perkataan Arab-Parsi yang digunakan dalam hikayat ini. Perkataan-perkataan tersebut adalah seperti Allah subhanahuwataala, assalamualaikum, muallim, muaazzam, al-kisah,,hatta, alkisah,ikrar, takzim dan banyak lagi.

Penggunaan kata-kata Arab-Parsi yang banyak di dalam hikayat ini telah membuktikan pengaruh Islam yang kian berkembang sehingga mempengaruhi kosa kata yang digunakan pada ketika itu. Penggunaan kosa kata pinjaman Arab-Parsi juga boleh didapati menerusi karya bahasa Melayu Moden. Perkataan-perkataan seperti Allah, insyaallah dan sebagainya juga ada digunakan. Namun pendedahannya tidak sehebat seperti dalam bahasa Melayu Klasik. Penggunaannya dilhat sangat terhad dan kata-kata pinjaman tersebutditulis dalam tulisan rumi, tidak seperti karya bahasa Melayu Klasik yang menggunakan tulisan Arab bagi kata-kata pinjaman terutamanya kata-kata yang berfungsi sebagai mukadimah. Penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu Klasik bukan sahaja menerima pengaruh dari bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi, malahan ianya turut dipengaruhi oleh bahasa Jawa.

33

BMK3043 SENI MENGARANG


Penggunaan perkataan seperti Kyai, aji, ubun-ubun, fakanira, manira, kula dan sebagainya jelas menunjukkan pengaruh Jawa yang begitu meluas di dalam Hikayat Hang Tuah ini.

Pengaruh Panji jawa begitu ketara sekali terutamanya apabila nama kerabat diraja dan golongan bangsawan Melaka dan Terengganu menggunakan gelaran Jawa. Ini jelas dapat dilihat berdasarkan nama-nama yang diberikan kepada kedua-dua puteri baginda raja Melaka, iaitu Raden Bahar dan Raden Baju. Raden merupakan gelaran diraja yang sering digunakan kepada putera raja Jawa yang sama ertinya seperti gelaran Tengku, Engku dan Raja yang digunakan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu Moden. Panggilan Kyai pula adalah gelaran yang diberikan kepada para alim ulama. Ianya sering kali digunakan dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan Kyai ini pula samalah ertinya dengan perkataan Ustaz, Imam, Haji dan Lebai yang sering digunakan oleh masyarakat hari ini iaitu menerusi bahasa Melayu Moden.

Pengulangan perkataan

Gaya bahasa melibatkan cara dan gaya seseorangpengarang menyampaikan buah fikiran dan pandangannyasendiri melalui hasil karyanya. Gaya bahasa yang baik melibatkan banyak penggunaan perbendaharaan kata. Salah satu dari ciri-ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah dari segi pengulangan kata. Perbendaharaan kata yang digunakan di dalambahasa Melayu Klasik didapati banyak menggunakan pengulangan perkataan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penelitian terhadap Hikayat hang Tuah dilakukan. Pengulangan perkataan-perkataan tertentu banyak didapati di dalam karya hikayat ini.

Sebagai sebuah hasil karya klasik, gaya bahasa pengulangan adalah perkara yang lazim didapati.Perkataan-perkataan yang sering kali digunakan secara berulang-ulang di dalam Hikayat Hang Tuah adalah :

a.setelah b.alkisah c.hatta d.maka

34

BMK3043 SENI MENGARANG


e.sebermula f.arakian g.syahadan h.sekalian

Berdasarkan penelitian penulis terhadap kandungan hikayat ini terutamanya pada (Halaman 12 dan 13), bilangan penggunaan perkataan maka telah diulang sebanyak dua puluh tiga kali sementara bagi perkataan hatta pula ianya telah diulang tulisannyasebanyak empat kali.Pada masa yang sama terdapat juga pengulangan perkataan bagi kata ganda yang terdapat di dalam hikayat ini. Kata ganda yang dimaksudkan adalah seperti : a.raja-raja b.anak-cucu c.sekali-sekala d.bunyi-bunyian e.orang besar-besar f.bermain-main g.anak bini

Disamping itu pengulangan bagi kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung juga kerap berlaku dalam bahasa Melayu Klasik. Hikayat Hang Tuah sendiri telah memperlihatkan beberapa contoh pengulangan kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung yang sering digunakannya Di bawah dapat menjelaskan lagi antara pengulangan kata yang sering digunakan di dalam hikayat ini. 1 2 3 Kata Tunjuk (itu, sana, maka) Kata Hubung (yang, dan, atau) Kata Penegas(lah, pun)

Pengulangan bagi perkataan-perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik dilihat berbeza dengan bahasa Melayu Moden. Penggunaan kata berulang dilihat tidak berlaku di dalam bahasa Melayu Moden. Penulis berpendapat antara punca utama yang menyebabkan berlakunya pengulangan kata di dalam bahasa Melayu Klasik adalah disebabkan kurangnya perbendaharaan kata pada ketika itu. Keadaan ini juga berpunca akibat

35

BMK3043 SENI MENGARANG


dari pengaruh bahasa Sanskrit dan Arab yang pernah digunakan sebelumnya oleh masyarakat Melayu pada zaman tersebut.

Penggunaan Kata Pangkal Ayat

Selain daripada cirri-ciri yang telah dibincangkan, aspek lain yang turut membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah mengenai penggunaan kata pangkal ayat. Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan kata pangkal ayat atau disebut sebagai perdu perkataan. Antara perdu perkataan yang sering digunakan dalam hasil karya yang menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya.

Penggunaan kata pangkal ayat ini turut terdapat dikesan pada Hikayat Hang Tuah. Antara contoh kata pangkal ayat yang digunakan adalah seperti berikut :

Hatta maka didengarlah pada segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya di tanah Palembang bahawa di Bukit Seguntang itu sekarang ada raja diturunkan Allah Taala dari keinderaan. (Halaman 8)

Penggunaan kata pangkal ayat ini dilihat tidak memberi sebarang fungsi atau makna dalam sesebuah ayat yang diwakilinya. Sekiranya ia tidak digunakan atau diabaikan, makna sesebuah ayat tidak akan berubah. Berdasarkan keterangan tersebut, penggunaan bahasa Melayu Moden hari ini dilihat tidak lagi kerap menggunakan kata pangkal ayat. Oleh itu, petikan di atas boleh ditafsirkan atau ditulis semula tanpa menggunakan kata pangkal ayat seperti berikut :

Maka didengarlah pada segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya di tanah Palembang bahawa di Bukit Seguntang itu sekarang ada raja diturunkan Allah Taala dari keinderaan. (Halaman 8)

Berdasarkan petikan di atas yang telah dituliskan semula dengan menggunakan bahasa Melayu Moden, jelas sekali menampakkan maksud yang sama dari petikan yang asal. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa karya-karya yang menggunakan bahasa Melayu Moden telah

36

BMK3043 SENI MENGARANG


mengabaikan perdu perkataan ini kerana ianya tidak memberi sebarang maksud atau makna tertentu dalam karya mereka.

Penggunaan Kosa Kata Klasik

Selain dari ciri-ciri yang telah dibincangkan, bahasa Melayu Klasik juga dilihat sering kali menggunakan kosa kata klasik yang berasal dari Arab, Jawa, Siam, Sanskrit dan lain-lain lagi. Antara contoh kosa kata klasik yang dimaksudkan adalah seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran, sahaya, masygul dan lain-lain lagi.Bagi memperlihatkan penggunaan yang meluas kosa kata ini di dalam karya bahasa Melayu Klasik, jadual yang berikutnya ini akan menunjukkan antara contoh kosa kata klasik yang digunakan dalam Hikayat Hang Tuah beserta terjemahannya yang dilakukan dalam bahasa Melayu Moden.

Penggunaan Kosa Kata Klasik Dalam Hikayat Hang Tuah

Kosa Kata Klasik

Terjemahan Ke Dalam bahasa Melayu Moden

Aviad Adika Amum arkian andalan bajuzirah berpelik bersuaka bertandak

Putih tuanku pangkat bagi golongan bangsawan barang pemberian sesudah itu cagaran baju besi bersubang kecil berlindung

Penggunaan Bahasa Istana

Tidak dapat dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap berlaku berbanding di dalam karya bahasa Melayu Moden. Watak utama di

37

BMK3043 SENI MENGARANG


dalam karya bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri, anakanda dan sebagainya.

Oleh yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan di dalam karya bahasa Melayu Klasik bagi mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang diptik dari Hikayat Hang Tuah yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad (Halaman 5) yang berbunyi :Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu dengan inang pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka tuan puteri Kemala Ratna Peling gan dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda baginda. Namun begitu penggunaan bahasa istana ini, kurang digunakan di dalam bahasa Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Karya-karya yang menggunakan bahasa Melayu Moden didapati bertemakan tentang kehidupan insan dalam kelompok masyarakat biasa. Oleh itu penggunaan bahasa istana dalam karya bahasa Melayu semakin hari semakin ditinggalkan dalam masyarakat Melayu Moden

Penggunaan Ayat Yang Panjang, Berulang-Ulang dan Berbelit-Belit

Penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan ciri utama yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Modendari sudut sintaksis. Selain dari itu, ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik juga dianggap meleret -leret terutama sekali apabila menerangkan sesuatu perkara. Ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Modenini dapat dikesan melalui beberapa baris ayat yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah.

Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaiannya terlalu indahindah -rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan -datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna mutu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6) ayat di atas, jelas mengambarkan kepada kita bahawa ayat-ayat yang

38

BMK3043 SENI MENGARANG


terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada ayat yang panjang strukturnya.

Bagi contoh ayat di atas ianya menggunakan sebanyak lima puluh tujuh patah perkataan dalam satu ayat. Bilangan perkataan tersebut jelas membuktikan kepada kita bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri aripada ayat yang panjang strukturnya.Berdasarkan anlisis yang dilakukan terhadap ayat tersebut, penulis telah mendapati antara punca utama ayat berkenaan didapati panjang adalah kerana penggunaan beberapa patah perkataan telah diulang beberapa kali. Berikut dipaparkan anlisis bilangan perkataan yang terdapat dalam contoh ayat tersebut.

Perkataan

Bilangan Ulangan

tuan puteri dan segala itu turun terlalu datang pun Sang Perta Dewa Turun

2 2 2 4 2 2 2 2 2 2

Kekerapan Bilangan Ulangan Perkataan Berdasarkan jadual , sebanyak sembilan patah perkataan dikesan telah diulang tulis sebanyak dua kali, manakala perkataan turun telah diulang sebanyak empat kali. Oleh yang demikian jelaslah kepada kita bahawa antara punca yang menjadikan ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik didapati panjang dan meleret-leret adalah faktor ulangan perkataan. Selain terdapatnya unsur pengulangan perkataan, sesebuah ayatbahasa Melayu Klasik juga didapati panjang dan meleret-leret kerana berpunca daripada gaya bahasa hiperbola yang biasa terdapatdi dalam hasil sastera klasik. Gaya bahasa hiperbola bermakna sesuatu perkara itu diceritakan secara berlebih-lebihan. Tujuan utama penggunaan gaya bahasa jenis ini

39

BMK3043 SENI MENGARANG


adalah untuk menekankan keistimewaan sesuatu benda atau perkara. Disamping penggunaannya juga diharapkan dapat meninggalkan kesan yang mendalam dan berkekalan diingatan para pembacanya. Menerusi contoh ayat yang diberi, jelas kelihatan daripada wacana-wacana pemerian pengarang terhadap kecantikan dewa-dewa yang turun dari kayangan. Antara contoh gaya bahasa hiperbolaberbunyi :Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaian terlalu indah-indah -rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6)

Di dalam bahasa Melayu Moden pengulangan sesuatu perkataan di dalam sesebuah ayat tidak berlaku. Sekiranya sesuatu perkataan diulang beberapa kali dalam sesebuah ayat ianya dianggap sebagai suatu kelemahan terhadap binaan ayat tersebut. Penggunaan imbuhan nya boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Pengarang harus sedar bahawa sesebuah ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit akan menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menikmati sesebuah karya. Contoh ayat yang berulang-ulang kali penampilannya boleh dilihat pada contoh ayat yang berikutnya :

Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genablah bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya sikapnya. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,halaman 11)

Berdasarkan contoh ayat di atas, penulis mendapati ianya telah diulang sebanyak empat kali dalam satu muka surat.Ayat tersebut dituliskan sebanyak empat kali bagi menjelaskan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Hal ini bertentangan dengan gaya penuliasan bahasa Melayu Moden yang mementingkan ketepatanmaklumat bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu ayat-ayatnya dituliskan dengan lebih ringkas tanpa meninggalkan sebarang maklumat penting.

40

BMK3043 SENI MENGARANG


Penggunaan Peribahasa

Penggunaan peribahasa di dalam ayat-ayat bahasa Melayu Klasik berupaya menjadikan sesebuah karya semakin menarik. Penggunaan jelas membayangkan ketinggian budi dan pekerti penutur dan penulisnya. Bagi memperlihatkan contoh-contoh penggunaan peribahasa dalam karya bahasa Melayu Klasik Hang Tuah penulis telah memetik beberapa potong ayat yang dikesan menggunakan peribahasa ini.

Penggunaan Pantun

Penggunaan pantun digunakan oleh pengarang dengan tujuan mengindahkan jalan cerita serta meninggalkan kesan yang mendalam dalam ingatan pembaca. Malahan teknik penggunaan pantuan adalah satu teknik yang biasa digunakan dalam hasil-hasil sastera klasik. Dengan adanya penggunaan pantun, sesuatu peristiwa dapat disampaikan dengan lebih jelas.

Di dalam Hikayat Hang Tuah, terdapat satu adegan di mana Hang Tuah berbalas pantun bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berbalas pantun sambil bersuka ria di taman larangan Betara Majapahit. Hang Jebat dan Hang Kasturi memulakan pantun tersebut, iaitu,Hang Jebat Hang kasturi Budak-budak raja MelakaJika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata.Selepas itu, Hang Kasturi berpantun sekali lagi, iaitu,Gajah lekir kuda beraksaDi mana kuhempaskanSama lebur sama binasaOrang kayu di manakan aku tunangkan..Tiba giliran Hang Lekir berpantun, Adakah perisai bertali rambutRambut dipintal akan cemara Adakah bisa tahu takut Kami pun muda lagi perkasa.

Gaya bahasa Hikayat Hang Tuah dilihat telah memasukkan pelbagai unsur seperti yang telah dibincangkan iaitu bahasa kiasan, bahasa pertentangan, hiperbola, peribahasa dan pantun. Penggunaan elemen-elemen gaya bahasa ini dilakukandengan tujuan menarik minat pembaca terhadap sesebuah karya sastera yang dihasilkan. Selain dari bertujuan menzahirkan perasaan negatif iaitu mengejek dan menyindir ianya juga digunakan untuk memberikan penekanan terhadap sesuatu keistimewaan sesuatu perkara atau benda.

Elemen ini amat dititik beratkan di dalam bahasa Melayu Klasik Hikayat Hang Tuah bagi meninggalkan kesan yang berkekalan di ingatan sesorang pembaca. Namun begitu

41

BMK3043 SENI MENGARANG


menerusi gaya bahasa Melayu Moden elemen-elemen yang telah dibincangkan tidak begitu ketara penampilannya. Pertuturan dan penulisan dalam bahasa Melayu Moden dilihat lebih bersifat terbuka, telus dan berterus terang. Ini adalah kerana masyarakat moden hari ini lebih bersikap terbuka dan berterus terangd alam mentafsir sesuatu perkara. Mereka juga mahukan sesuatu perkara itu disampaikan dengan tepat dan cepat tanpa ada unsur-unsur lain yang mengelirukan pendengar dan pembaca.

4.0

RAGAM BAHASA

Gaya Bahasa Kiasan

Salah sebuah karya bahasa Melayu Klasik iaitu Hikayat Hang Tuah didapati banyak menggunakan bahasa kiasan bagi mengambarkan tindak tanduk watak ataupun sesuatu benda. Dengan adanya penggunaan bahasa kiasan ini gambaran sesuatu peristwa dapat di sampaikan dengan jelas dan menarik. Peristiwa-peristiwa yang melibatkan penggunaan bahasa kiasan ini ialah : Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau BiramDewa telah digambarkan sebagai :........ rupanya dan besarnya seperti pisangemas dan warnanya seperti emas sepuluh mutu .(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 43)

Gaya Bahasa Pertentangan

Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat Moden adalah gaya bahasa pertentangan sering digunakan.Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu Moden adalah wujudnya gaya bahasa pertentangan. Gaya bahasa pertentangan sebenarnya bertujuan untuk mencela, mengkritik dan menyakiti hati seseorang. Biasanya gaya bahasa pertentangan ini wujud dalam pertuturan dan penulisan bahasa Melayu Klasik. Kata-kata kritikan tersebut biasanya ditujukan oleh seseorang penutur kepada watak yang lain.

Menerusi Hikayat Hang Tuah beberapa ayat yang menggunakan gaya bahasa pertentangan telah dikenal pasti. Antaranya adalah,Cis? Si Tuah itu hendak menunjukkan laki-lakinya kepadaku? Tetapi Si Tuah itu bukan padanku; padanku Raja Melaka juga.

42

BMK3043 SENI MENGARANG


Adapun pertikamanku yang empat ribu ini kuamuk di dalam negeri Melaka itu sejamlamanya; syahadan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melakayang tujuh belas ruang itu. Jikalau tiada kuperbuat demikian seperti cakap ini, bukanlah anak raja Terengganu.Kata-kata kritikan ini dilemparkan oleh Megat Terengganu setelah mengetahui peristiwa penculikan Tun Teja. Megat Terengganu sengaja menonjol-nonjolkan kelebihan dirinya sendiri dengan mempersendakan kekuatan Hang Tuah dan juga pertahanan negeri Melaka.

Pengarang mewujudkan sekali lagi penggunaan bahasa sarkasme melalui watak Megat Terengganu di dalam petikan di bawah. Cis? Sang maniaka itu hendak menunjukkan laki-lakinya pada aku. Jika sampai aku ke Melaka, yang pertikamanku empat ribu orang ini kuamukkan di dalam negeri Melaka itu sejam lamanyadan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh belasruang itu. Jika tiada kuperbuat seperti cakapku ini, bukanlah anak raja Terengganu.. Pada kali ini, kata-kata sindiran tersebut dilemparkan kepada Raja Melaka. Dengan adanya perulangan penggunaan bahasa sarkasme, pengarang berharap dapat menghidupkan suasana penceritaan. Para pembaca-akan dapat merasai suasana dan latar berlakunya peristiwa tersebut.

Gaya Bahasa Sindiran

Gaya bahasa sindiran atau satira banyak didapati di dalam hikayat bahasa Melayu Klasik tetapi tidak pada karya moden. Pengarang mewujudkan gaya bahasa ini bertujuan untuk mengejek dan menyindir sesuatu perbuatan ataupun watak di dalam sesebuah karya sastera. Penggunaan gaya bahasa sindiran ini jelas kelihatan pada Hikayat Hang Tuah menerusi kata-kata yang diucapkan oleh Bendahara Paduka Raja semasa menyindir para pegawainya, iaitu : Maka kata Bendahara , Naiklah ke atas balai itu duduk. Tuan-tuan sekalian hendak ke mana datang pada hamba ini, kerana hamba ini bukan pegawai raja? Adakah pegawai raja meninggalkan temannya? Jika hamba pegawai, pada ketika itu juga hamba memberi balas akan orang yang henak membunuh hamba itu? Semasa Patih Kerma Wijaya mengetahui bahawa Ratu Lasem telah mengambil anaknya, Ken Sumirat tanpa memberitahu kepadanya, kata-kata sindiran di bawah telah diucapkan olehnya. Lihatkan ratu Lasem ini memberi aku

43

BMK3043 SENI MENGARANG


malu! Beberapa aku membuat kebaktian padanya tiada juga kelihatan padanya dan beberapa pula negeri kukalahkan tiada juga berguna kebaktianku..... (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 50).

Pengarang juga menggunakan gaya bahasa satira semasa menggambarkan kata-kata sindiran yang ditujukan oleh Hang Tuah kepada Patih Gajah Mada. Wacana dialog tersebut adalah seperti berikut.Maka sahut Tun Tuah, Pada bicara manira, janganlah seperti pelenter itu tiadakan manira tikam, jikalau penggawa Majapahit itu sekalipun manira tikam juga..Kata-kata pedas yang dilemparkan oleh Hang Tuah ini dirasai oleh Patih Gajah Mada sehinggakan dia malu tersipu-sipu.Gaya bahasa satira sekali lagi digunakan oleh pengarang dalam pertuturan Raja Melaka setelah mendengar fitnah Patih Kerma Wijaya terhadap Hang Tuah. Kata-kata baginda adalah :Wahai Si Tuah! Harapnya aku akan dia maka berbuat pula akan aku demikian ini.

Gaya Bahasa Hiperbola

Gaya bahasa hiperbola biasanya terdapat dalam hasil-hasil karya klasik.Namun begitu gaya bahasa ini jarang ditemui di dalam karya bahasa Melayu Moden.Gaya bahasa hiperbola bermakna menceritakan sesuatu perkara ataupun benda secara berlebih-lebihan. Tujuan penggunaan gaya bahasa jenis ini adalah untuk menekan tentang keistimewaaan perkara ataupun benda yang disebut-sebutkan. Cara begini berjaya meninggalkan kesan yang berkekalan dalam ingatan seseorang pembaca.

Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat dilihat daripada pemerian pengarang tentang kekayaan dan keagungan saudagar Nala Sang Guna di Benua Keling.Petikan daripada Hikayat Hang Tuah menjelaskan,...... sehingga gedung berisi harta jua dua puluh gedung dan gedung yang berisi emas dan perak tujuh buah; lain daripada itu, gedung yang berisi dagangan daripada kain dan permata dan mutiara dan suf, sakhlat, ainul-banat dan tembaga suasa dan timah berpuluh gedung .....Semasa menceritakan keagungan Benua Cina pula, pengarang juga menggunakan gaya bahasa hiperbola. Hal ini jelas kelihatan daripada wacana pemerian pengarang tentang rumah-rumah berhala dan patung-patung di bahagian tengah negeri Cina. Di antaranya berbunyi :...... indah-indah perbuatannya dan berbagai-bagai rupa

44

BMK3043 SENI MENGARANG


binatangditulisnya, seperti binatang hidup rupanya, sehingga tiada berkata-kata dan bernyawa juga; disuruhnya berdiri ia berdiri,disuruhnya duduk ia duduk, disuruhnya berkata-kata ia berkata-kata....

5.0

STRATEGI PEMERENGGANAN HIKAYAT HANG TUAH

Dalam Hikayat Hang Tuah ini saya akan menganalisis tentang pemerengganannya bermula daripada halaman satu (1) hinggalah ke halaman tiga puluh(30). Sebagai mana yang kita sedia maklum, perenggan yang bermutu adalah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencuklupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami. Selaian itu, sebuah perenggan yang berkesan ialah perenggan yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Berdasarkan fungsinya dalam penulisan perenggan ini terbahagi kepada tiga bentuk utama iaitu Perenggan Pengenalan, Perenggan Pengembang dan Perenggan Penutup.

Dalam Hikayat hang Tuah ini , perenggan pengenalannya dimulakan dengan kalimah suci iaitu memuji kebesaran Allah. Permulaan ayatnya ialah dengan menggambarkan sebuah kerajaan beraja yang digambarkan terlalu besar dan gah ketika zamannya. Perenggan pengenalan ini agak panjang kerana sehinggalah selepas halaman dua piluh (21) barulah wujudnya nama dan bermulalah Hikayat Hang Tuah ini. Perenggan pengenalannya terlalu panjang. Sudah tentu bahagian pengenalan ini begitu jelas untuk difahami walaupun dengan menggunakan yang bahasa Melayu Klasik. Pada perenggan pengenalan ini penulis lebih banyak menggunakan teknik pernyataan seseorang tokoh. Seperti memperkenalkan dengan jelas siapa itu Sang Perta Dewa, Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam Sang Sapurba dan banyak lagi watak pada perenggan pengenalan ini.

6.0

KESIMPULAN

Berdasarkan huraian yang telah dibuat, sejarah perkembangan bahasa Melayu dapat diperhatikan menerusi teks kesusasteraan Melayu lama. Hasil daripada kajian ini telah

45

BMK3043 SENI MENGARANG


memperlihatkan beberapa perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden terutamanya perbezaan dari segi penggunaan perkataan dan juga susunan ayat.Bahasa Melayu Klasik dilihat sering menggunakan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit. Ianya juga sering menggunakan ayat pasif ,songsang danbahasa istana. Penggunaan kosa kata klasik dan perdu perkataan menjadikan sesebuah ayat yang terkandung dalam bahasa Melayu Klasik berbelit-belit dan sukar difahami.

Ayatnya juga banyak menerima pengaruh bahasa Arab dengan penggunaan aksara Jawi dan kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa. Fenomena ini berbeza dengan bahasa Melayu Moden dimana perkataan-perkataan yang digunakan mencakupi semua bidang sementara ayat-ayatnya pula lebih mudah difahami, tersusun dan jelas maksudnya.Ini adalah kerana bahasa Melayu Moden telah dibangunkan oleh badan yang bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun begitu hasil karya klasik perlu dipelihara agar ianya menjadi tatapan warisan akan datang.

7.0

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Hamid, 1975. Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasbullah Ibrahim, 1993. Ulasan dan contoh jawapan Hikayat Hang Tuah.Selangor: Pan Asia Publications Sdn Bhd.

Ibrahim Hamzah, 1983. Kesasteraan Melayu Moden STPM. Kota Bharu: Penerbitan Seri Kota.

Kassim Ahmad, 2008. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah karim, etc, 2010. Tatabahasa Dewan edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

W. Shamsuddin M. Yusoff, 1976. Sejarah sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Pustaka

46

BMK3043 SENI MENGARANG

Antara Zainon S. Ahmad, 1987. Sastera Melayu moden untuk STPM. Kuala Lumpur: Penerbitan Elman.

47

You might also like